Varian Terbaru MODENAS MR1 "SR" - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Monday, July 15, 2013

Varian Terbaru MODENAS MR1 "SR"



Pernahkah anda ternampak MR1 ini di mana-mana kedai motosikal yang berhampiran di kawasan anda? Hmm...yang sebenarnya Desmo pun baru mendapat khabar bahawa model ini adalah varian terbaru untuk motosikal rakyat atau sinonimnya MR1 versi "SR". Varian ini dengarnya telah dilancarkan pada bulan Mei 2013 yang lalu. Mohon maaflah sebab Desmo sendiri tidak dapat memastikan maksud singkatan "SR" tersebut (mungkin Sport Rim) sebab Desmo sendiri tiada info lengkap mengenai majlis pelancarannya. MR1 ini masih dikuasakan dengan enjin 100cc yang sememangnya telah terbukti ketahanannya dan diserikan lagi dengan "Sport Rim" berwarna hitam sebagai ciri tambahannya. Versi "SR" ini hadir dengan 3 warna iaitu Hitam, Merah dan Biru manakala rekaan grafik asalnya masih dikekalkan. Harga yang ditawarkan bermula dari RM 3,125.00 (tanpa insuran, cukai jalan dan lain-lain caj yang sewaktu dengannya). Segeralah ke kedai wakil penjual MODENAS yang berhampiran, mungkin ini kapcai pilihan anda!





















1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...