August 2013 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Wednesday, August 28, 2013

Dinamik 2013 - "New Skin"

August 28, 2013 0

Sempoi...Terbaekks...Fantastik....'Dinamik Da Bomb'... dan macam-macam komen yang diucapkan oleh para peminat kapcai apabila laman facebook Modenas dan Modenas One Stop berkongsi gambar "baju" baru  Modenas Dinamik. Tahniah diucapkan kepada Modenas kerana telah berjaya melancarkan "baju" baru ini yang sememangnya memukau pandangan Desmo, sesuailah dengan tag-line "Agresif dan Ranggi". Difahamkan bahawa versi ini telah pun mula diedarkan sejak 28-Ogos-2013 diseluruh Malaysia untuk warna Merah, manakala untuk warna Kuning pula akan menyusul pada bulan September 2013 nanti. Harga yang ditawarkan masih sama dengan versi terdahulu iaitu pada RM 5,849.00 (tanpa cukai jalan, insuran, yuran proses dan lain-lain lagi). Teracun sudah der...













Read More

Wednesday, August 21, 2013

Bateri oh bateri...

August 21, 2013 0
Alamak...dah hampir kering air bateri rupanya. Padanlah starter motor pun tak larat nak menghidupkan enjin jentera kesayangan, tuan punya jentera terlupa nak jenguk bateri (tau bawak jer raya nih hehehe...). Disini saya kongsikan serba sedikit cara-cara untuk menservis bateri, sebagaimana yang saya lakukan sendiri pada jentera kesayangan saya (DIY). Kepada yang tak boleh buat sendiri, anda kenalah menghantar ke pusat servis motosikal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Sudahkah anda menservis bateri jentera kesayangan anda?


Read More

Sunday, August 4, 2013

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

August 04, 2013 0
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan jangan lupa pastikan rumah anda dikunci sebaiknya. Jom Raya!


Read More

Thursday, August 1, 2013

Kempen Penghargaan Berganda MODENAS

August 01, 2013 0

Anda berhajatkan Can-Am Spyder, Proton Saga SV, Televisyen LCD, I-Pad, Motosikal 118EFi dan macam-macam lagi hadiah? Ini berita baik kepada bakal-bakal pemilik MODENAS sepanjang tempoh Ogos hingga Disember 2013. Sebagai menghargai sokongan rakyat Malaysia amnya , MODENAS menawarkan hadiah-hadiah yang sememangnya berbaloi apabila anda membeli produk-produk keluaran MODENAS. MODENAS memperuntukkan hadiah-hadiah bulanan dan juga hadiah utama iaitu sebuah Can Am Spyder RS yang bernilai lebih daripada RM 100,000.00. Pembeli MODENAS sepanjang tempoh kempen ini perlu mengisi borang penyertaan yang disediakan (ada di laman web rasmi MODENAS) hanya perlu menjawab 2 soalan mudah dan mengepos borang penyertaan bersama-sama salinan kad pengenalan dan geran motosikal/skuter sebagai bukti. Wah..untung arr...hadiah berganda-ganda dari MODENAS. Tunggu apa lagi, segeralah ke kedai wakil penjual sah MODENAS yang berhampiran!











Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...