KRISS MR2: 1000 Corner Mae Hong Son & 1000 Kilometer Ride (Day 5) Siri 2 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Monday, April 9, 2018

KRISS MR2: 1000 Corner Mae Hong Son & 1000 Kilometer Ride (Day 5) Siri 2

Sedikit perkongsian mengenai 2 buah jentera KRISS MR2 yang digunakan di dalam misi menawan 1000 Corner Mae Hong Son di Thailand dan mencipta rekod (bagi KRISS MR2) jarak perjalanan sejauh 1000 kilometer sehari (16 jam) pada 30 November sehingga 9 Disember 2017 yang lalu.

Sambungan Siri 1:

Hari Ke 5 - 4 Dis: Mae Sariang, Mae Hong Son & Pai
Awal pagi dah pun terjaga untuk menyambung perjalanan menuju ke Mae Hong Son dan Pai.
Kami bergerak seawal jam 7.00 pagi, bersarapan hanya di 7-E seperti biasa.

Pemandangan perkampungan di Mae La Noi
Cuaca pagi amat sejuk (dibawah 15 darjah Celcius). Meredah kabus dan menahan sejuk merupakan pengalaman baru ketika kembara kali ini, Laluan di sini masih lagi berliku-liku mendaki dan menuruni bukit, penuh dengan kehijauan - alam anugerahNYA.

Rilek sebentar menghilangkan sejuk
Tak jauh dah ke Khun Yuam untuk isian petrol
Jumpa Bikers Pendang, sama-sama menghilangkan sejuk
Batu tanda 1864 Mae Hong Son yang terletak berhampiran Khun Yuam
Di Khun Yuam, kami mengubah laluan asal untuk menuju ke ladang bunga matahari liar (Wild Sun Flower). Menurut info dari enjin carian Google, lokasi ini sesuai untuk dilawati pada sekitar November hingga Januari kerana pada waktu ini bunga matahari berkembang mekar.

Permulaan yang menarik dengan deretan bunga matahari
Flora dan chalet penginapan, baru suku perjalanan (mendaki)
Singgah di gerai kecil tepi jalan pekena ubi bakar Thailand
Sampai di lokasi ladang bunga matahari - berbaloi melihat anugerahNYA
Lokasi ini dekenali sebagai Thung Bua Tong Field yang terletak di Doi Mae Ukho
Boleh klik pautan ini untuk tengok pemandangan :
https://www.youtube.com/watch?v=Ri0RsFg5NJQ

Selesai melayan pemandangan indah hampir 1 jam disini, kami terus menuju ke Mae Hong Son.

Tiba di pekan kecil Mae Hong Son
Ambil sijil kenangan di Chamber of Commerce
Selesai ambil sijil kenangan menakluki 1000 corner, kami mengisi perut di sebuah gerai muslim yang terletak berhampiran Masjid Mae Hong Son. Perjalanan diteruskan untuk berehat dan bermalam di Pai,

Di Phang Mapha viewpoint
Layan viewpoint lagi, sudah hampir tiba di Pai
Servis pelinciran - tukaran minyak enjin
Kami tiba di Pai sekitar jam 4.30 petang dan terus menuju ke kedai motosikal untuk membuat servis (tukar minyak, pelarasan rantai dan lain-lain) setelah menempuh perjalanan sejauh 2,000 kilometer. Pelincir yang digunakan ialah EMOS OIL yang dibekalkan oleh MODENAS untuk jentera Kriss MR2 ini. Bermalam di sebuah Guesthouse yang berhampiran "Pai Walking Street" yang sememangnya popular dikalangan pelancong luar dari seluruh dunia. Uniknya pekan Pai ini.

Laluan kembara
Bersambung Siri ke 3....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...