Membongkar Misteri Kehilangan Minyak Enjin Kriss - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Sunday, April 17, 2016

Membongkar Misteri Kehilangan Minyak Enjin Kriss

Kali ini aku kongsikan catatan mengenai kehilangan minyak enjin yang melanda jentera Kriss 110 suatu ketika dahulu. Kes kehilangan minyak enjin ini boleh dikatakan terjadi kepada semua jenis jenama motosikal baik yang berkapasiti besar ataupun kecil, cuma punca kejadiannya sahaja terdapat dalam bermacam-macam versi. Ada yang keluar asap dan ada pula yang tidak berasap. Kehilangan minyak enjin versi tidak berasap inilah yang melanda jentera Kriss 110ku.

Tanda-tanda kehilangan minyak enjin pada jentera Kriss 110ku bermula sewaktu aku perasan terdapat titisan minyak pada lantai simen rumah.

Setitik-setitik, lama-lama kering...
Walaupun kebocoran ini tidak begitu serius, namun jika aku andaikan jumlah kebocoran ini sekitar 15 mililiter (termasuk hilang sewaktu perjalanan) sehari, maka dalam tempoh 10 hari nanti aku akan kehilangan sekitar 150 milliliter minyak enjin. Secara matematiknya paras minyak enjin yang tinggal didalam enjin adalah sekitar 750 mililiter sahaja (kapasiti minyak enjin untuk Kriss ialah 900 mililiter). Untuk tempoh sebulan memungkinkan kehilangan sekitar 450-500 mililiter...banyak tu beb!

Pada mulanya aku sangkakan bahawa minyak enjin ini adalah berpunca daripada minyak rantai motosikal sebab aku baru saja melincirkan rantai motosikal sekitar dua minggu sebelumnya namun tergerak hati pulak untuk menjenguk bahagian bawah enjin untuk mendapatkan kepastian.

Tu dia bawah enjin...basah!
Hasil daripada pemeriksaan ringkas, aku membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

Nampak dah...
Berbekalkan peralatan asas, aku membuka penutup rantai hadapan dan mendapati memang terdapat lelehan minyak enjin yang bukannya berpunca daripada minyak rantai.

Periksa bahagian ini: A & B
Gegancu hadapan dibuka..aku memeriksa bahagian "A" dan "B". Pada bahagian bawah "B" (Suis Posisi Gear) terdapat sisa lelehan minyak yang agak baru, manakala bahagian "A" pula bebas daripada lelehan minyak enjin.

O-Ring yang disyaki membocorkan minyak enjin..
Bahagian "B" ialah komponen yang dipanggil Suis Posisi Gear. Pada bahagian ini terdapat "Gelang O" atau dalam bahasa Inggerisnya "O-Ring". Aku mendapati, komponen ini telahpun terlajak usianya - menjadi keras dan rapuh. Tindakan aku seterusnya ialah menggantikannya dengan yang baharu.

Alat ganti tulen MODENAS
Kos alat ganti ini hanyalah RM 0.70 seunit yang dibeli di Pusat Servis MODENAS Gurun. Harga campur GST pun tidak mencecah RM 1.00.

Selesai kerja
Selesai sudah membongkar misteri kehilangan minyak enjin versi tidak berasap untuk jentera Kriss 110ku. Jika anda juga mengalami masalah yang sama, cubalah periksa bahagian-bahagian seperti "Gasket", "Oil Seal" dan juga "O-Ring" terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membongkar enjin bagi menyelesaikan masalah minyak enjin yang hilang!
 

3 comments:

  1. Bagaimana saya nak dapatkn servis motosikal yg berkualiti pada motosikal MR1 saya? Pusat terdekat terlekat di gurun, kedah dan saya berada di seberang perai pulau pinang. Sekian harap membantu terima kasih

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...