Projek Gatal Tangan Ride Itik ke Phuket 2015 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Monday, June 8, 2015

Projek Gatal Tangan Ride Itik ke Phuket 2015

Sesi gatal tangan untuk motosikal ACE 115 untuk menambah "kecomelannya" huhuhu....Sebenarnya projek ini dibuat khas untuk menyertai Ride Itik ke Phuket pada April 2015 yang lalu. Cantik atau tidak terpulanglah kepada anda untuk menilaikannya...
Foto penuh Sticker DIY

Motosikal ACE 115 yang dipilih untuk projek gatal tangan ini berwarna Biru (1st batch production). Sticker yang digunakan boleh dibeli di mana-mana kedai aksesori motosikal, tetapi saya lebih suka beli yang "terbuang" di kedai pengiklanan (kedai yang buat papan tanda) sebab harganya sudah pastilah rendah. Konsep yang dipilih adalah ala-ala motosikal YAMAHA GP Edition yang ditunggang oleh The Doctor Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo. Selain daripada itu saya mengambil kira juga proses pembikinannya sebab ini merupakan projek "last minute" sebelum program Ride itik ke Phuket berlangsung. Oklah, saya cerita sedikit mengenai projek gatal tangan ini untuk dikongsi dengan para pemilik ACE 115 khasnya.

Bahagian 1 - Body Cover
Lihat tanda A, B, C, D, D1 & E

Bahagian ini ada 6 item iaitu A, B, C, D, D1 dan E. Bahagian "A" dan "C" hanya buat potongan berbentuk segitiga yang memanjang. Ukuran atau saiz anda boleh tentukan sendiri mengikut kekreatifan anda.
Bahagian "B" pula merupakan perkataan ACE. Pada asalnya saya bercadang untuk menempah sticker yang lain namun terlintas pula menggunakan sticker asal yang berwarna kuning. Bahagian ini dipotong ikut garisan luarnya (outline)....mudahkan! Bahagian "D" ialah sticker berwarna hitam ini saya gunakan sticker nombor plet motosikal KRISS (sticker nombor plet yang dilekatkan pada bahagian fender/mudguard depan). Hampir sama juga proses potongannya dengan Bahagian "A" dan "C" cuma tergatal tangan pula untuk membuat penambahan pada bahagian hujungnya (sila rujuk foto). Bahagian "D1" merupakan sticker berwarna putih sahaja. Proses ini agak mudah bagi ACE 115 sebab permukaan Body Covernya kecil dan agak rata.Bahagian "E" pula, saya pergi ke kedai sticker untuk buat tempahan khas. Panjang tulisan lebih kurang 6 inci/15 cm (ikut pembaris kecil). Kos yang dikenakan ialah RM 4.00 sekeping.

Bahagian 2- Cover Side

Lihat tanda F & G

Ada 2 item sahaja di sini iaitu "F" dan "G". Bahagian "F" ini merupakan potongan berbentuk tigasegi juga, cuma lebarnya ditambah sedikit. Bahagian "G" saya gunakan sticker asal yang telah siap dicetak "115". Di sini anda perlu memerah bahagian otak sedikit untuk membuat potongan yang sesuai. Sedikit kerumitan adalah lumrah pada kerja-kerja gatal tangan ini hihihi....

Bahagian 3 - Under Cowl

Lihat "H".
Bahagian "H" ini agak mudah sahaja - lekat sticker warna putih dan potong semula pada bahagian bucunya (yang ada skru berdekatan clutch cover). Gunakan pisau yang tajam dan buat torehan yang lembut sahaja tau...jika tekanan mata pisau terlalu kuat, cat asal mungkin terkopek!. Sticker "MODENAS" dan "EMOS OIL" tu pula hanyalah opsyen untuk anda. Saya gunakan sticker percuma yang didapati sewaktu berkunjung di khemah pameran MODENAS semasa kejohanan cubprix berlangsung.

Bahagian 4 - Headlamp Cover

Lihat "J"
Bahagian ini amat mudah, cuma lekatkan sticker dan potong mengikut garis luar sticker asal. Sticker "MODENAS" pula adalah sticker percuma yang didapati sewaktu berkunjung di khemah pameran MODENAS. Hmm...siap sudah projek gatal tangan saya untuk ACE 115 ini. Selamat mencuba!

Siap posing di Patong Beach, Phuket.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...