Admin baru berkesempatan untuk menyambung semula siri modifikasi ini. Maaflah ye...agak lewat untuk menyambung siri ini.
Recap: ACE 115 ini dimodifikasikan untuk aktiviti Ride Itik ke River Kwai pada bulan November 2014.
|
Berposing di Jambatan Sungai Kwai, Thailand. |
Jika anda ingin melihat foto-foto ACE 115 ini, sila klik pautan ini:
https://www.modenas.com.my/river_kwai.html
Admin mulakan dengan jenis pemijak kaki yang digunakan pada jentera ACE 115 ini. Pemijak kaki ini adalah dari jenis "Single", berjenama "Racing Boy". Pemijak kaki ini adalah untuk model Wave 100 yang telah dimodifikasikan untuk penyesuaian dengan kerangka ACE 115 ini.
|
Pemijak Kaki Model: |
Perkara pertama yang Admin lakukan ialah memotong bahagian bawahnya (lihat foto)
|
Bahagian yang dipotong. |
|
Bentuk setelah selesai kerja-kerja memotong |
Kerja-kerja memotong hanya dilakukan dengan menggunakan gergaji besi sahaja. Setelah selesai, gunakan kikir untuk merata dan melicinkan permukaannya, biar cun macam Mok Chun! Nak gunakan kertas pasir pun boleh jugak naa...
Dah puas hati dengan kondisi pemijak kaki yang telah di modifikasi, maka tibalah masa untuk membuat proses pemasangan pada jentera ACE 115. Proses pemasangan ini bermula dengan membuat penukaran kepada komponen "Shaft Swing Arm".
|
Komponen yang ditukar: "Shaft Swing Arm" |
"Shaft Swing Arm" model Kriss digunakan bagi modifikasi ini bagi membolehkan pemijak kaki dipasang pada kerangka asalnya (tanpa
membuat "custom bracket" dan kimpalan (welding) tambahan). .
|
Pemasangan pemijak kaki |
Sebelum memasang pemijak kaki jenis "Single" ini, pemijak kaki asal bahagian belakang hendaklah dibuka dan disimpan di dalam stor. Ianya dilakukan untuk membolehkan pemasangan bolt "Bracket" pada lokasi lubang pemijak kaki asalnya. "Bracket" yang Admin gunakan asalnya daripada Rak Bagasi GIVI (yang dah siap lubang-lubang), dipotong mengikut "Sesedap Rasa" sebelum disambungkan dengan pemijak kaki jenis "Single" tersebut. "Sesedap Rasa" ini sebenarnya bergantung kepada sudut kecondongan pemijak kaki tersebut (melakukan pelarasan tinggi-rendahnya, mengikut keselesaan posisi menunggang).
|
Penutup Gegancu perlu dipotong sedikit |
Antara komponen yang memerlukan modifikasi ialah pada bahagian penutup gegancu. Ukuran panjang "Shaft Swing Arm" Kriss yang ditukar adalah berbeza dengan komponen asal ACE 115. Lain-lain item yang perlu diberi perhatian ialah pemasangan "Spacer" (klik foto di atas). Pemasangan "Spacer" ini perlu disuaikan agar bahagian kiri dan kanan pemijak kaki mempunyai kelegaan yang seimbang. "Spacer" ini boleh ditempah di kedai mesin, mengikut ukuran yang anda kehendaki. Admin hanya menggunakan "Spacer" daripada tayar belakang dan dimesin (lay) dengan mesin pencanai berputar (wheel grinder). Bukan apa der...jimatkan kos.
Ok..selesailah sudah bab modifikasi pemijak kaki. Jika ada sebarang kemusykilan, pm kat Admin k...
|
Welcome to Kanchanaburi! |
Salam bro...
ReplyDeleteMacam mana nak sumbat rim 17 kat motor ace nie? Mcm bnyk je brg nak kena tukar