MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Thursday, March 24, 2016

Kriss 20 Tahun dah!: Siri 3 - Hampir Siap

March 24, 2016 2
Sambungan dari siri 1 & 2.


Macam itulah keadaan jentera kesayanganku kira-kira 2 bulan yang lalu. Secara kasarnya, banyak komponen-komponen yang perlu dicari, diganti dan dipasang semula. Adehh!! Berpeluh dahi membuat senarai alat ganti yang  diperlukan bagi menyempurnakan jentera Kriss ini. Modal yang ada pun hanya sekitar RM 250-300 sahaja. Tetiba pulak timbul idea untuk mencari komponen-komponen sekenhen. Maka bermulalah sesi mencari...


Pilihan pertamaku ialah mencari komponen-komponen sekenhen bermula di kedai potong yang berhampiran.


Syukur!! Jumpa dengan beberapa buah Kriss yang entah berapa lama dah tersadai di kedai potong ni..Sesi membelek, menyelongkar dan membuka sendiri komponen pun berlangsung dengan peluh yang merecik!

RM 10.00 ajee..
RM 20.00 untuk semua tu!!
Belanja di kedai potong hanyalah RM 30.00 sahaja untuk pemijak kaki, sepasang lampu signal hadapan, lampu belakang, kabel meter, tuas minyak petrol, suis brek dan pelbagai jenis   skru, getah dan bolt. Sekurang-kurangnya dengan membeli komponen sekenhen ini dapat juga kita membantu menghijaukan bumi dengan amalan kitar semula.


Kaver set yang ini pula adalah sumbangan daripada Pak Ndak Asri yang sedang membuat 5S di rumahnya...Alhamdulillah, jimat belanja nak beli set kaver di kedai yang harganya kurang lebih RM 70.00 (9 jenis barang).

Proses seterusnya ialah mencuci dan mengecat kaver yang ada mengikut warna yang tertera di dalam geran. Warna Merah yang dicat dengan menggunakan cat tin ( cat segera) "Red" nombor 33 dan lapisan kilat (clear) chap Samurai.


Dah siap mengecat, sesi tampal pelekat (sticker) pula berlangsung. Set Pelekat dibeli dengan harga RM 8.00 (bukan original punya).



Kini tiba giliran untuk bahagian enjin. Jentera Krissku hanya memerlukan kerja-kerja "Top Overhaul" sahaja. Aku mengambil kesempatan untuk membuat sedikit kerja mengilat pada lubang ekzos. Tujuannya ialah untuk melancarkan aliran pembuangan gas ekzos dan memastikan lubang ekzos bebas dari kerak karbon, bukan sebab aku nak merempit hihihi...

Buang gerutu-gerutu ajee...
Lubang masukan campuran bahanapi pun aku kilatkan sedikit..tapi tidaklah sekilat atau selicin lubang ekzos. Sekadar meratakan sedikit permukaannya sahaja.

Tukar bearing aci sesondol..
Injap ekzos dan injap masuk (inlet valve) telah dirawat semula. Begitu juga dengan pengedap injap (valve seal), diganti baru untuk menghalang minyak enjin memasuki ruang pembakaran. Jika ini berlaku, tabiat ekzos berasap putih akan berlaku dan juga kehilangan minyak pelincir akan berlaku. Pengedap injap original hanyalah berharga RM 6.40 dan dibeli daripada pusat Servis Modenas. 

Siap pasang kepala selinder
Lain-lain komponen yang dibeli termasuklah palam pencucuh, penapis petrol, penapis minyak enjin, penghadang angin, set gasket dan juga ekzos "local" yang berharga RM 45.00. Belum masa untuk guna Power Berang yang agak merdu bunyinya memandangkan jentera Kris's ini perlu dibawa ke JPJ untuk pemeriksaan bagi menghidupkan semula Insuran dan cukai Jalan. Kang tak pasal-pasal kantoii dengan JPJ pulak!


Begitulah seadanya..merah hitam beb!
Syukran... Jentera  Kriss kesayangan kini sudah boleh ditunggang kehulu-kehilir namun proses pemeriksaan JPJ masih belum sempat dilakukan ketika catatan ini ditulis. Setakat ini hampir RM 200.00 telah dibelanjakan dan masih ada lagi sedikit kerja pembaikan pada bahagian penyerap hentak hadapan yang perlu dilakukan. Insha Allah, cerita Kriss ini akan disambung lagi dengan catatan proses pemeriksaan JPJ bagi mengaktifkan semula Insuran dan cukai jalan...
Read More

Saturday, March 12, 2016

Modifikasi CT115S Konsep Perlumbaan

March 12, 2016 59
Admin berkesempatan meronda ke lokasi pameran Cubprix di Serdang dan menemui CT115S ini. CT115S ini telah melalui proses modifikasi berkonsepkan perlumbaan. Admin kongsikan beberapa foto untuk tatapan para peminat dan pemilik CT115S k...

Nampak ranggi der!!
Dilengkapi meter RPM dan Karburetor UMA Racing
Set rim sukan 125Z.
Pemijak kaki RCB jenis universal
Monoshock RCB model LC135
Melihat daripada item-item yang dipasang, anggaran kos untuk modifikasi boleh mencecah sekitar RM 2+++.00. Bagi para peminat modifikasi, kos bukanlah penghalang untuk mendapatkan kelainan. Tepuk dada, tanyalah selera k...
Read More

Saturday, February 27, 2016

Brosur MODENAS CT100

February 27, 2016 0
Brosur MODENAS CT100 dengan corak grafik dan warna yang baru.

Muka hadapan

Muka belakang
Warna baru yang diperkenalkan ialah Biru, Hitam dan Merah. Tepuk dada tanyalah selera!
Read More

Wednesday, February 24, 2016

Alat Ganti Tulen VS Tiruan

February 24, 2016 1
Haa...Al-kisah yang terjadi sewaktu Admin membeli alat ganti di kedai motosikal diluar sana Harap-harap anda semua lebih berhati-hatilah apabila ingin membeli alat ganti untuk jentera kesayangan anda.

Seal Oil (Valve)
Cuba anda perhatikan betul-betul dan anda akan dapat melihat perbezaan diantara alat ganti tiruan dan yang tulen. Dari segi harga pula tidak banyak perbezaan. Harga untuk seunit Seal Oil tulen di Pusat Servis hanyalah RM 3.20, manakala harga seunit untuk alat ganti tiruan ialah RM 3.00.

Kuasa membeli ditangan kita, renung-renungkan dan timbang-timbangkanlah demi manfaat diri sendiri dan juga kepada jentera kesayangan anda!
Read More

Wednesday, January 27, 2016

Modifikasi ACE 115: Pemijak Kaki

January 27, 2016 3
Admin baru berkesempatan untuk menyambung semula siri modifikasi ini. Maaflah ye...agak lewat untuk menyambung siri ini.

Recap: ACE 115 ini dimodifikasikan untuk aktiviti Ride Itik ke River Kwai pada bulan November 2014.

Berposing di Jambatan Sungai Kwai, Thailand.
Jika anda ingin melihat foto-foto ACE 115 ini, sila klik pautan ini:
https://www.modenas.com.my/river_kwai.html

Admin mulakan dengan jenis pemijak kaki yang digunakan pada jentera ACE 115 ini. Pemijak kaki ini adalah dari jenis "Single", berjenama "Racing Boy". Pemijak kaki ini adalah untuk model Wave 100 yang telah dimodifikasikan untuk penyesuaian dengan kerangka ACE 115 ini.

Pemijak Kaki Model: 01F0031S

Perkara pertama yang Admin lakukan ialah memotong bahagian bawahnya (lihat foto)

Bahagian yang dipotong.
Bentuk setelah selesai kerja-kerja memotong
Kerja-kerja memotong hanya dilakukan dengan menggunakan gergaji besi sahaja. Setelah selesai, gunakan kikir untuk merata dan melicinkan permukaannya, biar cun macam Mok Chun! Nak gunakan kertas pasir pun boleh jugak naa...

Dah puas hati dengan kondisi pemijak kaki yang telah di modifikasi, maka tibalah masa untuk membuat proses pemasangan pada jentera ACE 115. Proses pemasangan ini bermula dengan membuat penukaran kepada komponen "Shaft Swing Arm".

Komponen yang ditukar: "Shaft Swing Arm"
"Shaft Swing Arm" model Kriss digunakan bagi modifikasi ini bagi membolehkan pemijak kaki dipasang pada kerangka asalnya (tanpa membuat "custom bracket" dan kimpalan (welding) tambahan). .

Pemasangan pemijak kaki
Sebelum memasang pemijak kaki jenis "Single" ini, pemijak kaki asal bahagian belakang hendaklah dibuka dan disimpan di dalam stor. Ianya dilakukan untuk membolehkan pemasangan bolt "Bracket" pada lokasi lubang pemijak kaki asalnya. "Bracket" yang Admin gunakan asalnya daripada Rak Bagasi GIVI (yang dah siap lubang-lubang), dipotong mengikut "Sesedap Rasa" sebelum disambungkan dengan pemijak kaki jenis "Single" tersebut. "Sesedap Rasa" ini sebenarnya bergantung kepada sudut kecondongan pemijak kaki tersebut (melakukan pelarasan tinggi-rendahnya, mengikut keselesaan posisi menunggang).

Penutup Gegancu perlu dipotong sedikit
Antara komponen yang memerlukan modifikasi ialah pada bahagian penutup gegancu. Ukuran panjang "Shaft Swing Arm" Kriss yang ditukar adalah berbeza dengan komponen asal ACE 115. Lain-lain item yang perlu diberi perhatian ialah pemasangan "Spacer" (klik foto di atas). Pemasangan "Spacer" ini perlu disuaikan agar bahagian kiri dan kanan pemijak kaki mempunyai kelegaan yang seimbang. "Spacer" ini boleh ditempah di kedai mesin, mengikut ukuran yang anda kehendaki. Admin hanya menggunakan "Spacer" daripada tayar belakang dan dimesin (lay) dengan mesin pencanai berputar (wheel grinder). Bukan apa der...jimatkan kos.

Ok..selesailah sudah bab modifikasi pemijak kaki. Jika ada sebarang kemusykilan, pm kat Admin k...

Welcome to Kanchanaburi!


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...