MODENAS KRISS MR2 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Thursday, April 6, 2017

MODENAS KRISS MR2

Pada 6-April-2017, MODENAS melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila dengan secara rasminya telah melancarkan KRISS MR2 di Shah Alam, Pelancaran model KRISS MR2 baharu ini adalah untuk menggantikan model sedia ada iaitu KRISS MR1 yang begitu popular dikalangan rakyat Malaysia. Model KRISS MR2 ini adalah sebuah model yang serba baharu, menawarkan rekabentuk yang segar dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan berbanding KRISS MR1. Untuk pengetahuan, "MR" adalah singkatan kepada Motosikal Rakyat.


Menurut sumber, KRISS MR2 ini merupakan model "rebadge" daripada syarikat Zong Shen  yang berasal daripada negara tembok besar iaitu China. Rakan teknikal terbaru MODENAS ini merupakan antara pengeluar terbesar motosikal di China dan turut mempunyai rekod pembuatan yang boleh dibanggakan. Zong Shen sebenarnya pernah menghasilkan enjin untuk jenama PIAGGIO dan VESPA (Itali), tidak kurang juga untuk jenama-jenama lain seperti LEXMOTO (United.Kingdom), MOTORHISPANIA (Sepanyol), M1NSK (Russia dan Belarus), ZANELLA (Argentina), AKT (Colombia), RYUKA (Thailand) dan KASINSKI & HYOSUNG (Brazil). Pendek katalah, model-model Zong Shen ini sebenarnya telahpun dipasarkan di seluruh dunia.

Model asas KRISS MR2 ini sebenarnya di ambil daripada model ZS110-56. Projek KRISS MR2 ini sebenarnya telahpun bermula 2 tahun yang lalu. Menurut sumber, MODENAS telah pun melakukan sesi pra-ujian sekitar Januari 2015. Pelbagai ujian telahpun dijalankan oleh MODENAS bagi memastikan model ini mematuhi tahap kualiti yang telah ditetapkan (kebiasannya MODENAS akan membuat ujian jalanraya lebih 20,000 km dan lebih 300 jam ujian ketahanan enjin di atas "Dyno") . Di samping itu juga, MODENAS telahpun membuat penambahbaikkan terhadap beberapa item yang terdapat pada model asas ZS110-56 ini sebelum memberi isyarat lampu hijau untuk dipasarkan di Malaysia.

Jom kita intai-intai ciri-ciri yang hadir pada KRISS MR2 ini.

Enjin 

KRISS MR2 ditawarkan dengan kapasiti enjin 110cc berbanding dengan KRISS MR1 yang berkapasiti 100cc sahaja. Menariknya, enjin KRISS MR2 merupakan enjin generasi terbaharu yang mematuhi piawaian EURO 3, berbanding dengan KRISS MR1 yang hanya mematuhi piawaian EURO 2.

Enjin KRISS MR2 generasi baharu
Enjin ini dikhabarkan menawarkan teknologi yang segar dari ladang seperti "Roller Rocker Arm", "Lightweight Piston" dan lain-lain lagi (lihat foto di bawah, klik untuk sumber). Antara kelebihan enjin generasi terbaharu ini ialah ianya menawarkan penjimatan petrol yang efisien selain daripada operasi enjinnya yang lembut dan lancar.

Teknologi enjin ZS110-56
Seperkara yang menarik ialah enjin ini tidak mempunyai penapis minyak enjin seperti model-model KRISS 110, KRISTAR, KRISS 120, CT110, EFI 118, ACE 115 dan CT115S, sekaligus dapat menjimatkan sedikit kos penyelenggaraannya.

Kerangka


Lampu dan Isyarat Hadapan nampak jelas dan terang.
Lampu hadapan KRISS MR2 dinyalakan dengan suis manual, tidak seperti model KRISS MR1 yang menyala secara otomatik. Terdapat 2 mod operasi iaitu lampu posisi (kecil) dan lampu utama (lampu tinggi dan rendah). Untuk menunggang di siang hari, memadailah menggunakan lampu posisi (kecil).
Sebelum terlupa, Tuil Brek Hadapan (Front Brake Lever) perlu ditarik ketika ingin menghidupkan enjin (macam nak hidupkan enjin skuter). Ini merupakan satu ciri keselamatan tambahan yang terdapat pada KRISS MR2 ini.

Lampu dan Isyarat belakang
Lampu belakang adalah jenis berasingan (lampu brek dan isyarat). Lampu breknya semestinya jelas kelihatan ketika beroperasi. Lampu isyarat yang popular dengan panggilan "signal capang" mempunyai ciri boleh lentur bagi mengelakkan ianya mudah patah. Namun begitu ianya mempunyai had lentur yang dibenarkan, jika terlebih hadnya maka siapkanlah wang yang secukupnya untuk membeli yang baru.

Sistem Kunci Keselamatan
Sistem kunci keselamatan turut diperkenalkan pada model KRISS MR2 berbanding dengan KRISS MR1. Ianya mempunyai penutup keselamatan yang berfungsi untuk melindungi lubang kunci daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Mod operasi asas suis ini adalah mengunci handel, menghidupkan dan mematikan sistem (ON-OFF). Untuk membuka pelana, anda harus menggunakan suis kunci yang terdapat pada bahagian kiri motosikal (sama seperti KRISS MR1).

Ruang Utiliti dan Tangki Petrol
KRISS MR2 turut dilengkapi dengan ruang utiliti yang bersaiz sederhana. Saiz yang sederhana ini sudah pastilah tidak boleh memuatkan topi keledar bersaiz standard, namun ianya amat berguna untuk menyimpan barangan kecil dan berharga (contoh: Beg Tangan, baju hujan dan lain-lain ). Isian penuh tangki petrolnya pula adalah sekitar 4.5 liter, sedikit besar daripada isian penuh KRISS MR1.

Panel Meter yang praktikal
Panel meter KRISS MR2 sangat ringkas dan praktikal, turut mempunyai lampu penunjuk posisi gear. Meter ini dikhabarkan "berat" berbanding dengan KRISS MR1 yang mempunyai varian yang agak besar (jarum "ringan"). Tak sabar pulak rasanya Admin nak try test kelajuan sebenar KRISS MR2 nih....

Penyerap Hentak Belakang boleh laras
Penyerap hentak belakang (rear shock absorber), mempunyai 5 tahap pelarasan (lembut-keras) bagi membolehkan penunggang melaras tahap kekerasan spring mengikut kesesuaian menunggang.

Pelana yang lebar
Ini adalah antara item yang penting, duduk musti mau sedap! KRISS MR2 mempunyai pelana yang lebar, sudah pastilah ianya mengundang keselesaan ketika menunggang (ciri yang sama seperti KRISS MR1).

Spesifikasi Teknikal dan Pilihan Warna

Brosur MR2
Brosur MR2 - hadapan
KRISS MR2 ditawarkan dengan 3 pilihan warna-warna popular pilihan rakyat iaitu Kuning, Biru dan Merah. KRISS MR2 turut dilengkapi dengan sistem brek cakera hadapan untuk meningkatkan lagi aspek keselamatannya berbanding KRISS MR1 yang menggunakan brek gelendong (Drum).

Masih terlalu awal untuk memertabatkan KRISS MR2 ini sebagai sebuah kapcai "legend" seperti abang-abangnya yang terdahulu kerana ianya masih baru diperkenalkan kepada warga Malaysia ketika ini. Namun begitu, untuk sebuah kapcai asas, ianya agak berbaloi untuk dimiliki andai pemiliknya mampu merungkai ciri-ciri teknikal yang terdapat pada enjin KRISS MR2 ini. Pada kebiasaannya bagi sesebuah kapcai standard yang berkapasiti enjin 100-110cc, purata kelajuan tertinggi yang dapat dicapai adalah sekitar 90-100 km/jam mengikut bacaan sebenar (GPS).

Harga jualannya ialah RM 3,890.00 tanpa GST dan ditawarkan dengan tempoh waranti selama 2 tahun atau 20,000 kilometer penggunaan (yang mana terdahulu).  KRISS MR2 dengan gayanya yang tersendiri sudah pastilah menjadi pilihan yang ekonomi, selari dengan konsep pembuatannya sebagai sebuah Motosikal Rakyat.

Alah membeli menang memakai, tepuk dada tanyalah selera!

7 comments:

  1. kriss 1 model lagend

    ReplyDelete
  2. Kelajuan mr2 hanya 100 km itu je yg motor Mr2 boleh pegi

    ReplyDelete
  3. Sembang kuat je modenas.aku baru beli mr2 time nak tukar gear punya payah.keras nak mampus

    ReplyDelete
  4. Nak cari sparepart sikit punya susah...servis Centre punya la jauh dalam hutan.... Dah sampai servis Centre kena buat temujanji pulak.. Dah buat temu janji spare part takde pulak...satu kesilapan beli moto nie..

    ReplyDelete
  5. Yang aku tahu tentang Modenas ni macam beli kotak gula-gula misteri, ada kala sedap, ada kala macam cikadak! Korang tak dapat tahu model tu gred A ke, B ke, C ke... Kriss Arwah babak aku bertahan lebih 20 tahun manakala Ace aku tak sampai setahun kene hantar balik ke modenas untuk overhaul pastu tahun berikutnya kena overhaul lagi kat bengkel keluar duit sendiri baru bertahan lagi 4 tahun... Masa baru keluar dari kedai, dia punya gegar sampai tanggal semua skru bakul sampai hampir terebang bakul aku, nasib sempat tangkap. Tiga skru kat kepala pituk ekzos tu sumer tangal tgh jalan, hilang sudah kepala pituk dia. Adoiaii. Memang nasib lah moto modenas ni, siapa dapat yang baik untung la, boleh pakai sampai sekarang, saper yang tak nasib baik dapat yang macam aku nyer... Apa pun kalau nak beli Modenas, kene ingat. Jangan rempit sapai terabur! Korang tak kan dapat cari spare part nyer. Kecuali Kriss 90'an. Sebab tu Viva la Kriss. Kriss electric starter bapak ku memang terbaik. Lagi best kalau mana-mana pomen boleh modified chassis cover set dengan model yang modern kasi nampak sporty sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud ku model yang sama boleh ada grednya tersendiri seperti gred A, B, atau C Maksudnya 2 orang boleh pergi kedai motor yang sama, beli motor model sama,bawa pergi tempat kerja yg sama, tapi satu condemned dahulu... Tu yang maksud ku tengok nasib.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...