Ride Itik From Bedong To Seam Reap: Siri 2 Itik Yang Pulang - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Friday, October 2, 2015

Ride Itik From Bedong To Seam Reap: Siri 2 Itik Yang Pulang

Sambungan dari Siri 1.

Hari ke 3: 16-Mei-2015, Meronda Angkor dan itik yang pulang

Awal pagi aku telah bersiap-siap untuk ke Angkor Wat - Antara binaan yang masyhur dan tertua di atas bumi Kemboja. Sarapan pagi hanyalah Nescafe 3 in 1 dan Indomee (boleh didapati di pasar mini disekitar bandar ini).

Ada kaunter tiket disitu..
USD 20/day. 
Timing teman tak berapa kena pulak sewaktu ke kaunter tiket sebab pada waktu yang sama, ada pulak 3 buah van pelancong tiba. Jenuh juga teman beratur yop!
You are welcome!
Wow...baru tahu berapa punya besar daa..
Bila dah sampai disini barulah teman tahu bagaimana besornya binaan Angkor ini. Jadi teman pun bersantai-santai ajer disini dulu - menikmati pemandangan disekitar kawasan ini (sebenarnya mengumpul tenaga sebelum nak menapak masuk ...jauh pulak rasanya). Well, nak pusing keliling binaan ini dalam masa 1 hari memang tidak cukup masa. Padanlah ada jualan tiket pakej 3 hari di kaunter tadi. 

Jadi teman pun membuat keputusan untuk membuat lawatan ala kadar aje untuk kali ini. Terbayang pulak betapa hebat dan gigihnya para pembina Angkor ini bekerja untuk menyiapkan binaan ini dengan peralatan canggih zaman dahulu.Aku pulak gigih berturing kemari hihihi...

OTW ke Bayon - kulihat hijau..segar & nyaman sekali.

Santai sebentar di tepi jalan menuju ke Bayon
Bersantai sebentar disini sebab jalan masuk agak sibuk dengan kenderaan para pelancong yang semakin bertambah. Bila agak reda barulah teman bergerak kesana untuk membuat lawatan ala kadar sahaja.

Sebenarnya teman teringin bebenor untuk meluangkan masa dengan lebih lama di sekitar komplek bersejarah ini namun apakan daya...lain kali ajerlah jika ada kesempatan. Sekurang-kurangnya dapat juga melihat dengan dekat hasil teknologi binaan para pembina zaman dahulu kala.

Itik sudah mahu pulang
Selesai sesi lawatan ala kadar di Angkor Wat, aku bersiap-siap menuju ke Poi Pet. Harap-harap urusan di pos sempadan nanti berjalan lancar. Selesai mengisi petrol di Seam Reap, gaspol ajer ke Poi Pet.

Highway 6: Debu-debu melayang...
Tanda stesen petrol cap apantah.
Berehat sebentar sambil mengisi tangki petrol: USD 2 untuk 2 liter

Hampir tiba di pekan Banteay Meanchey
Masih ada yang mengangkut air untuk keperluan harian. Tetiba pulak habuk masuk dalam mata teman....


Poi Pet
Tinggal lagi 7km ke pos sempadan Kemboja-Thailand, jalanraya agak sibuk sedikit pada waktu ini (kira-kira jam 3.00petang)


Yezza...aku tiba di pos sempadan Thailand. Macam biasalah..parking itik tepi pondok untuk menyelesaikan urusan dokumentasi. Antara yang dipinta oleh pegawai disini ialah lesen memandu, geran motosikal, insuran dan paspot. Prosesnya sama sahaja iaitu melengkapkan borang "Conveyance", pengesahan dan juga mengecop paspot. Mujur dah buat salinan untuk dokumen-dokumen tadi, jika tidak terpaksalah menapak kekedai fotostat lagi. Caj yang dikenakan adalah THB 65.00  sama sewaktu aku masuk kelmarin.

Selesai di pos ini, ada 1 lagi pos kastam yang perlu ditempuhi. Proses di pos kastam ini adalah sama ketika kita masuk di pos sempadan Dannok-BKH (Simplified Custom Form).

Conveyance Form (Inbound/Outbound)
Ahh...lega rasanya sebab dah selesai urusan di pos sempadan tanpa banyak karenah. Misi seterusnya ialah mencari nasi hihihi....

Lokasi kedai makan
Alhamdulillah...jumpa pun kedai makan Muslim Patani. Nasi dengan sup daging menjadi hidangan istimewa hari ini. Kedai ini terletak tepi jalan berhampiran dengan kawasan lot-lot kedai "bundle".

Selesai makan terus gaspol ke Cha-am melalui Pranburi-Nakhon Nayok-Rangsit-Nakhon Phatom. Perjalanan pada waktu malam agak sukar juga bagi aku yang kubis ini. Walaupun keadaan trafik kurang sesak, aku menunggang didalam keadaan berhati-hati agar tidak memasuki lorong yang salah. Baru jer ingat berhati-hati, aku dah pun tersalah lorong ketika melalui persimpangan bertingkat....arrgh! Belajor dari kesilapan hahaha...

Hari ke 4: 17-Mei-2015, Cha Am to Surat Thani.

Tempat tidurku di Cha Am THB 300
Hari ini adalah hari bersantai disekitar pantai Cha Am, sekadar meronda, bersantai dan makan-makan sahaja.

Antara tempat bersantai
Aktiviti pantai - agak meriah dengan para pelancong
Kedai makanan muslim yang ditemui di Cha Am



Aku singgah di kedai makan Muslim Aminah Seafood, yang terletak di Narthip Road. Makananku tengahari ini ialah Nasi Goreng Ayam dan Nescafe sahaja. Harga yang dicajkan ialah THB 70.00. 

Lokasi : 12°47'46.0"N 99°58'34.3"E 12.796100, 99.976200
Info lanjut boleh didapati di pautan ini:
http://www.thaihalaltrips.com/aminah-seafood-cha-am-phetchaburi


Hua Hin: Kasi servis biar tip-top!
Selesai makan aku bergerak ke Hua Hin melalui jalan pantai dan seterusnya menuju ke Surat Thani.
 
Gerai Sedap Malam di Surat Thani (Berhampiran Jeti Bot)

Aku sampai di Surat Thani sekitar jam 7.30 malam. Selesai mencari hotel dan mandi manda, terus sahaja aku ke tempat makan berhampiran jeti bot ke Koh Samui. Masakan goreng-goreng dan roti canai menjadi santapanku pada malam ini...lapor sungguh yob! Selesai makan, aku meronda-ronda di pasar malam yang berhampiran sebelum melelapkan mata - berehat secukupnya untuk perjalanan hari esok.

Hari ke 5: 18-Mei-2015, Surat Thani to Bedong.


Selamat pagi Surat Thani!
Jemput makan...
Sarapan pagi sambil menikmati pemandangan di tepi sungai Tapee (Namueang Road). Makanan yang terdapat di sini ialah nasi berlauk dan juga roti. Selesai makan, gaspol ke Dannok.

PTT Surat Thani.

Singgah di pusat pameran Yamaha - layan R3
Tiba di Dannok ketika sedang makan di Restoran Kak Jah, aku mendapat restu untuk bertemu dengan otai overlander Malaya iaitu Abang Eid Sidek. Tambah seronok apabila aku dipertemukan juga dengan otai adventur Indonesia iaitu Mario Iroth yang sedang mengembara ke........ Banyak cerita-cerita menarik daripada mereka berdua yang dapat dikongsi ketika bersantai-santai di bandar Alor Setar. Terima kasih Abang Eid!

Bersama-sama otai-otai adventur.
Tamat cerita kembara solo Ride Itik untuk kali ini. Terima kasih famili, Omary, Abang Eid, Abang Rosli Sulaiman, Bro Mario dan krew-krew Ride Itik. Enjoy your ride guys!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...