Jarak dan laluan Ride Itik ke Phuket |
Sebanyak 3 buah jentera MODENAS telah turut serta didalam kembara Ride Itik kali ini.
Jentera-jentera ini sebenarnya telah di taja oleh pihak Pemasaran EMOS (Edaran MODENAS Sdn. Bhd.). Model-model yang ditampilkan ialah ACE 115, EFI 118 dan Dinamik 120.
Pelancaran Ride Itik ke Phuket (16 Apr)
CEO MODENAS |
Kami sempat meluangkan masa bersama CEO MODENAS/EMOS, En. Amirudin Abd. Kadir di Pusat Latihan MODENAS Gurun, untuk pelancaran ringkas Ride Itik ke Phuket, Thailand.
Perjalanan Hari Pertama (17 Apr)
Sekitar jam 9.00 pagi waktu Thailand, para kru Ride Itik telah pun bersiap sedia di RV Point di sekitar pekan Dannok. Senarai akhir kru Ride Itik ke Phuket pada kali ini ialah 10 orang (5xFZi, 1xACE 115, 1xDinamik 120, 1xEFI 118, 1xSkyline, 1xKeTaM).
Bermulanya kembara Ride Itik ke Phuket |
Macam-macam stail ada hihihi..... |
Pit Stop 2 - Patthalung: Jarak perjalanan yang telah dilalui adalah sejauh 160-170 km dari Dannok. Yeah...tiba masanya untuk membasahkan tekak dan memerut. Amat penting untuk mengekalkan kelembapan badan untuk aktiviti begini untuk mengelakkan daripada kesan penyahhidratan yang bisa menghadirkan keadaan letih lesu dan sebagainya. Kesempatan ini juga digunakan untuk mengemaskinikan status diri kepada yang tersayang dan juga berdiskusi mengenai destinasi serta anggaran jarak ke hentian seterusnya, iaitu di Bandar Trang.
Klik untuk info: Kepentingan mengekalkan hidrasi tubuh.
Perjalanan
diteruskan menyusuri laluan berbukit untuk ke Bandar Trang.Di pertengahan
jalan, terserempak pula dengan konvoi "abam-abam" motor besar, juga
dari Malaysia yang juga menuju ke Phuket. Sewaktu perjalanan ke Trang, salah
satu daripada itik kami mengalami masalah enjin kehilangan kuasa. Kelajuan
itiknya kini berada disekitar 60-70 km/h sahaja berbanding 110-140 km/h
sebelumnya. Aduss!! Perjalanan terhenti seketika untuk memeriksa keadaan sang
itik tersebut. Kami dapati keadaan klacnya agak abnormal, di samping itu juga
terdapat sedikit bunyi-bunyian aneh apabila klac beroperasi (tarik dan lepas klac
tangan). Tindakan pembetulan yang mampu diambil pada ketika ini hanyalah
membuat pelarasan "free play" sahaja, namun ianya tidak mampu
menyelesaikan masalah kehilangan kuasa dan juga bunyi-bunyian tadi. Kata
sepakat diambil untuk meneruskan perjalanan ke Trang untuk membaiki kerosakan
tersebut di sana
Tiba di Trang, kami berpusing-pusing cari bengkel motosikal. Ini merupakan bengkel yang ke 2 yang kami kunjungi. Aduss...jawapannya tetap sama - "No spare part". Aiiyaa....pelik bin ajaib mendengar jawapan tokeh kedai. Maka mesyuarat tergempar diadakan untuk menilai situasi dan mencari plan tindakan yang praktikal. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke bandar Khlong Thom setelah diberitahu oleh tokeh kedai mengenai kewujudan sebuah Pusat Servis Yamaha disana. Ride Itik diteruskan ke Pusat Servis Yamaha tersebut pada kadar kelajuan yang rendah (60-70 km/h sahaja). Selepas kira-kira 20km berlalu, sakit sang itik bertambah serius... Sang itik terpaksa ditunda hingga ke Bandar Khlong Thom. Arrghh....cobaan!
Alhamdulillah...sampai + lokoih! |
Sang Itik yang sedang menjalani rawatan, menerima sentuhan juruteknik Yamaha, Thailand. Para kru Ride Itik pula sibuk mengeringkan badan dan pakaian masing-masing, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengintai-ngintai beberapa model YAMAHA yang terletak di ruang pameran yang bersebelahan dengan bengkel ini. Lihat foto seterusnya model yang menjadi perhatian sebahagian kru Ride Itik...jeng..jeng...jeng...
YAMAHA R15 daa...Kempunan jugak kru Ride Itik untuk membelek dan membelai model Exciter 150 yang sedang hangat diperkatakan di laman FB pada waktu ini. Untuk rekod, harga R15 pada waktu ini ialah sekitar THB 85,000.00. R15 ini kurang lebih adalah model FZ150i yang telah dinaiktaraf. Secara keseluruhan model R15 ini sememangnya tampak lebih sporti berbanding dengan model FZ150i seperti yang terdapat di pasaran Malaysia.
Setelah hampir 40 minit berlalu di pusat servis , kami mendapat berita yang agak mendukacitakan daripada juruteknik tadi. Beliau memberitahu bahawa sang itik memerlukan "major repair" pada bahagian klac, namun ketiadaan alatganti pula turut menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan kerja baikpulih. Sekali lagi kru Ride Itik bermesyuarat untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah yang melanda. Akhirnya kami semua bersepakat untuk mencuba nasib di pusat servis YAMAHA, Krabi. Sewaktu ingin mula bergerak, hujan mula turun mencurah-curah membasahi bumi. Memandangkann jadual perjalanan telahpun tersasar daripada jadual asal, maka kru Ride Itik terpaksalah meredah hujan untuk ke pusat servis di Krabi. Apalagi, kita redah ajerlah bro..!! Lagipun lama dah tak mandi hujan hihihi.....
Di pusat servis Krabi juga kami mendapat makluman yang agak mendukacitakan daripada juruteknik tersebut. Kali ini pula disebabkan keadaan masa yang tidak berapa mengizinkan untuk beliau merawat sang itik. "Ater kome, lagi 30 minit jer nak tutup kedai, acaner nak repair?", namun juruteknik tersebut menyarankan agar kami membawa sang itik tersebut di sebuah bengkel motosikal yang hanya terletak kira-kira 3 km sahaja daripada pusat servis ini. Baik sungguh warga Siam ni kerana banyak membantu ketika kru Ride Itik berhadapan dengan masalah kritikal sebegini.Alhamdulillah...jumpa jugak bengkelnya! Kali ini kami diuji pula dengan cabaran berkomunikasi dengan tuan punya bengkel yang langsung tidak boleh berbahasa inggeris. Sekali lagi kami bersyukur kerana kami dipertemukan dengan saudara Khairi yang berada di situ untuk menjadi jurubahasa tidak rasmi kru Ride Itik. Setelah selesai berkomunikasi dengan tuan kedai, kami sempat beramah mesra dengan saudara Khairi yang berasal daripada wilayah Pattani.
Saudara Khairi yang berbaju hijau tu... |
No comments:
Post a Comment