Sambungan catatan minggu lalu...
Projek pembikinan semula ini aku buat pada setiap hujung minggu sahaja. Hari biasa aku sibuk bekerja, pada hari minggu pula jika tidak ada urusan keluarga atau jiran, maka aku akan menyambung projek pembikinan semula Kriss ini.
|
Melakukan pemeriksaan visual sambil-sambil makan kacang |
Pemeriksaan visual dilakukan secara bersahaja untuk mengenalpasti item-item yang perlu dibaikpulih sambil-sambil mencongak bajet untuk membeli alat-alat ganti yang perlu.
|
Memeriksa sambungan dan kondisi wayar |
Pemeriksaan dilakukan pada wayar utama - sambungan wayar : jika longgar baiklah diketatkan semula. Kondisi wayar : Terkepit/Luka/Putus. Rasa-rasa macam kena tukar 1 set pulak hihihi....
|
Hurmm...nampak macam bocor nih! |
Bila dah sampai waktu (20 tahun), ada baiknya penyerap hentak hadapan (front fork) ini diservis sahaja. Mengikut buku panduan teknikal, minyaknya perlu ditukar setiap 2 tahun manakala Kriss ini pula dah berusia hampir 20 tahun. Entah ada minyak atau tidak?
|
Tu diaa...berabuk nohh!! |
Kotak angin yang dah berhabuk ini wajiblah kena servis. Tak ingat pula tarikh akhir aku menservis item ini.
|
Elemen Penapis (Span) dah mereput! |
Tu diaa tujuk kat hangpa semua...kondisi elemen penapis udara yang telah pun mereput jadi habuk/debu. Mengikut rekomendasi buku panduan teknikal, elemen penapis udara ini perlu diservis, apabila bacaan odometer mencecah ke angka 20,000 km. Item ini wajib aku tukar untuk projek pembinaan semula ini bagi membolehkan jentera Kriss aku beroperasi pada tahap optima.
Untuk minggu ini sahaja ada banyak item yang perlu dilakukan pada jentera kesayangan ini. Catatan ini akan disambung semula sebab aku perlu meronda ke kedai alatganti untuk membeli alat-alat ganti yang diperlukan.
Kondisi motiskal kita sama. 20 tahun. Apa-apa perkembangan boleh tah saya di fb.
ReplyDeleteFacebook: AHMAD MALEK NEN
Terima kasih tuan
Deletesy mempinyai masalah mendapatkan alat ganti ace 115.....mengikut pengalaman tuan,kotak gear model manakah yang sesuai digunakan pada modenas ace 115?
ReplyDelete