November 2016 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Monday, November 28, 2016

Karisma 125

November 28, 2016 0
Akhirnya pada hari Jumaat 25 Nov yang lalu model Karisma 125 telah dilancarkan oleh Edaran Modenas Sdn. Bhd. di Shah Alam. Skuter Karisma ini merupakan model "rebadge" daripada pengeluar skuter tersohor iaitu Kymco. Berdasarkan konsep rekaannya, model ini dibina khas untuk generasi Z yang aktif bergerak ke hulu ke hilir dengan gaya terkini.


Jom kita lihat beberapa ciri yang ada pada skuter Karisma 125 ini.


Rekabentuk Karisma 125 ini sememangnya segar dari ladang. Bolehlah saya katakan nampak "sporty" dan sememangnya mengikut citarasa generasi terkini.

Lampu hadapan 

Lampu hadapannya jenis berkembar menawarkan suluhan cahaya yang terang. Kepada yang suka meronda pada waktu malam memang sesuailah ciri ini untuk anda!

Lampu belakang LED
Rekabentuk lampu belakang yang agak unik adalah jenis kombinasi, menggabungkan lampu brek dan isyarat LED menawarkan cahaya yang terang dan jelas.

5 dalam 1
Sistem kunci sepusat turut ditawarkan pada Karisma 125 ini. Kunci ini mempunyai 5 fungsi utama untuk kemudahan pemiliknya.

Soket USB

Ini adalah ciri terkini yang sepatutnya terdapat pada jentera 2 roda masakini - soket USB. Sambil meronda ke hulu ke hilir dah boleh mengecas telefon pintar ataupun powerbank.

Poket Sisi
Poket sisi terdapat pada bahagian kiri dan kanan menawarkan kemudahan untuk menyimpan barangan bersaiz kecil. Terdapat juga penyangkut di bahagian tengah.

Brek Parkir

Juga terdapat tuil "PKB" iaitu singkatan kepada "Parking Brake". Tuil mekanikal ini berfungsi untuk mengunci brek belakang (macam "handbrake" keretalah) untuk menghalang tayar mengelongsor ketika berpakir di kawasan yang tidak rata.

Meter analog
Meter Karisma 125 ini adalah jenis analog dengan paparan yang ringkas dan jelas.

Spesifikasi Teknikal

Spesifikasi Teknikal
Karisma 125 ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Putih dan Merah. Harganya bermula daripada RM 4,980.00 tidak termasuk GST, insuran, cukai jalan dan lain-lain caj yang sewaktu dengannya. Tempoh waranti pula adalah selama 2 tahun atau 20,000 km - yang terdahulu. Tunggu review seterusnya untuk sesi tunggang uji. 
Read More

Wednesday, November 2, 2016

Debaran November 2016

November 02, 2016 0
Bulan November ini bakal menyaksikan kemunculan model-model terbaharu daripada MODENAS. Debaran kian terasa, apakah model terbaharu ini dapat memenangi hati para peminat dua roda tempatan? Sama-sama kita nantikan sesuatu yang baharu daripada MODENAS, pengeluar motosikal dan enjin nasional sejak tahun 1995.


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...