MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Thursday, July 2, 2015

Ride Itik Ke Phuket 2015 - Siri 1 (Dannok ke Krabi)

July 02, 2015 0
Jarak dan laluan Ride Itik ke Phuket
Sekadar berkongsi sesi kembara Ride Itik ke Phuket, Thailand pada bulan April yang lalu (17-19 April 2015) bersama-sama kru Ride Itik naa...

Sebanyak 3 buah jentera MODENAS telah turut serta didalam kembara Ride Itik kali ini.
Jentera-jentera ini sebenarnya telah di taja oleh pihak Pemasaran EMOS (Edaran MODENAS Sdn. Bhd.). Model-model yang ditampilkan ialah ACE 115, EFI 118 dan Dinamik 120.



Pelancaran Ride Itik ke Phuket (16 Apr)


CEO MODENAS

Kami sempat meluangkan masa bersama CEO MODENAS/EMOS, En. Amirudin Abd. Kadir di Pusat Latihan MODENAS Gurun, untuk pelancaran ringkas Ride Itik ke Phuket, Thailand.

Perjalanan Hari Pertama (17 Apr)

Sekitar jam 9.00 pagi waktu Thailand, para kru Ride Itik telah pun bersiap sedia di RV Point di sekitar pekan Dannok. Senarai akhir kru Ride Itik ke Phuket pada kali ini ialah 10 orang (5xFZi, 1xACE 115, 1xDinamik 120, 1xEFI 118, 1xSkyline, 1xKeTaM).


Bermulanya kembara Ride Itik ke Phuket
Macam-macam stail ada hihihi.....
Pit Stop 1 - Ratthapum: Kira-kira 70 km dari Dannok. Aktiviti utama ialah isian petrol (Dinamik 120), minum-minum dan juga memerut hihihi....

Pit Stop 2 - Patthalung: Jarak perjalanan yang telah dilalui adalah sejauh 160-170 km dari Dannok. Yeah...tiba masanya untuk membasahkan tekak dan memerut. Amat penting untuk mengekalkan kelembapan badan untuk aktiviti begini untuk mengelakkan daripada kesan penyahhidratan yang bisa menghadirkan keadaan letih lesu dan sebagainya. Kesempatan ini juga digunakan untuk mengemaskinikan status diri kepada yang tersayang dan juga berdiskusi mengenai destinasi serta anggaran jarak ke hentian seterusnya, iaitu di Bandar Trang.
Klik untuk info: Kepentingan mengekalkan hidrasi tubuh.

Perjalanan diteruskan menyusuri laluan berbukit untuk ke Bandar Trang.Di pertengahan jalan, terserempak pula dengan konvoi "abam-abam" motor besar, juga dari Malaysia yang juga menuju ke Phuket. Sewaktu perjalanan ke Trang, salah satu daripada itik kami mengalami masalah enjin kehilangan kuasa. Kelajuan itiknya kini berada disekitar 60-70 km/h sahaja berbanding 110-140 km/h sebelumnya. Aduss!! Perjalanan terhenti seketika untuk memeriksa keadaan sang itik tersebut. Kami dapati keadaan klacnya agak abnormal, di samping itu juga terdapat sedikit bunyi-bunyian aneh apabila klac beroperasi (tarik dan lepas klac tangan). Tindakan pembetulan yang mampu diambil pada ketika ini hanyalah membuat pelarasan "free play" sahaja, namun ianya tidak mampu menyelesaikan masalah kehilangan kuasa dan juga bunyi-bunyian tadi. Kata sepakat diambil untuk meneruskan perjalanan ke Trang untuk membaiki kerosakan tersebut di sana

Tiba di Trang, kami berpusing-pusing cari bengkel motosikal. Ini merupakan bengkel yang ke 2 yang kami kunjungi. Aduss...jawapannya tetap sama - "No spare part". Aiiyaa....pelik bin ajaib mendengar jawapan tokeh kedai. Maka mesyuarat tergempar diadakan untuk menilai situasi dan mencari plan tindakan yang praktikal. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke bandar Khlong Thom setelah diberitahu oleh tokeh kedai mengenai kewujudan sebuah Pusat Servis Yamaha disana. Ride Itik diteruskan ke Pusat Servis Yamaha tersebut pada kadar kelajuan yang rendah (60-70 km/h sahaja). Selepas kira-kira 20km berlalu, sakit sang itik bertambah serius... Sang itik terpaksa ditunda hingga ke Bandar Khlong Thom. Arrghh....cobaan!

Alhamdulillah...sampai + lokoih!
Cobaan lagi di sepanjang perjalanan ke Bandar Khlong Thom, kali ini dengan hujan pula. Perjalanan di teruskan walaupun hujan lebat membasahi bumi Thailand kerana misi kami ialah untuk merawat sang itik. Akhirnya kami sampai di Pusat Servis Yamaha ini setelah hampir 2 jam bergerak daripada Bandar Trang.

Sang Itik yang sedang menjalani rawatan, menerima sentuhan juruteknik Yamaha, Thailand. Para kru Ride Itik pula sibuk mengeringkan badan dan pakaian masing-masing, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengintai-ngintai beberapa model YAMAHA yang terletak di ruang pameran yang bersebelahan dengan bengkel ini. Lihat foto seterusnya model yang menjadi perhatian sebahagian kru Ride Itik...jeng..jeng...jeng...

YAMAHA R15 daa...Kempunan jugak kru Ride Itik untuk membelek dan membelai model Exciter 150 yang sedang hangat diperkatakan di laman FB pada waktu ini. Untuk rekod, harga R15 pada waktu ini ialah sekitar THB 85,000.00. R15 ini kurang lebih adalah model FZ150i yang telah dinaiktaraf. Secara keseluruhan model R15 ini sememangnya tampak lebih sporti berbanding dengan model FZ150i seperti yang terdapat di pasaran Malaysia.


Setelah hampir 40 minit berlalu di pusat servis , kami mendapat berita yang agak mendukacitakan daripada juruteknik tadi. Beliau memberitahu bahawa sang itik memerlukan "major repair" pada bahagian klac, namun ketiadaan alatganti pula turut menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan kerja baikpulih. Sekali lagi kru Ride Itik bermesyuarat untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah yang melanda. Akhirnya kami semua bersepakat untuk mencuba nasib di pusat servis YAMAHA, Krabi. Sewaktu ingin mula bergerak, hujan mula turun mencurah-curah membasahi bumi. Memandangkann jadual perjalanan telahpun tersasar daripada jadual asal, maka kru Ride Itik terpaksalah meredah hujan untuk ke pusat servis di Krabi. Apalagi, kita redah ajerlah bro..!! Lagipun lama dah tak mandi hujan hihihi.....
Di pusat servis Krabi juga kami mendapat makluman yang agak mendukacitakan daripada juruteknik tersebut. Kali ini pula disebabkan keadaan masa yang tidak berapa mengizinkan untuk beliau merawat sang itik. "Ater kome, lagi 30 minit jer nak tutup kedai, acaner nak repair?", namun juruteknik tersebut menyarankan agar kami membawa sang itik tersebut di sebuah bengkel motosikal yang hanya terletak kira-kira 3 km sahaja daripada pusat servis ini. Baik sungguh warga Siam ni kerana banyak membantu ketika kru Ride Itik berhadapan dengan masalah kritikal sebegini.

Alhamdulillah...jumpa jugak bengkelnya! Kali ini kami diuji pula dengan cabaran berkomunikasi dengan tuan punya bengkel yang langsung tidak boleh berbahasa inggeris. Sekali lagi kami bersyukur kerana kami dipertemukan dengan saudara Khairi yang berada di situ untuk menjadi jurubahasa tidak rasmi kru Ride Itik. Setelah selesai berkomunikasi dengan tuan kedai, kami sempat beramah mesra dengan saudara Khairi yang berasal daripada wilayah Pattani.

Saudara Khairi yang berbaju hijau tu...
Bersambung ke siri ke 2 - Krabi ke Phuket..

                                                             
Read More

Tuesday, June 23, 2015

ACE 115 V3- New Skin 2015

June 23, 2015 0
Hurmm........baru terperasan ada pulak "baju baru" untuk model ACE 115 nih. 
Jom kita lihat dengan lebih dekat item-item yang telah diperbaharui pada model ACE 115 ini yang telah mula diperkenalkan untuk pasaran Malaysia sejak tahun 2012.

Dua warna baru telah diperkenalkan pada model ACE 115 2015 V3 (singkatan untuk versi ke 3) iaitu merah dan oren. Perhatikan juga perubahan kecil pada bahagian "body cover" setnya berbanding model ACE 115 V1 dan V2.


ACE 115 V3 - Merah
Corak grafik terkini ACE 115 V3 - Merah

ACE 115 V3 - Oren. Lining Tayar juga bertukar warna

Corak grafik terkini ACE 115 V3 - Oren
Model ACE 115 kini dijual bermula dengan harga sekitar RM 4,500.00*
(*harga di Semenanjung Malaysia, tanpa lain-lain caj dan GST). 

Untuk mengetahui spesifikasi dan ciri-ciri ACE 115 ini dengan lebih lanjut, sila klik pautan ini:http://www.modenas.com.my/e-brochures/ACE115Brochure.pdf?type=ACE115Brochure.pdf
Read More

Friday, June 19, 2015

Dinamik Biru 2015 - New Skin

June 19, 2015 0
Beberapa hari yang lalu, MODENAS telah membuat sedikit kejutan apabila telah mengeluarkan warna biru untuk model ranggi mereka - Dinamik. Sok sek sok sek mendapati pihak MODENAS mengeluarkan warna biru ini sebagai memenuhi permintaan pelanggan berdasarkan maklumbalas semasa.



Dinamik kini dijual dengan harga bermula dari RM 6,600.00. Harga anggaran OTR pula boleh mencecah sehingga RM 7,200.00 (pilihan insuran, caj proses, cukai jalan, duti stem dan GST 6%)


Read More

Monday, June 15, 2015

Kriss MR1 Berwajah Baru..

June 15, 2015 1
Terperasan pulak ada "baju baru" untuk motor Kriss MR1 ni. Cantik..tertarik.. menarik-narik tu andalah yang tentukannya.

Biru, Kuning & Merah
Terdapat sedikit perubahan yang dikesan pada MR1 ini, iaitu pada bahagian Fender hadapannya (biasa orang sebut mudguard), berbanding dengan keluaran yang terdahulu (2012), manakala lain-lain spesifikasi masih dikekalkan. Kriss MR1 ini juga mengalami sedikit perubahan harga seperti berikut:-

1. Versi Rim Lidi (Spoke): RM 3,300.00 *
2. Versi Rim Sukan (Sport): RM 3,400.00*
*Harga jualan yang tertera dilaman web modenas (www.modenas.com.my)

Ohh yaa....kini anda juga berpeluang untuk mendapat Wang Raya untuk setiap pembelian model MODENAS bermula dari 1-Jun-2015 hingga 31-Julai-2015. 

Klik untuk terma dan syarat
Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat diseluruh dunia daripada Admin.

Read More

Monday, June 8, 2015

Projek Gatal Tangan Ride Itik ke Phuket 2015

June 08, 2015 0
Sesi gatal tangan untuk motosikal ACE 115 untuk menambah "kecomelannya" huhuhu....Sebenarnya projek ini dibuat khas untuk menyertai Ride Itik ke Phuket pada April 2015 yang lalu. Cantik atau tidak terpulanglah kepada anda untuk menilaikannya...
Foto penuh Sticker DIY

Motosikal ACE 115 yang dipilih untuk projek gatal tangan ini berwarna Biru (1st batch production). Sticker yang digunakan boleh dibeli di mana-mana kedai aksesori motosikal, tetapi saya lebih suka beli yang "terbuang" di kedai pengiklanan (kedai yang buat papan tanda) sebab harganya sudah pastilah rendah. Konsep yang dipilih adalah ala-ala motosikal YAMAHA GP Edition yang ditunggang oleh The Doctor Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo. Selain daripada itu saya mengambil kira juga proses pembikinannya sebab ini merupakan projek "last minute" sebelum program Ride itik ke Phuket berlangsung. Oklah, saya cerita sedikit mengenai projek gatal tangan ini untuk dikongsi dengan para pemilik ACE 115 khasnya.

Bahagian 1 - Body Cover
Lihat tanda A, B, C, D, D1 & E

Bahagian ini ada 6 item iaitu A, B, C, D, D1 dan E. Bahagian "A" dan "C" hanya buat potongan berbentuk segitiga yang memanjang. Ukuran atau saiz anda boleh tentukan sendiri mengikut kekreatifan anda.
Bahagian "B" pula merupakan perkataan ACE. Pada asalnya saya bercadang untuk menempah sticker yang lain namun terlintas pula menggunakan sticker asal yang berwarna kuning. Bahagian ini dipotong ikut garisan luarnya (outline)....mudahkan! Bahagian "D" ialah sticker berwarna hitam ini saya gunakan sticker nombor plet motosikal KRISS (sticker nombor plet yang dilekatkan pada bahagian fender/mudguard depan). Hampir sama juga proses potongannya dengan Bahagian "A" dan "C" cuma tergatal tangan pula untuk membuat penambahan pada bahagian hujungnya (sila rujuk foto). Bahagian "D1" merupakan sticker berwarna putih sahaja. Proses ini agak mudah bagi ACE 115 sebab permukaan Body Covernya kecil dan agak rata.Bahagian "E" pula, saya pergi ke kedai sticker untuk buat tempahan khas. Panjang tulisan lebih kurang 6 inci/15 cm (ikut pembaris kecil). Kos yang dikenakan ialah RM 4.00 sekeping.

Bahagian 2- Cover Side

Lihat tanda F & G

Ada 2 item sahaja di sini iaitu "F" dan "G". Bahagian "F" ini merupakan potongan berbentuk tigasegi juga, cuma lebarnya ditambah sedikit. Bahagian "G" saya gunakan sticker asal yang telah siap dicetak "115". Di sini anda perlu memerah bahagian otak sedikit untuk membuat potongan yang sesuai. Sedikit kerumitan adalah lumrah pada kerja-kerja gatal tangan ini hihihi....

Bahagian 3 - Under Cowl

Lihat "H".
Bahagian "H" ini agak mudah sahaja - lekat sticker warna putih dan potong semula pada bahagian bucunya (yang ada skru berdekatan clutch cover). Gunakan pisau yang tajam dan buat torehan yang lembut sahaja tau...jika tekanan mata pisau terlalu kuat, cat asal mungkin terkopek!. Sticker "MODENAS" dan "EMOS OIL" tu pula hanyalah opsyen untuk anda. Saya gunakan sticker percuma yang didapati sewaktu berkunjung di khemah pameran MODENAS semasa kejohanan cubprix berlangsung.

Bahagian 4 - Headlamp Cover

Lihat "J"
Bahagian ini amat mudah, cuma lekatkan sticker dan potong mengikut garis luar sticker asal. Sticker "MODENAS" pula adalah sticker percuma yang didapati sewaktu berkunjung di khemah pameran MODENAS. Hmm...siap sudah projek gatal tangan saya untuk ACE 115 ini. Selamat mencuba!

Siap posing di Patong Beach, Phuket.





Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...