2013 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Wednesday, August 28, 2013

Dinamik 2013 - "New Skin"

August 28, 2013 0

Sempoi...Terbaekks...Fantastik....'Dinamik Da Bomb'... dan macam-macam komen yang diucapkan oleh para peminat kapcai apabila laman facebook Modenas dan Modenas One Stop berkongsi gambar "baju" baru  Modenas Dinamik. Tahniah diucapkan kepada Modenas kerana telah berjaya melancarkan "baju" baru ini yang sememangnya memukau pandangan Desmo, sesuailah dengan tag-line "Agresif dan Ranggi". Difahamkan bahawa versi ini telah pun mula diedarkan sejak 28-Ogos-2013 diseluruh Malaysia untuk warna Merah, manakala untuk warna Kuning pula akan menyusul pada bulan September 2013 nanti. Harga yang ditawarkan masih sama dengan versi terdahulu iaitu pada RM 5,849.00 (tanpa cukai jalan, insuran, yuran proses dan lain-lain lagi). Teracun sudah der...













Read More

Wednesday, August 21, 2013

Bateri oh bateri...

August 21, 2013 0
Alamak...dah hampir kering air bateri rupanya. Padanlah starter motor pun tak larat nak menghidupkan enjin jentera kesayangan, tuan punya jentera terlupa nak jenguk bateri (tau bawak jer raya nih hehehe...). Disini saya kongsikan serba sedikit cara-cara untuk menservis bateri, sebagaimana yang saya lakukan sendiri pada jentera kesayangan saya (DIY). Kepada yang tak boleh buat sendiri, anda kenalah menghantar ke pusat servis motosikal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Sudahkah anda menservis bateri jentera kesayangan anda?


Read More

Sunday, August 4, 2013

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

August 04, 2013 0
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan jangan lupa pastikan rumah anda dikunci sebaiknya. Jom Raya!


Read More

Thursday, August 1, 2013

Kempen Penghargaan Berganda MODENAS

August 01, 2013 0

Anda berhajatkan Can-Am Spyder, Proton Saga SV, Televisyen LCD, I-Pad, Motosikal 118EFi dan macam-macam lagi hadiah? Ini berita baik kepada bakal-bakal pemilik MODENAS sepanjang tempoh Ogos hingga Disember 2013. Sebagai menghargai sokongan rakyat Malaysia amnya , MODENAS menawarkan hadiah-hadiah yang sememangnya berbaloi apabila anda membeli produk-produk keluaran MODENAS. MODENAS memperuntukkan hadiah-hadiah bulanan dan juga hadiah utama iaitu sebuah Can Am Spyder RS yang bernilai lebih daripada RM 100,000.00. Pembeli MODENAS sepanjang tempoh kempen ini perlu mengisi borang penyertaan yang disediakan (ada di laman web rasmi MODENAS) hanya perlu menjawab 2 soalan mudah dan mengepos borang penyertaan bersama-sama salinan kad pengenalan dan geran motosikal/skuter sebagai bukti. Wah..untung arr...hadiah berganda-ganda dari MODENAS. Tunggu apa lagi, segeralah ke kedai wakil penjual sah MODENAS yang berhampiran!











Read More

Wednesday, July 24, 2013

Modenas Jaguh 175 - "Trusty Rusty"

July 24, 2013 0

Jaguh 175 keluaran MODENAS pada 19-Julai-1999. Kini berusia hampir 14 tahun, namun masih gagah di atas jalanraya Malaysia. Jaguh merupakan model "Cruiser" mampu milik sememangnya terbukti ketahanannya. Seronok kalau dapat berjumpa dengan pemilik-pemilik Jaguh ni sebab kebanyakannya telah dimodifikasi oleh pemilik asalnya. Harap-harap Jaguh juga boleh bertahan sampai ke tahap "Klasik" seperti jenama Norton, Triumph, BSA dan sebagainya. Terbukti sudah bahawa buatan tempatan juga setanding dengan jenama-jenama besar yang datang dari luar. Go Jaguh!





























Read More

Tuesday, July 23, 2013

Brosur EFi118

July 23, 2013 0

Brosur produk keluaran terbaru MODENAS EFi118. Perasan tak mengenai tempoh waranti yang telah dilanjutkan daripada setahun ke 2 tahun atau 25,000 km berbanding lain-lain jenama yang sewaktu dengannya (bagi kategori kapcailah). Untunglah para pembeli produk MODENAS! Secara tidak langsung ianya membuktikan bahawa MODENAS peka dengan kehendak para pembeli kapcai di Malaysia.












Read More

Monday, July 15, 2013

Varian Terbaru MODENAS MR1 "SR"

July 15, 2013 1


Pernahkah anda ternampak MR1 ini di mana-mana kedai motosikal yang berhampiran di kawasan anda? Hmm...yang sebenarnya Desmo pun baru mendapat khabar bahawa model ini adalah varian terbaru untuk motosikal rakyat atau sinonimnya MR1 versi "SR". Varian ini dengarnya telah dilancarkan pada bulan Mei 2013 yang lalu. Mohon maaflah sebab Desmo sendiri tidak dapat memastikan maksud singkatan "SR" tersebut (mungkin Sport Rim) sebab Desmo sendiri tiada info lengkap mengenai majlis pelancarannya. MR1 ini masih dikuasakan dengan enjin 100cc yang sememangnya telah terbukti ketahanannya dan diserikan lagi dengan "Sport Rim" berwarna hitam sebagai ciri tambahannya. Versi "SR" ini hadir dengan 3 warna iaitu Hitam, Merah dan Biru manakala rekaan grafik asalnya masih dikekalkan. Harga yang ditawarkan bermula dari RM 3,125.00 (tanpa insuran, cukai jalan dan lain-lain caj yang sewaktu dengannya). Segeralah ke kedai wakil penjual MODENAS yang berhampiran, mungkin ini kapcai pilihan anda!





















Read More

Saturday, July 13, 2013

MODENAS 118EFi

July 13, 2013 0

Pada 30-Jun-2013, MODENAS telah melancarkan kapcai terbaru iaitu 118EFi. Menurut sumber, model ini adalah varian CT yang telah ditambah baik dengan beberapa ciri bagi memenuhi permintaan pasaran domestik. Apa yang pasti, model ini telah dilengkapi dengan Sistem Elektronik Suntikan Bahan Api atau singkatan sinonimnya EFI (Electronic Fuel Injection). MODENAS nampaknya telah mencatatkan sejarah dalam industri permotoran di Malaysia kerana kalau tak silap Desmo, ini merupakan kapcai pertama yang menggunakan sistem EFI. Terperasan pulak rupanya tayar telah dinaik taraf kepada jenis tanpa tiub (tubeless) sementara lain-lain ciri CT masih dikekalkan seperti brek cakera dwi piston, sistem gear berputar, penunjuk gear elektronik dan "sport rim". Harga yang ditawarkan bermula dari RM 4,755.00 tanpa cukai jalan, insuran dan lain-lain caj tambahan. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai prestasi 118EFi ini terutamanya pada penggunaan bahan api (petrol). Angka yang dicatatkan pada brosur untuk penggunaan petrol ialah 50 km/ liter pada kelajuan 80 kmh. Desmo berharap dapat membuat pandu uji untuk kapcai ini untuk mengalami perbezaan dari segi pemanduan dan juga mendapatkan angka sebenar penggunaan petrol untuk model 118EFi ini. Apa pun, sekalung tahniah untuk MODENAS!





















Read More

Friday, June 21, 2013

DRB-HICOM AUTOFEST 2013

June 21, 2013 0


Khabar gembira buat pemilik-pemilik MODENAS sediada dan juga bakal-bakal pembeli produk MODENAS. Banyak aktiviti-aktiviti menarik telah disediakan oleh MODENAS, antaranya ialah Kempen Servis MODENAS, Konvoi, pertandingan motor cantik dan dari risikan Desmo, MODENAS ada kejutan buat semua rakyat Malaysia. Amende yang "surprise" tu?? Produk terbarukah tu?? Ni yang buat Desmo tak sabar nak berkunjung ke AUTOFEST nih. Untunglah warga Pulau Pinang, sebab MODENAS turun padang ke sana hehehe...
Read More

Wednesday, April 3, 2013

MODENAS ACE 115 Facelift

April 03, 2013 0
"Baju Baru" untuk MODENAS ACE 115, tampak lebih menawan. Terdapat 2 kombinasi warna yang diperkenalkan oleh MODENAS, iaitu Merah-Putih dan Biru-Putih. Tunngu apa lagi, segeralah ke wakil penjual sah MODENAS hari ini.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...