KRISS MR2: 1000 Corner Mae Hong Son & 1000 Kilometer Ride (Day 6, 7, 8 & 9) Siri 3 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Tuesday, April 17, 2018

KRISS MR2: 1000 Corner Mae Hong Son & 1000 Kilometer Ride (Day 6, 7, 8 & 9) Siri 3

Sedikit perkongsian mengenai 2 buah jentera KRISS MR2 yang digunakan di dalam misi menawan 1000 Corner Mae Hong Son di Thailand dan mencipta rekod (bagi KRISS MR2) jarak perjalanan sejauh 1000 kilometer sehari (16 jam) pada 30 November sehingga 9 Disember 2017 yang lalu.

Sambungan Siri 3

Hari Ke 6 - 5 Dis: Pai ke Chiang Mai
Hari ke 6 kembara bermula dengan cuaca pagi yang sejuk dan berkabus. Mujurlah pada malam sebelumnya sempat membeli baju panas terpakai (THB 150.00) yang banyak dijual di "Pai Walking Street" bagi mengurangkan kesejukan. Sarapan pagi hanyalah di 7-E yang berhampiran dengan stesen minyak PTT.  Rencana pada hari ini hanyalah menuju ke Chiang Rai (perubahan laluan asal).

Berkabus dibelakang
Kreativiti warga Thai mengitar semula bahan buangan. Lokasi berhampiran Pai Memorial Bridge
ThaweeSin Hot Spring Chiang Rai - Laluan nombor 118
Isi perut di Chiang Rai - berhampiran Masjid Darul Aman 
Lokasi Masjid Darul Aman :
Isaraparb Rd, Tambon Wiang, Amphoe Mueang Chiang Rai, Chang Wat Chiang Rai 57000, Thailand
Koordinat Google Map : 19.907791, 99.829201

Menu dan harga
Kami sampai di Chiang Rai sekitar pukul 4.00 petang. Bermalam di City Home Guest House (THB 500.00, twin sharing)  yang terletak berhampiran dengan Chiang Rai Night Bazaar yang popular.

Hari Ke 7 - 6 Dis: Chiang Mai, Mae Sai dan Uttaradit
Seawal jam 7.00 pagi kami telah memulakan kembara menuju ke Mae Sai untuk melengkapkan misi Kembara KRISS MR2 ini. Mae Sai adalah bandar sempadan negara Thailand dan Myanmar yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Chiang Rai.

Mae Sai - misi tercapai dengan KRISS MR2
Tips: Untuk bergambar di gerbang ini, sebaiknya anda berada di Mae Sai sebelum jam 8.30 pagi waktu Malaysia - sebelum bazaar peniaga dibuka bagi membolehkan jentera anda masuk melalui lorong kecil dihadapan bazaar.

Selesai menawan gerbang, kami terus menuju kesebuah kedai makan muslim yang terletak berhampiran Masjid An-Noor di Mae Sai (koordinat Google Map :20.430863, 99.884524).

Tayar golek seterusnya menuju ke Golden Triangle Park.

Jalan luas terbentang
Pemandangan di Golden Triangle Park - Gerbang lama
Karya kreatif warga Thailand
Selesai menjamu mata di Golden Triangle Park, kembara diteruskan menuju ke Uttaradit melalui laluan nombor 11. Kami bermalam di Friday Hotel dengan bayaran sebanyak THB 500.00 (bilik twin sharing).

Hotel bajet rendah - fasiliti dan keselesaan mantap!
Lokasi Friday Hotel : 172 Baromarsn Rd., T. Tha-It A. Muang, Uttaradit, Tambon Tha It, Amphoe Mueang Uttaradit, Chang Wat Uttaradit 53000, Thailand
Koordinat Google Map :17.614205, 100.092717

Hari Ke 8 - 7 Dis: Uttaradit, Phitsanulok & Rangsit
Selesai bersarapan dan memanaskan enjin, kami bergerak menuju ke Phitsanulok melalui laluan nombor 11. Kami menuju ke Masjid Pakistan di Phitsanulok untuk menjamu selera di deretan kedai makanan muslim yang terdapat di sini.

Kedai makanan muslim Thailand
Hidangan utama - Roti, Murtabak dan Nasi. Boleh berbahasa Melayu
Lokasi ยาสมิน - Yasmeen Halal Restaurant :
Tambon Nai Mueang, Amphoe Mueang Phitsanulok, Chang Wat Phitsanulok 65000, Thailand
Koordinat Google Map : 16.820479, 100.266494

Selesai mengisi perut kami menuju ke laluan yang popular di kalangan para adventur - laluan yang dikenali sebagai "Route 12". Laluan ini merupakan laluan berbukit menuju ke arah kawasan tengah dan timur Thailand.

Berehat di kawasan hentian Route 12.
Menjamu mata menikmati ciptaanNYA
Destinasi wajib para adventur - Kedai Kopi Route 12
Mengopi dan membeli cenderahati
Pertemuan yang tak disangka - Adventur yang baru sampai dari Siem Reap
Ketika bersantai di sini kami bertemu dengan pengembara (3 sekawan) yang baru sampai dari Siem Reap (1 Elegan 250, 1 LC dan 1 Y15), Macam biasalah bila dah berjumpa - berkongsi info kembara.

Cheers...foto kenang
Selesai beramah mesra, perjalanan diteruskan menuju ke selatan - setakat kemampuan yang mampu dicapai. Perubahan cuaca amat dirasakan apabila melalui kawasan tengah Thailand (sejuk ke panas). Kami menggunakan laluan nombor 21, merentasi Phetchabun, Saraburi dan seterusnya bermalam di Phatum Thani (ZHP Hotel, THB 600.00).

Hari Ke 9 - 8 Dis: Phatum Thani ke Hatyai (1,049km)
Ini merupakan hari "Ride Itik Day Endurance" (RIDE) iaitu tradisi krew Ride Itik Adv. Rencana asalnya adalah untuk menuju ke Surat Thani sahaja namun perangai "otak seminit" ketika berada di Nakhon Pathom menjadikan ianya sebagai misi "RIDE". Sudah tentulah banyak perkara yang bermain difikiran krew Ride Itik apatah lagi menggunakan jentera KRISS MR2 buat pertama kalinya untuk mencapai jarak 1,000 kilometer. Kami bertawakal kepada Allah, berdoa agar misi "RIDE" ini berjaya dilaksanakan.

Sarapan pagi - Halal "Roasted Duck Rice" di stesen petrol
Di Pranburi. Hati-hati dengan lori treler bersambung  
Di Thap Sakae ketika berehat. Skuter Honda Move - nampak comel jer 
Misi berjaya - Hatyai
Berehat panjang di Rohana Tomyam
Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan selama 15-16 jam kami selamat sampai di Hatyai. Ketahanan dan kekentalan jentera KRISS MR2 mengharungi jarak lebih 1,000 kilometer telah terbukti tanpa sebarang masalah!

Hari Ke 10 - 9 Dis: Hatyai - Kedah
Hari yang paling menggembirakan bagi krew Ride Itik Adv. - pulang ke rumah. Melalui pertemuan yang tidak dirancang dengan otai "Malay Regime" ketika di pekan Dannok, kami singgah mengintai "Malaysia Border Bike Meet 2017" yang dianjurkan oleh Jerlun Bikers Club bersama Majlis Daerah Kubang Pasu. Kami disambut oleh beberapa AJK yang bertugas yang mengetahui lebih awal mengenai kembara Ride Itik Adv ini melalui rakan mereka - Cikgu Ismail SP (Otaisan). Terima kasih diatas buah tangan daripada penganjur "Malaysia Border Bike Meet 2017".

Gumbira disambut Jerlun Bikers Club
Rangkuman kembara Kembara Ride Itik Super Santai


Selesai cerita kembara 2017. 2018 belum ada rancangan yang pasti.
Harap-harap bukan "otak seminit"lagi!

1 comment:

  1. Sekalung tahniah. Teringin nak repeat sekali lagi rasanya.haha

    https://youtu.be/XvgiF-Pb7SU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...