Ride Itik ke Phuket 2015 - Siri 2 (Krabi ke Phuket) - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Tuesday, July 7, 2015

Ride Itik ke Phuket 2015 - Siri 2 (Krabi ke Phuket)

Sambungan dari siri 1...

Sambil menunggu, layan tepon dulu......
Alhamdulillah....selesai urusan merawat sang itik. Sang itik FZ150i itu terpaksa "bermalam" di bengkel tersebut kerana perlu menjalani sesi "major repair". Sang itik dijangka pulih seperti sediakala pada hari Ahad nanti. Apa boleh buat, apa nak jadi akan terjadi.... redha ajerlah....yang penting perjalanan tetap diteruskan ke Phuket yang terletak kira-kira 190km dari sini (kurang lebih 3 - 3.5 jam). Baru 15 minit bergerak, perut pulak terasa lapar, lapar dan lapar....(kesemua kru Ride Itik sebenarnya menahan lapar dari Trang lagi sebab nak selesaikan masalah motosikal terlebih dahulu).


Kurang lebih sejam perjalanan dari bengkel motosikal tadi, kami tiba di hentian ini untuk mengisi perut...kesempatan ini kami gunakan untuk berehat secukupnya sambil menjemur pakaian yang basah dek hujan (stokin, baju hujan dan kasut yang dah mula nak berbau hihihi...). Pehh...Tuhan jugalah yang maha mengetahui betapa nikmatnya apabila dapat menjamah nasi dan sup daging yang dihidangkan disini (hikmah berlapar agaknya hihihi....).



Selesai bab makan, tibalah masa untuk menyambung perjalanan ke Phuket. Matahari kian terbenam di ufuk barat, langit yang terang, kini beransur-ansur gelap. Mengharungi perjalanan pada waktu malam adalah satu perkara yang agak kurang digemari, namun kru Ride Itik tidak mempunyai pilihan lain untuk sampai ke Phuket pada hari yang sama. Redah ajer bro....


Yess!! Sampai sudah..

 
Akhirnya, kami berjaya sampai di PTT Phuket sekitar jam 9.15 malam. Alhamdulillah....lega rasanya. Kami mengambil keputusan untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan ke pantai Patong yang terletak kira-kira 30km daripada stesen PTT ini. Sekitar jam 10.00 malam, kami tiba di lokasi tempat penginapan setelah menunggang didalam keadaan berjaga-jaga (maklumlah ini merupakan trip pertama kepada 90% kru Ride Itik ke Phuket). Pada malam itu ternyata sekali tiada aktiviti istimewa yang dilakukan kecuali makan dan tidur sepuas-puasnya. Esok masih ada k....

Ronda-ronda Phuket

Spot popular untuk berposing hurmm...
Aktiviti utama, makan-makan...
Rezeki hari ini...Alhamdulillah
Tudia aihh...penuh meja naa..
Lepas makan, ready to ronda-ronda...
Ada-ada saja der....
Layan...jangan tak layan....
Aiyaa...mana mau pigi daa?
Makan lagi....
Cuci-cuci mata....
Sejuk mata memandang....
Posing untuk kawan-kawan
Phuket Bike Week 2015 - Phuket Town
Layan "Bike Rally"
Antara bikers yang menyertai "Bike Rally"
Van ala-ala Transformers
BMW...aumm!
Aprillia...auum!
Cubaan bertenggek di atas Harley hihihi...
Exciter 150 - Keluaran terbaharu YAMAHA
Benelli pun ada
Awesome mods!
Thailand Makes?
Sportlight - THB 59,900.00 @ RM6,000.00
Puas layan PBW 2015, masa untuk meronda lagi
On the way to Prompthep Cape
Subhanallah....indahnya pemandangan
Makan malam daa...
Nasi Goreng & Nescafe Tarik = THB 75.00
Ahh...tamat sudah meronda Phuket namun sebenarnya baru 1/4 bahagian sahaja yang dapat diredah. Perut pun sudah kenyang memudahkan kami tidur dan berehat secukupnya untuk perjalanan pulang ke Malaysia esok hari...jeng..jeng..jeng....bersambung siri 3 pulak, "Kami Yang Pulang"



















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...