CT115S - Sensasi terbaru kapcai MODENAS! |
Rekabentuk terkini CT115S - Memang ranggi der! |
Jom kita lihat ciri-ciri sensasi MODENAS CT115S ini...
Kerangka dan kemasan penutup badan (body cover)
Pandangan Sisi MODENAS CT115S |
Menurut Pengurus Jabatan Rekabentuk dan Pembangunan Produk MODENAS Encik Roslee Baharom yang ditemubual semasa sesi pelancaran, keseluruhan rekabentuk kerangka dan stailing model CT115S ini bermula daripada lakaran kertas kosong. Kajiselidik atau klinik CT115S ini telah dilakukan dibeberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas serta cadangan yang relevan semasa model ini mula dibangunkan.
Hasil daripada sesi kajiselidik dan kehendak para peminat kapcai, para jurutera MODENAS telah berjaya merekabentuk kerangka bertulang yang ringan dan mempunyai daya tahan yang tinggi, bersesuaian dengan karakter kapcai yang lincah dan selesa untuk ditunggang. Kerangka ini pula telah dipadankan dengan kemasan penutup badan (body cover) yang sporti dan bergaya. Ciri-ciri aerodinamik juga agak terserlah pada bahagian penutup badan CT115S ini.
Jarak rodanya yang panjang (1,260mm), memberikan lebih kestabilan dan keselesaan ketika menunggang! |
Secara teknikalnya model CT115S ini turut menawarkan pengalaman menunggang yang berbeza berbanding model-model MODENAS sediada. CT115S ini menggunakan penyerap hentak tunggal (monoshock) dengan 4 pilihan pelarasan. MODENAS memberikan kepercayaan penuh kepada KYB, pembuat penyerap hentak yang tersohor di dunia untuk bersama-sama membangunkan dan menghasilkan penyerap hentak tunggal yang berkualiti tinggi untuk dipadankan dengan karakter lincahnya.
Penyerap hentak tunggal (monoshock) dengan 4 pilihan pelarasan |
Bar penstabil pada lengan ayun. Item yang jarang didapati pada kebanyakan kapcai yang sekelas dengannya |
Lampu-lampu utama
Rekaan lampu-lampu utama CT115S yang unik dan tersendiri. |
Antara kesan piawaian ini ialah lampu-lampu yang digunakan perlu melepasi ujian piawaian yang ketat bagi memastikan kecerahannya memenuhi spesifikasi tertentu bagi meningkatkan aspek keselamatan sesebuah motosikal.
Pemantul cahaya pada bahagian sisi CT115S pula, merupakan item tambahan (mandatori dipasang) turut bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap kebolehlihatan (visibility) untuk keselamatan pemilik dan juga kepada para pengguna jalanraya amnya.
Lampu hadapan model CT115S ini akan menyala secara otomatik sebaik sahaja enjinnya dihidupkan merupakan ciri tambahan yang diperkenalkan sejajar dengan pematuhan piawaian pihak berkuasa tempatan.
Soket Pengecas 12V
I like it! Boleh cas telefon sambil bersantai di atas CT115S. |
Sistem Kunci 4 Dalam 1
Sistem kunci ini membolehkan anda untuk menghidupkan dan mematikan sistem-sistem utama (elektrikal dan enjin), membuka pelana serta mengunci motosikal dengan kawalan sepusat. Ianya juga mempunyai penutup keselamatan tambahan untuk melindungi lubang kunci daripada dicerobohi oleh "pakar-pakar" yang tidak diingini.
Meter
Rekaan baharu panel meter CT115S, gaya terkini dan mudah dibaca dengan paparan yang lebih jelas. Pendek kata, sangat praktikal!
Rim & Tayar
Rim gaya baru |
Enjin
Enjin 4 lejang sejukan udara 115cc, dengan spesifikasi teknikal yang diperbaharui - ternyata berbeza! |
Antara item-item yang dipertingkatkan adalah tork dan kuasa enjin CT115S bagi meningkatkan prestasi pecutan, kuasa maksimum, penjimatan petrol dan juga pematuhan piawaian emisi. CT115S ini juga dilengkapi dengan alat penyah mampatan (decompressor) agar enjinnya mudah dihidupkan. Profil aci sesondol juga telah direka semula bagi meningkatkan lagi hamburan kuasa dan respon enjin yang lancar ketika beroperasi.
Berdasarkan spesifikasi teknikal terbaru ini, CT115S ini mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 48 kilometer bagi seliter petrol (pada kelajuan 80kmh).
Berbaloi?
Secara keseluruhannya, CT115S ini menawarkan pakej yang amat berbeza daripada model-model MODENAS sediada. Berdasarkan ciri-ciri utamanya, CT115S ini tergolong di dalam kategori kapcai premium yang memenuhi kehendak dan citarasa masakini.
Harga pengenalan CT115S ini ditetapkan pada RM 5,330.00, termasuk GST, tidak termasuk insuran, cukai jalan dan lain-lain caj.
Sekiranya anda berkira-kira untuk memiliki sebuah kapcai yang berprestasi dan sporti, pastikan CT115S ini dimasukkan pada senarai utama pilihan anda!
Nantikan juga laporan pandu uji sedikit masa nanti.
Alhamdulillah...! Saya suka dengan laporan Modenas CT115s dalam blog ni. Saya sedang berura-ura nak beli satu. Bagus usaha penulis blog ini yg banyak berikan input yg diperlukan.. Teruskan usaha yg baik, Insha Allah diberkatiNya..
ReplyDeleteBaru tadi ambil motor ni dari kedai... :)
ReplyDeleteDalam proses... Hanya menunggu kunci d berikan..
ReplyDeleteDalam proses... Hanya menunggu kunci d berikan..
ReplyDeleteHappy sangat..siap boleh charge handphone tepi highway
ReplyDeleteNak share review sikit pasal moto ni.Dah pakai moto ni lbh krg 6bln..beli 12.12.2015..Dari segi performance> Top speed 115kmh jer..Handling: rear Monoshock> keras-tak stabil-buang.Braking system>Out-hujan je brek disk berbunyi..Fuel consumption>sucks-speed 100kmh ride-1ltr sampai 30-35km..2ltr reserved petrol ..Overall Rating:2/5 "Hampeh"..Awas:Jgn cuba layan corner guna standard moto ni..marabahaya wo >boleh terbaring jadinya..monoshock keras..tak stable..buang tepi.
ReplyDeleteSekadar berkongsi catatan Fuel Consumption dgn tuan.
Deletehttps://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8370619633049332634#editor/target=post;postID=9207221008549105558;onPublishedMenu=template;onClosedMenu=template;postNum=5;src=postname
Stabil pandu motosikal ni....dah beli sebuah...memang puas hati dan harga pun berbaloi....
ReplyDeleteStabil pandu motosikal ni....dah beli sebuah...memang puas hati dan harga pun berbaloi....
ReplyDeleteBru booking..tggu kedai call ja..
ReplyDeleteSaya pengguna modenas ct115...saya mahu memberi feedback sesama saya ride ct115...11/2015 motor keluar dari kedai...pada 13/2/17 saya terasa motor seakan berat ketika balik kerja...dan keesokan hari motor tidak dapat hidup,saya pergi kedai motor utk checkup apa yg saya dapati "PISTON" retak didalam...dan sebulan selepas itu (hari ini)saya dapati enjin bergegar teruk,saya pergi kekedai utk checkup dan saya dapati pemegang/chasis enjin pun retak...perlukah saya baiki tanpa di endahkan oleh pihak tertentu atau MODENAS sendiri yg akan mengambil tindakan atas apa yang berlaku...
ReplyDeleteBoleh buat tuntutan waranti melalui Pusat Servis MODENAS atau wakil penjual (tempat tuan beli motosikal tersebut). Pihak kilang menyediakan waranti selama 2 tahun atau 20,000 km
DeleteTempat cas tu dekat bahagian mana eh?
ReplyDeleteBuka pelana (seat) baru jumpa soket pengecas
ReplyDeleteSdh booking tungu kena call kedai lg..harap ok la motor ni.tkut pla tgo coment2 yg sdh pnh guna ni..mcm2 mslah
ReplyDeleteBaru bercadang nak beli tp bila baca komen2 yg menakutkan tu rasa tawar nak beli motor ni...emmmmmm...kalau mcm tu Honda Jugalh yg di tapau bwa balik ni...sorry Modenas...sebelum jual pastikan jurutera buat pandu uji dulu...
ReplyDeleteTOLONG BUAT MUDGUARD CT115 NIE BAYAK2 NK CARIK PUNYA SUSAH
ReplyDeleteSalam nak Tanya mcm mane nak Huang cut off no tuka cdi nk pakai cdi ape
ReplyDeleteCover set pon tiada dijual terbaik lah moto no rasa bangga pula tiada cover set tidak dijual
ReplyDeleteSalam perkenalan. Saya pengguna ct115s. Saya hendak tahu Blok racing apa boleh masok kat moto ni?
ReplyDeleteSalam....nk tanya..swing arm modenas ct115s kat mana ada jual..susah betul nk dapat.
ReplyDeleteNak tanya panjang monoshock 115s ni berapa mm yer?
ReplyDeleteJuga salah satu punca kenapa keluaran modenas yang terbaru ini sambutannya kurang memberansangkan(CT115s),bukan sahaja dari segi pembinaan enginnya,malah salahsatunya disebabkan oleh reka bentuk lampu membelok di bahagian belakang yang terlalu menonjol,monoshock belakangnya terlalu keras,coverset juga tiada dalam pasaran(amat sukar didapati),alatganti dan perkakasan jenama nasional seharusnya mudah didapati,berbeza dengan model motorsikal keluaran pesaingnya yang dimana iyanya dari luar negara dan kini mendapat tempat yang kukuh dalam bidang perniagaan permotoran seperti yamaha,sym,honda dan selainnya di Malaysia..mereka menerapkan design yang tidak lapuk dan ianya design yang lebih Aerodynamic dimana design itu lebih menarik perhatian para peminat kenderaan dua roda masa kini serta alatganti dan perkakasan juga mudah didapati dalam pasaran berbanding jenama keluaran nasional..kepada team modenas,jangan berputus asa,teruskan usaha..jika perlu,buat survey kepada para peminat kenderaan dua roda tempatan bagi memenuhi dan menarik minat mereka kepada jenama nasional.imbuhannya,model dan jenama motorsikal nasional kita akan dikagumi,dilihat dimana mana sahaja,begitu ia membolehkan jenama motorsikal nasional kita ini memberi modal untuk berdaya saing didalam dunia permotoran.
ReplyDeleteMenyesal beli
ReplyDeleteAhahahahaahaha..ape blh buat.bnda dh beli..pakai je la..yg penting x meragam byk sudah.ulang alik kerja.jg minyak hitam..beli bkn utk belumba pn.ahahahaha skali lg pd yg dh beli mcm aku ni
ReplyDeleteBaru beli Nov 2021..masa NK ambik KT kedai Moto X boleh start...Belum bawak LAGI...dah problem..seat lock problem...baru kluar kedai nak isi minyak bawak 40-50kmh dah Ada bunyi knocking..esok nya hantar kedai balik n send back to factory..kene la tggu sampai factory hantar balik...menyesal pulak ambik Moto ni...
ReplyDeleteBrp saiz monoshock? 205mm?210mm?250mm?280mm?
ReplyDelete