MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Wednesday, January 27, 2016

Modifikasi ACE 115: Pemijak Kaki

January 27, 2016 3
Admin baru berkesempatan untuk menyambung semula siri modifikasi ini. Maaflah ye...agak lewat untuk menyambung siri ini.

Recap: ACE 115 ini dimodifikasikan untuk aktiviti Ride Itik ke River Kwai pada bulan November 2014.

Berposing di Jambatan Sungai Kwai, Thailand.
Jika anda ingin melihat foto-foto ACE 115 ini, sila klik pautan ini:
https://www.modenas.com.my/river_kwai.html

Admin mulakan dengan jenis pemijak kaki yang digunakan pada jentera ACE 115 ini. Pemijak kaki ini adalah dari jenis "Single", berjenama "Racing Boy". Pemijak kaki ini adalah untuk model Wave 100 yang telah dimodifikasikan untuk penyesuaian dengan kerangka ACE 115 ini.

Pemijak Kaki Model: 01F0031S

Perkara pertama yang Admin lakukan ialah memotong bahagian bawahnya (lihat foto)

Bahagian yang dipotong.
Bentuk setelah selesai kerja-kerja memotong
Kerja-kerja memotong hanya dilakukan dengan menggunakan gergaji besi sahaja. Setelah selesai, gunakan kikir untuk merata dan melicinkan permukaannya, biar cun macam Mok Chun! Nak gunakan kertas pasir pun boleh jugak naa...

Dah puas hati dengan kondisi pemijak kaki yang telah di modifikasi, maka tibalah masa untuk membuat proses pemasangan pada jentera ACE 115. Proses pemasangan ini bermula dengan membuat penukaran kepada komponen "Shaft Swing Arm".

Komponen yang ditukar: "Shaft Swing Arm"
"Shaft Swing Arm" model Kriss digunakan bagi modifikasi ini bagi membolehkan pemijak kaki dipasang pada kerangka asalnya (tanpa membuat "custom bracket" dan kimpalan (welding) tambahan). .

Pemasangan pemijak kaki
Sebelum memasang pemijak kaki jenis "Single" ini, pemijak kaki asal bahagian belakang hendaklah dibuka dan disimpan di dalam stor. Ianya dilakukan untuk membolehkan pemasangan bolt "Bracket" pada lokasi lubang pemijak kaki asalnya. "Bracket" yang Admin gunakan asalnya daripada Rak Bagasi GIVI (yang dah siap lubang-lubang), dipotong mengikut "Sesedap Rasa" sebelum disambungkan dengan pemijak kaki jenis "Single" tersebut. "Sesedap Rasa" ini sebenarnya bergantung kepada sudut kecondongan pemijak kaki tersebut (melakukan pelarasan tinggi-rendahnya, mengikut keselesaan posisi menunggang).

Penutup Gegancu perlu dipotong sedikit
Antara komponen yang memerlukan modifikasi ialah pada bahagian penutup gegancu. Ukuran panjang "Shaft Swing Arm" Kriss yang ditukar adalah berbeza dengan komponen asal ACE 115. Lain-lain item yang perlu diberi perhatian ialah pemasangan "Spacer" (klik foto di atas). Pemasangan "Spacer" ini perlu disuaikan agar bahagian kiri dan kanan pemijak kaki mempunyai kelegaan yang seimbang. "Spacer" ini boleh ditempah di kedai mesin, mengikut ukuran yang anda kehendaki. Admin hanya menggunakan "Spacer" daripada tayar belakang dan dimesin (lay) dengan mesin pencanai berputar (wheel grinder). Bukan apa der...jimatkan kos.

Ok..selesailah sudah bab modifikasi pemijak kaki. Jika ada sebarang kemusykilan, pm kat Admin k...

Welcome to Kanchanaburi!


Read More

Saturday, January 16, 2016

Kriss 20 Tahun dah! : Siri 2 - Pembikinan Semula

January 16, 2016 3
Sambungan catatan minggu lalu...

Projek pembikinan semula ini aku buat pada setiap hujung minggu sahaja. Hari biasa aku sibuk bekerja, pada hari minggu pula jika tidak ada urusan keluarga atau jiran, maka aku akan menyambung projek pembikinan semula Kriss ini.

Melakukan pemeriksaan visual sambil-sambil makan kacang
Pemeriksaan visual dilakukan secara bersahaja untuk mengenalpasti item-item yang perlu dibaikpulih sambil-sambil mencongak bajet untuk membeli alat-alat ganti yang perlu.

Memeriksa sambungan dan kondisi wayar 
Pemeriksaan dilakukan pada wayar utama - sambungan wayar : jika longgar baiklah diketatkan semula. Kondisi wayar : Terkepit/Luka/Putus. Rasa-rasa macam kena tukar 1 set pulak hihihi....

Hurmm...nampak macam bocor nih!
Bila dah sampai waktu (20 tahun), ada baiknya penyerap hentak hadapan (front fork)  ini diservis sahaja. Mengikut buku panduan teknikal, minyaknya perlu ditukar setiap 2 tahun manakala Kriss ini pula dah berusia hampir 20 tahun. Entah ada minyak atau tidak? 

Tu diaa...berabuk nohh!!
Kotak angin yang dah berhabuk ini wajiblah kena servis. Tak ingat pula tarikh akhir aku menservis item ini.

Elemen Penapis (Span) dah mereput!
Tu diaa tujuk kat hangpa semua...kondisi elemen penapis udara yang telah pun mereput jadi habuk/debu. Mengikut rekomendasi buku panduan teknikal, elemen penapis udara ini perlu diservis, apabila bacaan odometer mencecah ke angka 20,000 km. Item ini wajib aku tukar untuk projek pembinaan semula ini bagi membolehkan jentera Kriss aku beroperasi pada tahap optima.

Untuk minggu ini sahaja ada banyak item yang perlu dilakukan pada jentera kesayangan ini. Catatan ini akan disambung semula sebab aku perlu meronda ke kedai alatganti untuk membeli alat-alat ganti yang diperlukan.

Read More

Tuesday, January 12, 2016

Kriss 20 Tahun dah! Siri 1- Fasa Pembikinan

January 12, 2016 0
Masa begitu pantas berlalu. Sedar-sedar, motosikal Kriss 110 yang berada di dalam simpananku akan berusia genap 20 tahun pada bulan Jun 2016 nanti. Sempena ulangtahunnya nanti, aku mengambil keputusan untuk membuat pembaikan semula ke atas motor Kriss yang dah lejen ini agar ianya terus berderum di atas jalanraya.

Kriss 110 - Adehh..sedihnya pabila tersadai
Model Kriss 110 ini merupakan produk pertama keluaran syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. atau nama pendeknya MODENAS yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gurun Kedah.

Tu diaa...infografik Kriss.
Sebagai permulaan, aku membuat pemeriksaan dengan teliti untuk mengenalpasti alat-alat ganti yang diperlukan untuk projek pembikinan semula ini. Aku juga memerlukan buku rujukan teknikal bagi memastikan Kriss ini dapat berfungsi dengan sebaiknya setelah ianya disiapkan nanti. Impianku ialah untuk membawa jentera kesayangan ini meronda-ronda ke negara jiran Thailand  dan menuju ke sempadan negara Myanmar yang terletak bahagian utara Thai, kira-kira 2,000 km perjalanan sehala. Mudah-mudahan impian aku ini diperkenankan olehNYA.

Buku rujukan teknikal...tqvm my fren!

Antara ciri-ciri Kriss..ni kandungan didalam buku
"Excellence Riding Position" : Posisi menunggang memang mabeles! Aku memang sesangatnya setuju dengan ciri ini.

Yang ni citer pasal hal ehwal enjin Kriss
Catatan ini akan disambung pada minggu hadapan sebab aku nak membaca buku teknikal ini sambil-sambil membelek- belek jentera kesayanganku..Projek Pembikinan Kriss kini dengan rasminya bermula...

Read More

Tuesday, October 13, 2015

CT115S VS ACE115: Kepala Silinder

October 13, 2015 0
Umumnya ramai yang beranggapan bahawa MODENAS mengekalkan enjin ACE 115 pada produk terbarunya iaitu CT115S. Belek punya belek, Admin berkesempatan membongkar beberapa perubahan teknikal pada CT115S ini. Catatan hari ini ialah mengenai komponen yang diberi nama Kepala Silinder (Cylinder Head). Jom kita lihat perbezaannya!


Terdapat beberapa perbezaan yang telah dikenalpasti melalui bantuan seorang rakan yang bekerja di Pusat Servis MODENAS. Untuk memudahkan anda melihat perbezaannya, bahagian-bahagian tersebut telah ditanda dengan huruf A, B dan C.

Bahagian A: Sirip. Bilangan sirip CT115S telah diubah/diperbaharui.
Bahagian B: Tanda acuan komponen. ACE 115 lebih lebar berbanding CT115S.
Bahagian C: Kebuk Pembakaran: Kebuk pembakaran CT115S turut diperbaharui. Jika anda mempunyai alatan mengukur yang sesuai, sudah pasti anda akan boleh mengesan beberapa lagi bahagian yang telah direka semula.

Terdapat beberapa lagi komponen pada CT115S ini yang telah diperbaharui antaranya ialah Kotak Angin, Aci Sesondol (Camshaft) dan ....... Admin sedang berusaha mendapatkan info teknikal untuk dikongsikan bersama-sama anda semua. Harap bersabar yee...

Untuk makluman, Kepala Silinder CT115S ini boleh dibeli di Pusat Servis MODENAS dengan harga RM 198.00 tanpa diskaun dan GST.
Read More

Friday, October 2, 2015

Ride Itik From Bedong To Seam Reap: Siri 2 Itik Yang Pulang

October 02, 2015 0
Sambungan dari Siri 1.

Hari ke 3: 16-Mei-2015, Meronda Angkor dan itik yang pulang

Awal pagi aku telah bersiap-siap untuk ke Angkor Wat - Antara binaan yang masyhur dan tertua di atas bumi Kemboja. Sarapan pagi hanyalah Nescafe 3 in 1 dan Indomee (boleh didapati di pasar mini disekitar bandar ini).

Ada kaunter tiket disitu..
USD 20/day. 
Timing teman tak berapa kena pulak sewaktu ke kaunter tiket sebab pada waktu yang sama, ada pulak 3 buah van pelancong tiba. Jenuh juga teman beratur yop!
You are welcome!
Wow...baru tahu berapa punya besar daa..
Bila dah sampai disini barulah teman tahu bagaimana besornya binaan Angkor ini. Jadi teman pun bersantai-santai ajer disini dulu - menikmati pemandangan disekitar kawasan ini (sebenarnya mengumpul tenaga sebelum nak menapak masuk ...jauh pulak rasanya). Well, nak pusing keliling binaan ini dalam masa 1 hari memang tidak cukup masa. Padanlah ada jualan tiket pakej 3 hari di kaunter tadi. 

Jadi teman pun membuat keputusan untuk membuat lawatan ala kadar aje untuk kali ini. Terbayang pulak betapa hebat dan gigihnya para pembina Angkor ini bekerja untuk menyiapkan binaan ini dengan peralatan canggih zaman dahulu.Aku pulak gigih berturing kemari hihihi...

OTW ke Bayon - kulihat hijau..segar & nyaman sekali.

Santai sebentar di tepi jalan menuju ke Bayon
Bersantai sebentar disini sebab jalan masuk agak sibuk dengan kenderaan para pelancong yang semakin bertambah. Bila agak reda barulah teman bergerak kesana untuk membuat lawatan ala kadar sahaja.

Sebenarnya teman teringin bebenor untuk meluangkan masa dengan lebih lama di sekitar komplek bersejarah ini namun apakan daya...lain kali ajerlah jika ada kesempatan. Sekurang-kurangnya dapat juga melihat dengan dekat hasil teknologi binaan para pembina zaman dahulu kala.

Itik sudah mahu pulang
Selesai sesi lawatan ala kadar di Angkor Wat, aku bersiap-siap menuju ke Poi Pet. Harap-harap urusan di pos sempadan nanti berjalan lancar. Selesai mengisi petrol di Seam Reap, gaspol ajer ke Poi Pet.

Highway 6: Debu-debu melayang...
Tanda stesen petrol cap apantah.
Berehat sebentar sambil mengisi tangki petrol: USD 2 untuk 2 liter

Hampir tiba di pekan Banteay Meanchey
Masih ada yang mengangkut air untuk keperluan harian. Tetiba pulak habuk masuk dalam mata teman....


Poi Pet
Tinggal lagi 7km ke pos sempadan Kemboja-Thailand, jalanraya agak sibuk sedikit pada waktu ini (kira-kira jam 3.00petang)


Yezza...aku tiba di pos sempadan Thailand. Macam biasalah..parking itik tepi pondok untuk menyelesaikan urusan dokumentasi. Antara yang dipinta oleh pegawai disini ialah lesen memandu, geran motosikal, insuran dan paspot. Prosesnya sama sahaja iaitu melengkapkan borang "Conveyance", pengesahan dan juga mengecop paspot. Mujur dah buat salinan untuk dokumen-dokumen tadi, jika tidak terpaksalah menapak kekedai fotostat lagi. Caj yang dikenakan adalah THB 65.00  sama sewaktu aku masuk kelmarin.

Selesai di pos ini, ada 1 lagi pos kastam yang perlu ditempuhi. Proses di pos kastam ini adalah sama ketika kita masuk di pos sempadan Dannok-BKH (Simplified Custom Form).

Conveyance Form (Inbound/Outbound)
Ahh...lega rasanya sebab dah selesai urusan di pos sempadan tanpa banyak karenah. Misi seterusnya ialah mencari nasi hihihi....

Lokasi kedai makan
Alhamdulillah...jumpa pun kedai makan Muslim Patani. Nasi dengan sup daging menjadi hidangan istimewa hari ini. Kedai ini terletak tepi jalan berhampiran dengan kawasan lot-lot kedai "bundle".

Selesai makan terus gaspol ke Cha-am melalui Pranburi-Nakhon Nayok-Rangsit-Nakhon Phatom. Perjalanan pada waktu malam agak sukar juga bagi aku yang kubis ini. Walaupun keadaan trafik kurang sesak, aku menunggang didalam keadaan berhati-hati agar tidak memasuki lorong yang salah. Baru jer ingat berhati-hati, aku dah pun tersalah lorong ketika melalui persimpangan bertingkat....arrgh! Belajor dari kesilapan hahaha...

Hari ke 4: 17-Mei-2015, Cha Am to Surat Thani.

Tempat tidurku di Cha Am THB 300
Hari ini adalah hari bersantai disekitar pantai Cha Am, sekadar meronda, bersantai dan makan-makan sahaja.

Antara tempat bersantai
Aktiviti pantai - agak meriah dengan para pelancong
Kedai makanan muslim yang ditemui di Cha Am



Aku singgah di kedai makan Muslim Aminah Seafood, yang terletak di Narthip Road. Makananku tengahari ini ialah Nasi Goreng Ayam dan Nescafe sahaja. Harga yang dicajkan ialah THB 70.00. 

Lokasi : 12°47'46.0"N 99°58'34.3"E 12.796100, 99.976200
Info lanjut boleh didapati di pautan ini:
http://www.thaihalaltrips.com/aminah-seafood-cha-am-phetchaburi


Hua Hin: Kasi servis biar tip-top!
Selesai makan aku bergerak ke Hua Hin melalui jalan pantai dan seterusnya menuju ke Surat Thani.
 
Gerai Sedap Malam di Surat Thani (Berhampiran Jeti Bot)

Aku sampai di Surat Thani sekitar jam 7.30 malam. Selesai mencari hotel dan mandi manda, terus sahaja aku ke tempat makan berhampiran jeti bot ke Koh Samui. Masakan goreng-goreng dan roti canai menjadi santapanku pada malam ini...lapor sungguh yob! Selesai makan, aku meronda-ronda di pasar malam yang berhampiran sebelum melelapkan mata - berehat secukupnya untuk perjalanan hari esok.

Hari ke 5: 18-Mei-2015, Surat Thani to Bedong.


Selamat pagi Surat Thani!
Jemput makan...
Sarapan pagi sambil menikmati pemandangan di tepi sungai Tapee (Namueang Road). Makanan yang terdapat di sini ialah nasi berlauk dan juga roti. Selesai makan, gaspol ke Dannok.

PTT Surat Thani.

Singgah di pusat pameran Yamaha - layan R3
Tiba di Dannok ketika sedang makan di Restoran Kak Jah, aku mendapat restu untuk bertemu dengan otai overlander Malaya iaitu Abang Eid Sidek. Tambah seronok apabila aku dipertemukan juga dengan otai adventur Indonesia iaitu Mario Iroth yang sedang mengembara ke........ Banyak cerita-cerita menarik daripada mereka berdua yang dapat dikongsi ketika bersantai-santai di bandar Alor Setar. Terima kasih Abang Eid!

Bersama-sama otai-otai adventur.
Tamat cerita kembara solo Ride Itik untuk kali ini. Terima kasih famili, Omary, Abang Eid, Abang Rosli Sulaiman, Bro Mario dan krew-krew Ride Itik. Enjoy your ride guys!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...