Kriss 20 Tahun Dah!: Pemeriksaan JPJ - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Thursday, April 7, 2016

Kriss 20 Tahun Dah!: Pemeriksaan JPJ

Catatan kali ini ialah proses nak menghidupkan semula cukai jalan yang telah tamat tempoh. Cukai jalan jentera Kriss 110 ini telahpun berakhir pada tahun 2013 yang lalu. Oleh kerana keinginan aku untuk membawa jentera ini ke Negara Gajah Putih pada hujung bulan ini, maka wajiblah aku membaharui insuran dan cukai jalannya.

Pra pemeriksaan:
 
Proses membaharui cukai jalan ini dimulakan dengan kunjungan ke pejabat JPJ untuk mengambil permit perjalanan sementara. Tidak perlu mengambil nombor giliran, cuma terus sahaja ke kaunter "Pemeriksaan Kenderaan" untuk mendapatkan borang kosong. Dua keping borang JPJK12 yang aku dapat untuk dilengkapkan.


Cara melengkapkan borang ini agak mudah:-
A. Isikan butiran kenderaan mengikut butiran yang terdapat pada geran kenderaan.
B. Tujuan pemeriksaan: Disini aku tulis "Membaharui cukai jalan yang telah tamat tempoh pada tahun 2013".
C. Butiran perjalanan (Tarikh dan destinasi perjalanan) - mengikut tetapan tarikh untuk pemeriksaan dengan
     pegawai JPJ.
D. Butiran insuran - mengikut butiran yang terdapat pada "Cover Note"
E. Isi nama, nombor kad pengenalan, tandatangan dan tarikh.
F. Tandatangan pegawai JPJ (pengesahan).

Serahkan borang yang telah lengkap bersama-sama salinan geran kenderaan dan salinan "Cover Note". Pegawai JPJ akan menyerahkan sekeping borang yang telah ditandatangan untuk dibawa bersama-sama pada tarikh pemeriksaan nanti. Permit perjalanan sementara ini sah untuk tempoh perjalanan selama tiga hari sahaja.

Hari Pemeriksaan:

Seawal jam 8.45 pagi aku sampai di pejabat JPJ untuk melakukan proses pemeriksaan bersama-sama pegawai JPJ. Sebelum ke pejabat JPJ, aku pastikan kesemua dokumen asal dibawa bersama-sama bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan.

Parking dulu...

Aku letak sahaja jentera Kriss 110 berhampiran dengan pejabat pemeriksaan JPJ untuk menyerahkan borang bersama-sama dokumen asal (geran dan "Cover Note") kepada pengawai JPJ di kaunter "Pemeriksaan Kenderaan". Selesai sahaja pegawai JPJ menerima dan menyemak butiran dan dokumen-dokumen yang berkaitan maka tibalah masa untuk membuat pemeriksaan.

Kena buka "kepak"
Aku perlu membuka penghadang angin (kepak) pada bahagian kiri jentera Kriss 110 bagi memperlihatkan nombor cesinya. Cetakan nombor enjin juga diperiksa oleh pegawai JPJ, jadi wajarlah kita membersihkan dahulu bahagian sekitarnya daripada sebarang kotoran. Setelah selesai pegawai JPJ tersebut mengemaskinikan maklumat kenderaan didalam sistem komputernya dan mengeluarkan slip pengesahan pemeriksaan yang perlu ditandatangani. Selepas mendapat slip ini, barulah aku boleh mengambil nombor giliran untuk membaharui cukai jalan yang berharga RM 2.00 untuk tempoh setahun. Maka pada tarikh 3-April-2016, jentera Kriss 110ku kini boleh beraksi dijalanraya dengan sah. Horeyy....

Secara keseluruhannya, proses ini amat mudah. Harap artikel ini dapat membantu anda semua yang ingin membaharui semula cukai jalan kenderaan anda yang telah terlajak tempoh (lebih daripada setahun).

3 comments:

  1. Tq. Saya pn nk buat benda yg sama dgn motor saya. Pencerahan yg amat berguna

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. Saya pun ada 2 biji motosikal tersadai.. sebab tak ada orang pakai. Sekarang baru terfikir nak on balik.

    ReplyDelete
  3. bang ada group kriss x? sy ada sbjik kriss kt rmh..dlu pnah kmlgn..dh restore tp bkn full..handle ngn tyr dpn xngam..jd senget..syg sgt mto tu wlupn dh pnah pkai rxz ngn 125 mto tu org mntk bli pn sy xjual sb ada sentimental value...igt nk buat full restore pkai ori modenas...kt mna blh dpt ya? klau nk wsap dy pn blh 01140689040...sgt2 syg mto tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...