2017 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Tuesday, October 31, 2017

Modifikasi Motosikal Cubprix KRISS MR2

October 31, 2017 3
Admin berkesempatan berada di litar kejohanan Malaysian Cubprix kali ini dan berpeluang untuk melihat sendiri modifikasi yang telah dilakukan kepada jentera KRISS MR2 bagi tujuan perlumbaan. Terima kasih juga kepada Pemilik dan Pengurus Cilik Motorsport yang sudi berkongsi maklumat mengenai penghasilan jentera lumba KRISS MR2 ini.

KRISS MR2 Racing Spirit
Secara ringkasnya jentera ini melalui pelbagai proses mengubahsuaian bagi membolehkan pemasangan beberapa komponen perlumbaan. Bahagian cesi telah dipertingkatkan melalui proses kimpalan bagi menguatkan lagi cesi asal selain daripada menambah "bracket" tempahan khas untuk pemasangan pemijak kaki. Cabaran utama dalam proses pembikinan ini agak rumit bagi memastikan cesi ini cukup lasak untuk digunakan disamping mendapatkan berat yang ideal.

Bahagian sisi kanan 
Pemijak kaki jenis perlumbaan menggunakan komponen daripada RCB jenis universal dipadankan mengikut kesesuaian pelumba. Ekzos pula adalah tempahan khas mengikut talaan enjin yang difahamkan masih lagi di dalam proses pembangunan untuk meningkatkan kuasa kuda yang maksima.

Brek hadapan dan rim
Saiz brek cakera telah dipertingkatkan berbanding saiz asal KRISS MR2. Rim hadapan dan belakang telah diubahsuai dengan menggunakan saiz yang lebih lebar bagi tujuan perlumbaan.

Meter RPM
Turut ditambah bagi tujuan perlumbaan adalah meter RPM. Sistem elektrikal juga telah memalui proses pengubahsuaian dengan penambahan "Kill Switch", lampu brek belakang (yang digunakan sewaktu hujan) dan pemasangan komponen CDI jenis perlumbaan (Racing CDI). Apabila ditanya mengenai jenis dan model CDInya tuan pengurus hanya membalas dengan ungkapan "biarlah rahsia".

Karburetor
Enjin lumba merupakan nadi kepada sesebuah jentera lumba. Selain daripada mengejar kuasa kuda maksima, ketahanan enjin sewaktu perlumbaan merupakan aspek penting di dalam sesebuah perlumbaan. Antara pengubahsuaian luaran yang dapat dilihat adalah komponen karburetor dari jenis UMA Racing yang terletak pada bahagian kiri jentera lumba KRISS MR2 ini.

Pemijak kaki dan tuil gear
Cilik Motorsport kini bertanding di dalam kategori WIRA (khas untuk pelumba berumur sehingga 17 tahun). Penyertaan sulung jentera KRISS MR2 ini adalah pada pusingan ketujuh di Bandar Baru Serting Jempol. Pada perlumbaan ini, jentera KRISS MR2 ini telah mendapat posisi yang kelapan pada sesi perlumbaan akhir. Kejohanan Malaysian Cubprix 2017 masih berbaki dua pusingan lagi iaitu di Batu Kawan dan di bandar Penggerang. Masih banyak lagi pengubahsuaian yang perlu dilakukan untuk mendapatkan prestasi yang maksima daripada jentera KRISS MR2 ini menurut pengurus pasukan Cilik Motorsport, pun begitu beliau tetap yakin dengan kemampuan para pelumba dan krew pasukannya.

Admin doakan agar pasukan Cilik Motorsport ini akan beroleh kejayaan sedikit masa nanti dengan jentera lumba KRISS MR2 ini. Majulah sukan untuk negara!


Read More

Tuesday, September 5, 2017

KRISS MR2; PUSING TANAH MALAYA #4

September 05, 2017 0
Siri akhir Kembara KRISS MR2

Laluan kembara hari ke 4
Hari terakhir kembara KRISS MR2 dimulakan dengan isian petrol di stesen Petron di Jalan Tun Abdul Razak. Bergerak pada waktu pagi sememangnya selesa kerana keadaan jalanraya yang lengang memudahkan kami singgah sebentar di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Batu 0 km yang kami cari di sini
Berhampiran dengan pejabat Majlis Bandaraya Johor ini terletaknya batu tanda 0 km. Batu tanda ini mengikut catatan sejarahnya adalah batu tanda asal paling selatan jalan raya di Semenanjung Malaysia.

Sila rujuk pautan ini untuk keterangan lanjut: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kilometer_sifar

Selesai bergambar di sini kami menerima pelawaan daripada rakan krew Ride Itik iaitu Alan untuk bersarapan bersama-sama. Yeah, pucuk dicita, ulam mendatang, orang dah pelawa tunggu kami datang...

Restoran Syed berhampiran Plaza Angsana
Macam-macam ceritera yang dikongsikan bersama Alan ketika bersarapan. Sebelum meneruskan perjalanan, beliau sempat menunggang uji KRISS MR2 yang pada ketika itu masih baru dilancarkan, stok pun masih belum sampai dikedai-kedai sekitar bandaraya Johor Bahru. Destinasi kami seterusnya adalah menuju ke titik benua asia yang paling selatan.

Pekena Mee Bandung pulak
Sewaktu perjalanan menuju ke Tanjung Piai, kami menerima pula jemputan daripada Abang Rashid, seorang pengembara tegar yang berpengalaman. Kami dijamu pula dengan Mee Bandung yang sememangnya uummphh di sebuah warung kecil. Bertukar-tukar cerita dan berkongsi ilmu kembara adalah agenda kami disini sambil menghabiskan antara hidangan popular warga Johor.

Batu tanda 0km Tanjung Piai


Alhamdulillah selamat sampai di Tanjung Piai setelah menempuh hujan dipertengahan jalan. Tanjung Piai adalah titik paling akhir Benua Asia yang terletak dalam daerah Pontian, Johor, pada latitud 01.16° Utara dan longitude 103.30.46° Timur . Ia turut diisytiharkan sebagai Taman Negara memandangkan di sini terdapat kekayaan khazanah alam semula jadi iaitu hutan, hutan paya bakau serta pelbagai spesies flora dan fauna. Taman ini juga menjadi tempat kediaman pelbagai jenis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.

Sila rujuk pautan ini untuk keterangan lanjut: http://lamanartikel.dbp.my/?p=379

Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dan kenang-kenangan kehadiran kami di Taman Negara ini, kami membeli sijil khas yang dikeluarkan oleh Perbadanan Taman Negara Johor. Sijil ini boleh didapati berhampiran kaunter tiket masuk ke taman ini.

Sijil Tanjung Piai. Anda?
Selesai aktiviti di Tanjung Piai, kami meneruskan perjalanan menuju ke restoran D'Tepian Raudah di pekan Benut untuk memenuhi permintaan rakan kembara yang berasal dari daerah ini. Macam biasalah topik para pengembara sambil-sambil "mengeteh" - khabar, laluan perjalanan, jentera kembara dan perancangan untuk merentas sempadan.

Murah rezeki sang pengembara dan tuan rumah
Kembara KRISS MR2 diteruskan menuju ke negeri yang kaya dengan warisan sejarah iaitu negeri Melaka, melalui Batu Pahat, Muar sebelum sampai ke bandar Melaka. Jentera KRISS MR2 ini turut menjadi perhatian kepada para pengguna jalanraya setiapkali berhenti di persimpangan jalan. Soalan ringkas "Motor apa ni?", "Berapa harga OTR?"

Baru melintas sempadan

Di A Famosa yang terkenal di seluruh dunia
Bersama nikmati Kelapa Goncang
Ketika berada di Melaka, sesi TTS Kelapa Goncang tergempar turut dilangsungkan oleh wakil-wakil kelab motosikal pelbagai jenama MODENAS. Ada juga yang datang daripada Muar manakala yang selebihnya daripada bandar Melaka. Inilah antara keseronokan ketika mengembara!

Sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam, sekali lagi kami dijemput oleh rakan kembara yang pernah bervespa ke Mekah pada tahun 2014 apabila mengetahui yang kami berada di Melaka pada ketika itu. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Rezeki jangan ditolak....
Macam-macam kisah suka-duka yang dikongsikan bersama ketika beliau merentas sempadan negara-negara Asia untuk menuju ke Mekah ketika berkunjung ke teratak beliau yang terletak di Pulau Sebang. Jam telah pun menunjukkan angka 6.30 petang, tibalah masa untuk Kembara KRISS MR2 untuk menyambung perjalanan menuju ke Shah Alam untuk menamatkan misi kembara kali ini,

Foto terakhir di Kompleks EON Glenmarie
Alhamdulillah, selesai sudah misi Kembara KRISS MR2 mengelilingi Tanah Malaya untuk kali ini dengan berbekalkan kapcai asas KRISS MR2 keluaran MODENAS. Melalui kembara ini, secara ringkasnya jentera KRISS MR2 ini bolehlah dilabelkan sebagai sebuah kapcai yang lasak dan ekonomi. Jumlah jarak keseluruhan yang dilalui ialah sejauh 2,247 km dengan isian petrol sebanyak 45 liter, memberikan angka purata sekitar 49km untuk seliter petrol (kelajuan purata sekitar 90-95kmj, bacaan jarum meter) untuk kembara ini.

Jika anda mencari-cari sebuah kapcai asas untuk kegunaan harian, pastikan KRISS MR2 ini disenaraikan sebagai kapcai pilihan. Akhir kata daripada krew Ride Itik - KRISS MR2 memang berbaloi beb!

Read More

Wednesday, August 9, 2017

KRISS MR2: PUSING TANAH MALAYA #3

August 09, 2017 0
Sambungan catatan kembara siri #1 dan #2



Laluan Kembara KRISS MR2


Selamat Pagi KT

Perjalanan hari ke 3 bermula sekitar jam 7.30 pagi setelah selesai mendaftar keluar daripada hotel bajet, Hotel Mini Indah di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, cuaca pada pagi ini cerah dan nyaman sekali. Sebelum mengisi perut, kami mengisi dahulu tangki petrol di stesen Petron yang berhampiran.


Roti canai yang ke 2 der..

Kami singgah bersarapan di Warung Rusila, sebuah kedai makan yang masih beroperasi sejak tahun 1999 (sewaktu pertama kali Admin berkunjung ke sini). Pelbagai menu di sediakan di sini termasuklah makanan "feveret" Admin iaitu Roti Canai. Roti canainya memang lembut, sedap dimakan dengan hidangan kuahnya yang tersendiri.

Koordinat untuk ke Warung Rusila: 5.239357, 103.189954

Selesai sarapan kami teruskan perjalanan menuju ke bandar Chukai.


Berehat sebentar di Rantau Abang


Menghirup udara segar di Pantai Kemasik


Bersama pemilik dan para staff kedai motor Sing Hwa

Di bandar Kemaman, kami sempat singgah di kedai wakil penjual sah MODENAS iaitu Sing Hwa Motor yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Serahan Cawangan Kemaman. Kami disambut mesra oleh semua staff kedai ini sambil berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai KRISS MR2 ini. Para staff disini berpeluang untuk mengenali KRISS MR2 ini secara lebih dekat lagi kerana ketika kembara ini berlangsung, mereka masih lagi menunggu stok daripada pihak EMOS Sdn. Bhd.


Jumpa "Abe & the gang"


Kembara di teruskan lagi menuju ke sebuah gerai makan ikan bakar di tepi sungai Kemaman bagi memenuhi undangan salah seorang krew Ride Itik yang kebetulan berada di Kemaman. Borak-borak sambil makan-makan di sulami dengan pelbagai cerita adalah adat biasa bila dapat berjumpa.


Satar yang dicari oleh Hafifi

Sebelum Kembara KRISS MR2 bergerak ke Kuantan, kami singgah sebentar di Warung Azizi yang terkenal dengan makanan Satar dan Otak-otak. Baunya....pehh sungguh menyelerakan!


Jumpa rakan otai kembara, Mr. Tyrell

Restoran Nasi Vanggey di Kuantan menjadi tempat pertemuan dengan salah seorang rakan kembara yang berpengalaman, Sambil mengisi perut, kami bertukar-tukar cerita mengenai perjalanan kembara, jentera dan rancangan kembara baik di dalam dan di luar negeri. Seronok bercerita sehingga kami terlajak masa. Jarum jam sudah pun menunjukkan hampir ke angka 4.00 petang sedangkan jarak perjalanan kami masih jauh lagi untuk menuju ke Johor Bahru kurang lebih 3++ km lagi.



Admin sibuk bergambar, Hafifi pula sibuk melayan staff DRB-Hicom University


Mercu tanda di bandar Diraja Pekan, Pahang.

Bersama geng Jiwa Basikal yang menuju ke Kuantan

Klik pautan: Jiwa Basikal


Di Dataran Kembara, Mersing - tiba waktu Maghrib. 13+ km ke JB

Alhamdulillah, Kembara KRISS MR2 tiba di Johor Bahru kira-kira jam 9.30 malam setelah melalui laluan yang gelap dan berselekoh daripada Mersing. Sesuatu yang menarik ketika kami melaui laluan ini adalah kerana sinar lampu utamanya yang begitu terang dan jelas, memudahkan kami melayani selekoh-selekoh yang dikelilingi oleh ladang-ladang sawit. Aktiviti terakhir krew Kembara KRISS MR2 setelah selesai menjamu selera, adalah berkunjung ke sebuah destinasi popular iaitu Pasar Karat Johor Bahru yang terletak berhampiran dengan lokasi penginapan. Seronok melihat pelbagai barangan dan karenah penjual dan pengunjung yang hadir di sini.


Pasar karat JB

Esok merupakan hari terakhir krew Kembara KRISS MR2 yang akan bergerak semula ke Shah Alam. Rehat dulu ye...zzzzz!

Ringkasan perjalanan hari ketiga:

Kuala Terengganu - Kuantan- Mersing - Johor Bahru = 568km bermula daripada bacaan meter 1,646km (bacaan di stesen PETRON ketika bermulanya kembara hari ketiga).

Read More

Tuesday, July 18, 2017

KRISS MR2: PUSING TANAH MALAYA #2

July 18, 2017 0
Sambungan daripada siri #1, catatan hari kedua Kembara Ride Itik Pusing Tanah Malaya.

Laluan kembara KRISS MR2, hari kedua
Alhamdulillah, dengan izin Allah kami kini bersiap-siap untuk meneruskan kembara menuju ke pantai timur.

Ceria waktu pagi
Selesai memanaskan enjin KRISS MR2, kami bergerak menuju ke Kuala Perlis. Menyusuri jalan kampung yang menyajikan udara segar menjadikan pagi kami penuh dengan keceriaan.

Di jeti Kuala Perlis
Sampai di sekitar jeti Kuala Perlis kami berhenti seketika untuk menikmati pemandangan di sekitar jeti ini. Laut agak tenang namun tidak bagi perut kami yang sedang berkeroncong.

Sarapan pagi dengan capati
Langkah kanan pada pagi ini apabila menerima panggilan daripada rakan krew Ride Itik untuk bersarapan dengannya. Kami bergegas menuju ke sebuah warung capati yang agak terkenal di Kampung Panggau. Selesai bersarapan, kami bergerak melalui jalan utama Kangar - Alor Setar dan seterusnya menuju ke lebuhraya Alor Setar Selatan.

Batu sempadan negeri Perlis dan Kedah
Di susur masuk pusat servis dan kilang Modenas di Gurun
Kami menuju ke Pusat Servis MODENAS di Gurun untuk membuat pemeriksaan asas pada jentera KRISS MR2. Rantai perlu dilaraskan dan diminyakkan setelah menempuh perjalanan lebih 1,000 km kerana laluan perjalanan hari kedua ini merupakan laluan yang berbukit. Isian semula petrol dilakukan di stesen Caltex Padang Lembu. 3.7 liter diperlukan untuk memenuhkan tangki petrol setelah bergerak sejauh 172km daripada isian petrol kelmarin (stesen Shell di Jitra Kedah).

Kulihat hijau...
Setelah mengharungi laluan berbukit di Baling, iaitu kira-kira 120km daripada stesen Caltex Padang Lembu, kami berhenti semula di stesen Shell Grik untuk membuat isian petrol dan membasahkan tekak yang kering. Kembara diteruskan menuju ke hentian RNR Banjaran Titiwangsa untuk rehat tengahari.

Di jeti awam Tasik Banding
Layan selekoh-selekoh berbukit
Sedut udara nyaman sambil menikmati pemandangan indah
Laluan lebuhraya timur barat ini sememangnya dipenuhi dengan laluan mendaki dan menuruni bukit-bukau serta beberapa jenis selekoh yang mengujakan ketika menunggang. Kemampuan enjin KRISS MR2 teruji ketika mendaki manakala kestabilan ketika mengambil selekoh juga tidak mengecewakan kami. Perjalanan kali ini menempuhi beberapa kawasan hujan sebelum kami tiba di RNR Banjaran Titiwangsa. Ketika kami sampai, KRISS MR2 ini berjaya mencuri tumpuan orangramai yang turut singgah dan berehat di kawasan ini.

Replika kepala keretapi
Selesai sesi makan tengahari, kembara diteruskan menuju ke bandar kecil di Tanah Merah. Sempat juga kami singgah di kedai SHM Seng Huat, salah sebuah wakil pejual sah MODENAS di negeri Kelantan.

Di hadapan kedai SHM Seng Huat berhampiran stesen keretapi Tanah Merah
Kehadiran kami dialu-alukan oleh taukeh dan para staff kedai dan yang pastinya KRISS MR2 ini menjadi topik perbualan hangat disini. Kami membuat isian petrol di stesen Shell yang berdekatan dengan kedai ini. Jumlah isian untuk kali ini ialah sebanyak 3.7 liter untuk jarak perjalanan sejauh 170km daripada hentian terakhir di Grik. Kami agak teruja juga dengan kemampuan KRISS MR2 kerana kebiasaan bagi sesebuah kapcai yang bertangki kecil sudah pasti akan membuat isian semula di Jeli atau di Bukit Bunga.


Sampai di gerbang negeri Terengganu Darul Iman
Kembara diteruskan menuju ke negeri yang popular dengan pelbagai spisis penyu iaitu Terengganu Darul Iman. Keadaan cuaca bercampur-campur (cerah dan hujan) di sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Terengganu, destinasi terakhir kembara untuk hari kedua.

Horey..horey...I Love KT
TTS
Aktiviti terakhir kembara hari kedua adalah meronda-ronda disekitar bandar Kuala Terengganu dan juga memenuhi undangan TTS bersama-sama rakan biker di sebuah medan selera. Terima kasih kepada semua rakan biker yang berada di Kuala Terengganu. Panjang umur kita berjumpa lagi.

Ringkasan perjalanan hari kedua:

Kangar - MODENAS Gurun - Tanah Merah - Kuala Terengganu = 592km bermula daripada bacaan meter 1,054km (bacaan di Homestay, Kangar ketika bermulanya kembara hari kedua).
Log kembara hari kedua
Bacaan odometer log hari kedua dikira daripada stesen petrol terakhir 1,013km,
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...