October 2017 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Tuesday, October 31, 2017

Modifikasi Motosikal Cubprix KRISS MR2

October 31, 2017 3
Admin berkesempatan berada di litar kejohanan Malaysian Cubprix kali ini dan berpeluang untuk melihat sendiri modifikasi yang telah dilakukan kepada jentera KRISS MR2 bagi tujuan perlumbaan. Terima kasih juga kepada Pemilik dan Pengurus Cilik Motorsport yang sudi berkongsi maklumat mengenai penghasilan jentera lumba KRISS MR2 ini.

KRISS MR2 Racing Spirit
Secara ringkasnya jentera ini melalui pelbagai proses mengubahsuaian bagi membolehkan pemasangan beberapa komponen perlumbaan. Bahagian cesi telah dipertingkatkan melalui proses kimpalan bagi menguatkan lagi cesi asal selain daripada menambah "bracket" tempahan khas untuk pemasangan pemijak kaki. Cabaran utama dalam proses pembikinan ini agak rumit bagi memastikan cesi ini cukup lasak untuk digunakan disamping mendapatkan berat yang ideal.

Bahagian sisi kanan 
Pemijak kaki jenis perlumbaan menggunakan komponen daripada RCB jenis universal dipadankan mengikut kesesuaian pelumba. Ekzos pula adalah tempahan khas mengikut talaan enjin yang difahamkan masih lagi di dalam proses pembangunan untuk meningkatkan kuasa kuda yang maksima.

Brek hadapan dan rim
Saiz brek cakera telah dipertingkatkan berbanding saiz asal KRISS MR2. Rim hadapan dan belakang telah diubahsuai dengan menggunakan saiz yang lebih lebar bagi tujuan perlumbaan.

Meter RPM
Turut ditambah bagi tujuan perlumbaan adalah meter RPM. Sistem elektrikal juga telah memalui proses pengubahsuaian dengan penambahan "Kill Switch", lampu brek belakang (yang digunakan sewaktu hujan) dan pemasangan komponen CDI jenis perlumbaan (Racing CDI). Apabila ditanya mengenai jenis dan model CDInya tuan pengurus hanya membalas dengan ungkapan "biarlah rahsia".

Karburetor
Enjin lumba merupakan nadi kepada sesebuah jentera lumba. Selain daripada mengejar kuasa kuda maksima, ketahanan enjin sewaktu perlumbaan merupakan aspek penting di dalam sesebuah perlumbaan. Antara pengubahsuaian luaran yang dapat dilihat adalah komponen karburetor dari jenis UMA Racing yang terletak pada bahagian kiri jentera lumba KRISS MR2 ini.

Pemijak kaki dan tuil gear
Cilik Motorsport kini bertanding di dalam kategori WIRA (khas untuk pelumba berumur sehingga 17 tahun). Penyertaan sulung jentera KRISS MR2 ini adalah pada pusingan ketujuh di Bandar Baru Serting Jempol. Pada perlumbaan ini, jentera KRISS MR2 ini telah mendapat posisi yang kelapan pada sesi perlumbaan akhir. Kejohanan Malaysian Cubprix 2017 masih berbaki dua pusingan lagi iaitu di Batu Kawan dan di bandar Penggerang. Masih banyak lagi pengubahsuaian yang perlu dilakukan untuk mendapatkan prestasi yang maksima daripada jentera KRISS MR2 ini menurut pengurus pasukan Cilik Motorsport, pun begitu beliau tetap yakin dengan kemampuan para pelumba dan krew pasukannya.

Admin doakan agar pasukan Cilik Motorsport ini akan beroleh kejayaan sedikit masa nanti dengan jentera lumba KRISS MR2 ini. Majulah sukan untuk negara!


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...