MODENAS Bergaya Dengan Tema Harimau Malaya - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Monday, May 5, 2014

MODENAS Bergaya Dengan Tema Harimau Malaya

Sekitar April yang lalu, MODENAS telah memperkenalkan "Baju Baru" untuk model ACE 115 dan GT128. "Baju Baru" ini sebenarnya telah pun dipertontonkan di DRB-HICOM Auto Fest 2014 pada 1-Mac-2014 yang lalu. Menurut sumber edisi "Baju Baru" ini dikategorikan sebagai "Limited Edition", tapi sejauh mana kebenarannya tidak dapat pula nak dipastikan. Terperasan juga beberapa perubahan kecil pada edisi GT128 "Harimau Malaya" ini, antaranya ialah perubahan warna spring absorber belakang (Merah) dan juga pedal "Kick Start" dengan reka bentuk terbaru. Manakala untuk ACE115 pula, kulit generator (Generator Cover/Magnet Cover) dan kulit klac (Clutch Cover) telah bertukar warna menjadi hitam.

                                                                    ACE 115 Auum.....


                                                                    GT 128 Auum.......

Harga bagi ACE 115 edisi ini ialah sekitar RM 4,950.00 (tanpa insuran, cukai jalan dll caj) manakala GT 128 pula adalah sekitar RM 5,600.00 (juga tanpa insuran, cukai jalan dll caj). Produk ini telah pun diedarkan sejak April 2014 yang lalu. Macam ni hari-hari mau naik motor huhuhu.....

2 comments:

  1. dekat mana nak beli eh sticker nieee

    ReplyDelete
  2. Anda boleh berhubung dengan Pusat Servis MODENAS yang berhampiran dengan tempat anda untuk membeli set sticker tersebut. Sila ke pautan ini untuk maklumat lanjut: https://www.modenas.com.my/v2partsservices.asp

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...