2012 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Wednesday, October 17, 2012

DINAMIK 120 REPRODUKSI

October 17, 2012 0


Baru-baru ini MODENAS telah melancarkan semula motosikal Dinamik 120. Difahamkan bahawa model ini telah diproduksikan semula di atas permintaan pelanggan. Sebagaimana yang telah sedia maklum, MODENAS Dinamik 120 ini sebenarnya telah dilancarkan pada   23-Ogos-2003, oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun). Dinamik 120 ini dikuasakan dengan enjin dua lejang sejukan udara, klac tangan, transmisi enam kelajuan, "monoshock", serta brek cakera hadapan dan belakang. Enjin Dinamik 120 ini juga dilengkapi dengan SAS (Secondary Air System). Harga yang ditawarkan adalah RM 5,749.00 (tanpa insuran, cukai jalan dan lain-lain caj). Kepada yang inginkan sebuah motosikal yang "lincah" segeralah ke wakil pengedar sah MODENAS hari ini.
Read More

Saturday, March 3, 2012

MODENAS ACE 115

March 03, 2012 0
MODENAS secara rasminya telah melancarkan produk terbarunya iaitu ACE 115 pada 1-Mac-2012. Apa yang menariknya ialah produk ini adalah berbeza sama sekali dengan produk-produk MODENAS yang terdahulu. Antara ciri-ciri yang hangat ialah ACE 115 menggunakan suspensi belakang jenis tunggal (monoshock). Harga yang ditawarkan adalah RM 4,598.00 tanpa insuran, cukai jalan dan lain-lain bayaran. Syabas MODENAS!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...