Modifikasi CT115S Konsep Perlumbaan - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Saturday, March 12, 2016

Modifikasi CT115S Konsep Perlumbaan

Admin berkesempatan meronda ke lokasi pameran Cubprix di Serdang dan menemui CT115S ini. CT115S ini telah melalui proses modifikasi berkonsepkan perlumbaan. Admin kongsikan beberapa foto untuk tatapan para peminat dan pemilik CT115S k...

Nampak ranggi der!!
Dilengkapi meter RPM dan Karburetor UMA Racing
Set rim sukan 125Z.
Pemijak kaki RCB jenis universal
Monoshock RCB model LC135
Melihat daripada item-item yang dipasang, anggaran kos untuk modifikasi boleh mencecah sekitar RM 2+++.00. Bagi para peminat modifikasi, kos bukanlah penghalang untuk mendapatkan kelainan. Tepuk dada, tanyalah selera k...

59 comments:

  1. hi saya pengguna modenas ct115, masalah saya adalah tahap kelajuannya ( top speed ) hanya 100kmj sahaja dan apabila mendaki bukit akan drop kepada 80 sahaja. ada cadangan yg boleh diberikan oleh admin tak untuk menambahkan kuasa kepada enjin saya.. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu tahap kelajuan agak subjektif. Saya difahamkan bahawa meter CT115S ini dikategorikan sebagai "berat". Yang dimaksudkan disini ialah apabila jarum meter CT115S mencecah ke angka 100kmj, bacaan ini adalah hampir sekitar 94-96 GPS. Jika kita bandingkan dengan meter model MODENAS yang lain, ianya akan menunjukkan bacaan sekitar 120kmj atau lebih. Pun begitu, saya sarankan agar tuan membawanya ke Pusat Servis MODENAS yang berhampiran bagi tujuan pemeriksaan semula. Maklumkan juga masalah yang tuan hadapi kepada staff pusat servis. Kebiasaanya mereka akan melakukan beberapa pemeriksaan asas untuk mengenalpasti masalah yang tuan hadapi. Saya berpeluang memandu uji model CT115S ini dan kelajuan yang saya dapat adalah sekitar 110-115kmj (berat saya 56kg, kondisi mtosikal-dua minggu keluar drpd kilang).

      Delete
  2. tuan admin kalau saya tukar monoshock asal ct115s saya dengan monoshock rcb model LC135,adakah bahagian belakang motor saya tu akan turun sedikit..rasanya belakang motor tu agak tinggi sedikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian belakang akan menjadi sedikit rendah berdasarkan maklumbalas daripada pihak Modenas Racing.

      Delete
    2. Bahagian belakang akan menjadi sedikit rendah berdasarkan maklumbalas daripada pihak Modenas Racing.

      Delete
  3. Replies
    1. Untuk cubprix, modifikasi enjin adalah tertakluk kepada regulasi teknikalnya - bukan "open specs", namun begitu bagi kategori WIRA & CP115 kelajuan purata kebiasannya melebihi 140 km/j.

      Delete
  4. Saya pemilik ct115s juga. Kalau turun sprocket blkg dari 42t asal kpd 37t. Ada kesan ketara tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika spesifikasi enjin motosikal dalam keadaan asal (tiada modifikasi) lebih baik dikekalkan dengan setting sprocket asal namun jika ingin juga mengubah setting sprocket memadai turun 1-2t sahaja (ni setting yang saya selesalah utk enjin standard). 37t ni memungkinkan kadar akselarasi kurang memberangsangkan. "Try and error" adalah kaedah biasa untuk mencari kesesuaian setting sprocket berdasarkan gaya tunggangan setiap individu.

      Delete
    2. Kalau saiz 38 or 40 ok tak? Msi standard ke bos?, engine msi ok guna sprocket bgitu??

      Delete
  5. saya pemilik CT115s juga.dalam pandang saya spear parts untuk motor ct115 susah nak..dapat..barang ct115 boleh dapat Kat tempat.dalam sungai petani

    ReplyDelete
  6. saya pemilik CT115s juga.dalam pandang saya spear parts untuk motor ct115 susah nak..dapat..barang ct115 boleh dapat Kat tempat.dalam sungai petani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan boleh pergi ke Pusat Servis MODENAS di Gurun, Kedah atau hubungi mereka 04-466 8236

      Delete
  7. Saya pengguna ct115s sejak feb2016..sproket asal 42 saya tukar kpd 38..terasa perubahan top speed..lebih laju dari asal..cuma bila hujan disc brake akan berbunyi kuat..mungkin dari jenis pad yg diguna..tayar juga kurang mencengkam. Kena tukar tayar yg lebih berprestasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kongsi maklumbalas CT115S. Tayar standard yang dibekalkan oleh kilang memang terhadlah prestasinya.

      Delete
  8. Salam admin..nak tanya mana nak dpt cover class dkat engine tu...ingkat na pasang class

    ReplyDelete
  9. Salam admin..nak tanya mana nak dpt cover class dkat engine tu...ingkat na pasang class

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari dalam website https://ynebikers.com.my/main/product/2910-clutch-lever-set-racing-sys-kriss-

      Delete
  10. Btl ke harga ct115s berharga rm 7000+++ sbb saya skrg pakai kris mr1 dan saya nk trade ni (kriss mr1 rm 1000) kpda ct115???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga di semenanjung tunai otr sekitar RM 5300 - 5500 bergantung kpd jenis insuran dll. RM 7,000 mungkin harga di Sabah atau Sarawak.

      Delete
  11. salam admin,sekarang sye dah buat standard modi,blok x1r 58mm,cam tokahi,carb ts125,spoket 14-35..topspeed 130 jer..mcm xpuas lagi..ade ape2 tmbahan lain x nk bg lagi laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari pomen yang biasa buat enjin cubprix. Cam biasanya "custom made" dan banyak pilihan sebagai contoh Cam Alang. Boleh ke laman blog ini untuk info lanjut.
      http://alangmotors.blogspot.my/2014/08/apa-makna-di-sebalik-warna-warna.html

      Delete
  12. Saiz blok maxsimum yg boleh pakai.. saiz berpa? 57? 60?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiz blok habis 59mm ja.sbb ruang dia terhad x mcm kriss. Skarang ni saya pkai 57mm. Klau lebih pada 57mm krg sedap kata pomen

      Delete
    2. Blok ape boleh masok boss???

      Delete
  13. Dekat mana boleh beli asesori ct115s online eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara aksesori yang boleh dipasang dari jenama RCB (Racing Boy), Faito, UMA Racing dll.
      "On-line" kena rajin search Google sebab barang2 aksesori ni ada yang sama dengan model2 MODENAS yang terdahulu dan ada pula jenis "plug & play" (PNP). Untuk rack GIVI, boleh ke pautan ini: https://www.motor-centaur.com/GIVI-MONORACK-MV-MODENAS-CT115S
      01S0118Y RB RIM STICKER 801 REFLECTIVE- Yellow
      01B00142R RB Brake Hose 850mm-Red
      01B0022S Disc Bracket
      01D0352G Brake Disc Plate 300mm
      01B0153R RB Brake Caliper Crab Belang-Red
      01A0020R Air Valve Stim (Universal)-Red
      01B0019R Brake Hose Holder Universal
      Engine (B)
      02V00360 Samurai Valve Spring Universal
      02B00042G Bypass 45 Degree
      02B0029 Bypass Venthose
      02PC001P Plug Coil Universal
      01P0003R Silicone Ignition Cable Universal
      Faito Clutch Spring Zero II ( ModenasKriss )
      Faito Crankshaft ( ModenasKriss )
      Faito Close Ratio Racing Gear Box ( Modenaskriss )
      Faito Crankshaft Jack UP 2.0mm ( ModenasKriss )
      SYS Cover Clutch Manual
      Foot Rest (C)
      01A0016R RB Alloy Side Stand 230mm-Red
      Handle Front (D)
      01M0034R RB Alloy Side Mirror FM1-B5-Red
      01LV105R RB Alloy Lever RH SI LC135-Red
      01H0004R RB Alloy Handle Grip-04-Red
      01BL002G Balancer – M2
      01W0005R RB Washer (6pcs)-Red
      01H0056 Lever Guard Universal
      Rear Wheel (E)
      01M0030Y S-Line Monoshock
      20G0076Z GL Black Chrome Racing-MR2 110cc
      01C0007R RB Auto Chain Tensioner V2 50mm-Red
      01B0092R RB Rear Brake Lever Yamaha-Red
      01A000IB Axle Nut Cover Universal

      Delete
  14. Tuan blok apa ya??? Untuk racing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Racing cubprix pakai block standard kilang je (115cc) mengikut peraturan yang ditetapkan oleh penganjur. Antara komponen yang boleh meningkatkan prestasi jentera adalah Karburetor (had maksima kelas WIRA & CP115 ialah saiz 24mm), CDI, custom made camshaft, ekzos (biasanya ditempah mengikut kesesuaian enjin), valve bersaiz besar dan lain2 komponen.

      Delete
  15. Sekadar utk perkongsian pengalaman... Saya berusia 38 tahun pada tahun ini (2018), berat badan 72kg dengan ketinggian 178cm. Saya menggunakan modenas CT115s tahun 2016 yg mana bg saya adalah sebuah moped yg berbaloi dari segi harga, rekaan body pun boleh dikatakan menarik ( tak terlalu comel dan tidak pula terlalu hodoh rupa parasnya ) dan prestasi bagi saya memang terbaik dalam golongan moped 4stroke bersesaran 110-125 cc iaitu dari segi pickup / pecutan.. ( jarak 0-250m memang LC135 standard tak dapat ikut pickup CT115s ni )

    Pada pengamatan saya motorsikal CT115s milik saya ini ( stock asal tiada modifikasi terhadap enjin ) di datangkan dengan sprocket 14-42 lazimnya akan menemui top speed dalam lingkungan 100-110km/j. Utk meningkatkan top speed saya pernah try guna kombinasi sproket:-
    1) 14-38 = 115km/j
    2) 15-38 = 118km/j
    3) 14-36 = 105km/j
    4) 14-39 = 120km/j
    ( jarak diukur l/kurang dalam lingkungan 0-1500m tanpa membongkokkan badan dengan tunggangan solo )

    Cuma satu yg paling ketara pada amatan saya ialah motorsikal CT115s ini memerlukan putaran enjin yg agak laju (timing kena laras tinggi sikit utk menghasilkan kuasa pecutan pick up yg cepat kerana jika dalam pelarasan timing yg agak rendah, terasa perbezaan ketara iaitu dari segi kelancaran / kecepatan lonjakan terhadap kuasa pecutan.)

    ***** Apa yg saya coretkan diatas adalah berdasarkan pengamatan saya bersama motorsikal CT115s yg saya gunakan setiap hari dlm pelbagai situasi dan cara tunggangan yg agak lasak ( main pulas throttle ikut sedap saya je belasah macam motor fully racing konon2 nya )

    Mohon maaf jika terkurang penjelasan mengenai spec mahupun fakta dari segi penulisan.. Faham2 je lah saya bukan pandai bab enjin ni sebenarnya.. semoga apa yg saya kongsi ini sedikit sebanyak akan berguna kepada rakan2 pemilik / penunggang moped CT115s yang lain di luar sana.. T.kasih

    ReplyDelete
  16. saya nak tanya apa saiz sprocket yg paling sesuai utk versi standard sebab meter memang susah nak lepas 100km/j

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda boleh cuba kecilkan saiz belakang (42T turun ke 40T, sprocket depan asal) atau
      naikkan hadapan (14T ke 15T, sprocket belakang asal). Kesesuaian saiz sprocket bergantung kepada cara penggunaan jentera anda.

      Delete
  17. assalamualaikum tuan admin..saya nak tanya dimanakah penjualan matguard ct115s?? xnak dah jadi rompong nie buruk pulak adehh mintak pendapat dan lokasi boss..ws jika ade 0172156712 terima kasih

    ReplyDelete
  18. Aslm...spoket utk ct115s ni pakai model ap ye utk 36 ke atas?

    ReplyDelete
  19. Blok utk moto ni maksima bkh mask smpai saiz brp tnp perlu korek enjin?

    ReplyDelete
  20. Motor saya accident dan body lari frame ct115 ada jual tak dan coverset kepak sahaja

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum admin, untuk spec standard ct115s bagus tak untunk long distance ride, atau perlu tukar apa apa spare part untuk mengelakkan kerosakkan

    ReplyDelete
  22. MNA nk dpt cover set Ct ni ...sya Dh bosan dgn kale biru ..ingt nk tukar kale it am..n satu lagi sya nk tnya socket lampu break mmg longgar ke mcmana SBB sya ada masalah dgn lampu belakang

    ReplyDelete
  23. MNA nk dpt cover set Ct ni ...sya Dh bosan dgn kale biru ..ingt nk tukar kale it am..n satu lagi sya nk tnya socket lampu break mmg longgar ke mcmana SBB sya ada masalah dgn lampu belakang

    ReplyDelete
  24. Knpa. Accessories ct115s tiada dijual mati lah mcm. Ni nak beli coverset pon susah

    ReplyDelete
  25. Saya harap modenas guna enjen enjeksen

    ReplyDelete
  26. Salam admin, saya nak tanya ,apakah size sprocket yang sesuai untuk top speed mr1 ? Saya pakai block size 56, berat badan 67

    ReplyDelete
  27. Salam admin.. nk tanya, sy guna Kriss MR1 spec standard.. saiz sprocket standard depan 14 belakang 38.. kalau pulas full throttle stay 110/115km.. so sprocket saiz brapa sesuai utk cecah 120km ke atas?

    ReplyDelete
  28. Salam admin
    Ct115S sy tak boleh start selepas dibasuh. Takda api..Apa agaknya punca yg boleh jadi

    ReplyDelete
  29. asalam admin...mana nak dapat cover set modenas ct115s?kalau area kl ada jual tak?sebb dah puas cari tapi tak jumpa-jumpa lagi...

    ReplyDelete
  30. Saja nk kabor..motor ni lawa,murah..tak malu nk bawak..tgh dok pikir bagaimana nk mulakan ubahsuai..

    ReplyDelete
  31. Salam .admin..saya nak tanya kenapa moto saya tak boleh start selepas kene hujan lebat..semua dah check..api ada ..minyak masuk..carb dah cuci..penin lah..saya pomen kereta..boleh lah check sendiri..moto standard kering...salam..

    ReplyDelete
  32. Admin..exzos open yg mna boleh pnp dgn ct115s. Kriss atau wave 125 jika exzos open blh ngam x dgn ct115s?

    ReplyDelete
  33. Admin..exzos open yg mna boleh pnp dgn ct115s. Kriss atau wave 125 jika exzos open blh ngam x dgn ct115s?

    ReplyDelete
  34. Panjang ceritanya pengalaman menggunakan Modenas CT115S....tak rekomen semua untuk milikinya

    ReplyDelete
  35. Admin kalau nak tukar sportrim apa yg boleh masuk dgn ct115 ni?

    ReplyDelete
  36. Salam, saya nk tnya lah mcm mna nk pakai clutch? Jenis ap?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...