Modifikasi MODENAS ACE 115 - Bahagian 1: Dada hadapan. - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Wednesday, December 3, 2014

Modifikasi MODENAS ACE 115 - Bahagian 1: Dada hadapan.



Hmm.....sebab dah ramai yang bertanya macamana nak bikin/modi ACE 115 ni (macam gambar di atas tu...), maka Admin meringankan tangan untuk menaip keyboard komputer untuk dikongsikan khasnya kepada para pemilik ACE 115 yang di luar sana tu.

Al-kisah bermula setelah Admin memandu uji ACE 115 stended beberapa bulan yang lalu daripada Gurun ke Shah Alam. Admin dapati semacam ada beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi tunggangan serta memerlukan sedikit perubahan kosmetik untuk menambah seri kepada ACE 115 ini, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai sebuah "mini tourer" yang mudah dikendalikan. Ciri-ciri standard ACE 115 ini memungkin ianya boleh dijadikan sebagai sebuah "mini tourer" yang berpotensi untuk menjelajah ke negara Gajah Putih (Thailand). Antara ciri-ciri yang sediada ialah tangki petrolnya yang agak besar iaitu 5.3 Liter, selain daripada sistem suspensi mono yang menjanjikan tunggangan yang selesa.

Keadaan asal - sebelum modi
Setelah berfikir beberapa waktu mengenai perkara yang nak dilakukan, maka projek modifikasi pun bermula...jeng...jeng...jeng......Rupa-rupanya, Admin hanya ada kurang lebih 14 hari sahaja sebelum acara Ride Itik ke Hua Hin bermula..perghh...becerau peluh! Akhirnya Admin memilih modifikasi yang ringkas sahaja kerana ianya bersesuaian dengan masa yang ada (tu pon buat lepas waktu pejabat der.....). Teringat pula ACE 115 V1 yang pernah dimodifikasi untuk acara DRB-HICOM Autofest tahun lalu di PISA, Pulau Pinang....maka kerja-kerja modifikasipun rasanya taklah berapa membebankan sebab base model dah ada hehehe......

ACE 115 V1 - 2013.
Perkara pertama ialah mencari bahan yang sesuai untuk bahagian hadapan ACE 115. Admin tak berapa berkenan dengan bahagian dada ACE 115 yang sedia ada.....macam tersentut skit ajer....

Bahagian yang berada dalam bulatan tulah....
Tersedar dari lamunan dan imiginasi yang datang apabila memandang cover front GT128 yang terbuang, maka timbul idea untuk membuat transformasi pada bahagian dada ACE 115 ini. Maka kerja-kerja kerastangan pun bermula - dengan menggunakan gergaji tua yang masih tajam, dengan berhati-hatinya Admin memotong bahagian dada GT128 yang agak tersembul itu.....maklumlah, bukan senang nak ikut lengkungan pada bahagian tu.....

Bahagian yang dipotong-potong....
Dah siap potong, gunkan kikir bagi membuang lebihan plastik dan meratakan permukaan tepi bahagian tersebut....barulah nampak cantik dan menarik (pesan En. Munor).

Hmm....ada ngam! Fitting test.
Selesai sudah bahagian dada hadapan cuma tinggal mau cat saja.... Seterusnya, kerja-kerja membuka keseluruhan "cover set" untuk dicat, modifikasi untuk pemijak kaki, pemasangan "Fork USD", brek hadapan, rim 17 inci, fender belakang, penghadang lumpur, penghadang rantai dan modifikasi pada "mudguard".






13 comments:

  1. Replies
    1. OK...admin sambung modifikasi footrest single. Maaflah sebab baru jumpa foto2. Terima kasih.

      Delete
    2. Klau nk pasang rim.. guna size brape tu?

      Delete
  2. Boleh pulak admin dapat idea nak guna bodypart drpd model modenas yang lain, tak tersangka dia cun je masuk kat dada depan ace tu .. Terbaik !!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Nak tnye.moto nie guna sportrim berapa?

    ReplyDelete
  4. salam.. tumpng tnye.ekor blkg tu leh cabut x.. or kne potong? TQ

    ReplyDelete
  5. Bole tukar cover set dgn motor lain kh?

    ReplyDelete
  6. Bro ..mne nak cari spare part motor ni? Ade mne mne tmpt jual cover set die?

    ReplyDelete
  7. Fordrast modenas nk dapat kat mna yer.. Klu ada whassp sya di nombor 0176404531

    ReplyDelete
  8. Bang ace ni pakai usd fork moto apa bang

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum bang nak tanya kalau pasang clucth tangan kena guna clutch moto lain ke dan kalau nk tukar rim ade jual ke kena modi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...