MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Monday, June 8, 2015

Projek Gatal Tangan Ride Itik ke Phuket 2015

June 08, 2015 0
Sesi gatal tangan untuk motosikal ACE 115 untuk menambah "kecomelannya" huhuhu....Sebenarnya projek ini dibuat khas untuk menyertai Ride Itik ke Phuket pada April 2015 yang lalu. Cantik atau tidak terpulanglah kepada anda untuk menilaikannya...
Foto penuh Sticker DIY

Motosikal ACE 115 yang dipilih untuk projek gatal tangan ini berwarna Biru (1st batch production). Sticker yang digunakan boleh dibeli di mana-mana kedai aksesori motosikal, tetapi saya lebih suka beli yang "terbuang" di kedai pengiklanan (kedai yang buat papan tanda) sebab harganya sudah pastilah rendah. Konsep yang dipilih adalah ala-ala motosikal YAMAHA GP Edition yang ditunggang oleh The Doctor Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo. Selain daripada itu saya mengambil kira juga proses pembikinannya sebab ini merupakan projek "last minute" sebelum program Ride itik ke Phuket berlangsung. Oklah, saya cerita sedikit mengenai projek gatal tangan ini untuk dikongsi dengan para pemilik ACE 115 khasnya.

Bahagian 1 - Body Cover
Lihat tanda A, B, C, D, D1 & E

Bahagian ini ada 6 item iaitu A, B, C, D, D1 dan E. Bahagian "A" dan "C" hanya buat potongan berbentuk segitiga yang memanjang. Ukuran atau saiz anda boleh tentukan sendiri mengikut kekreatifan anda.
Bahagian "B" pula merupakan perkataan ACE. Pada asalnya saya bercadang untuk menempah sticker yang lain namun terlintas pula menggunakan sticker asal yang berwarna kuning. Bahagian ini dipotong ikut garisan luarnya (outline)....mudahkan! Bahagian "D" ialah sticker berwarna hitam ini saya gunakan sticker nombor plet motosikal KRISS (sticker nombor plet yang dilekatkan pada bahagian fender/mudguard depan). Hampir sama juga proses potongannya dengan Bahagian "A" dan "C" cuma tergatal tangan pula untuk membuat penambahan pada bahagian hujungnya (sila rujuk foto). Bahagian "D1" merupakan sticker berwarna putih sahaja. Proses ini agak mudah bagi ACE 115 sebab permukaan Body Covernya kecil dan agak rata.Bahagian "E" pula, saya pergi ke kedai sticker untuk buat tempahan khas. Panjang tulisan lebih kurang 6 inci/15 cm (ikut pembaris kecil). Kos yang dikenakan ialah RM 4.00 sekeping.

Bahagian 2- Cover Side

Lihat tanda F & G

Ada 2 item sahaja di sini iaitu "F" dan "G". Bahagian "F" ini merupakan potongan berbentuk tigasegi juga, cuma lebarnya ditambah sedikit. Bahagian "G" saya gunakan sticker asal yang telah siap dicetak "115". Di sini anda perlu memerah bahagian otak sedikit untuk membuat potongan yang sesuai. Sedikit kerumitan adalah lumrah pada kerja-kerja gatal tangan ini hihihi....

Bahagian 3 - Under Cowl

Lihat "H".
Bahagian "H" ini agak mudah sahaja - lekat sticker warna putih dan potong semula pada bahagian bucunya (yang ada skru berdekatan clutch cover). Gunakan pisau yang tajam dan buat torehan yang lembut sahaja tau...jika tekanan mata pisau terlalu kuat, cat asal mungkin terkopek!. Sticker "MODENAS" dan "EMOS OIL" tu pula hanyalah opsyen untuk anda. Saya gunakan sticker percuma yang didapati sewaktu berkunjung di khemah pameran MODENAS semasa kejohanan cubprix berlangsung.

Bahagian 4 - Headlamp Cover

Lihat "J"
Bahagian ini amat mudah, cuma lekatkan sticker dan potong mengikut garis luar sticker asal. Sticker "MODENAS" pula adalah sticker percuma yang didapati sewaktu berkunjung di khemah pameran MODENAS. Hmm...siap sudah projek gatal tangan saya untuk ACE 115 ini. Selamat mencuba!

Siap posing di Patong Beach, Phuket.





Read More

Wednesday, February 11, 2015

MODENAS CT100 Terkini.

February 11, 2015 0

MODENAS CT100 tahun 2015 diceriakan dengan warna-warna dan rekaan corak grafik baharu. Terdapat 3 jenis warna yang diperkenalkan iaitu merah, biru dan hitam. CT100 ini mempunyai 2 versi iaitu versi rim sukan (sport rim) dan rim "lidi" (spoke). Harga terkini yang diperolehi daripada laman web MODENAS adalah seperti berikut:
1. CT100 (Spoke), RM 3,800.00
2. CT100 (Sport Rim), RM 3,900.00
3. CT100H (Disc Brake), RM 4,200.00
Read More

Thursday, December 4, 2014

Modifikasi ACE 115 Bahagian 2: Undercowl

December 04, 2014 13
Sampan/Bajak atau Undercowl
Macamana nak buat "Undercowl" atau bahasa popularnya ialah "Bajak/Sampan". Sebenarnya ada beberapa pilihan yan anda boleh buat contohnya menggunakan fiber, plat aluminium dsb. "Idea comes when you are not aware", dan inilah antara sebab Admin bikin Undercowl sebegitu rupa. Ianya ringkas dan amat mudah untuk dibuat. Bahan yang diperlukan ialah Side Cover Kriss bahagian kiri & kanan sahaja. Admin guna yang sekenhen jer.....
Side cover Kriss
Anda cuma perlu membuat potongan terus pada bahagian Side Cover tersebut. Bahagian Kiri Side Cover Kriss akan digunakan untuk bahagian kanan ACE 115 dan sebaliknya.

Potong jer.....

Setelah selesai, anda perlu membuat sedikit ukuran dengan menggunakan Undercowl stendet dan menandakan bahagian tersebut. Ianya perlu dibuat untuk memudahkan kerja pemotongan pada Side Cover tersebut (Lihat gambar bawah).


Bahagian akhir yang dikehendaki adalah seperti gambar di bawah ini. Dah pun siap bajak/sampan anda untuk ACE 115 kesayangan....


Untuk pemasangan, Admin gunakan tapping screw (2 butir) untuk menyambungkan bajak/sampan custom ini debgab undercowl stendet. Pada bahagian belakang, anda boleh gunakan bolt & nut serta bracket yang sedia ada/bracket buatan sendiri.

Pemasangan bajak/sampan
Maka siaplah bajak/sampan yang ringkas untuk jentera ACE 115 kesayangan....sekarang, baru boleh bergaya skit huhuhu.....Sekiranya ada soalan, sila pm Admin di facebook k....Harap dapat membantu anda dalam menjayakan kerja-kerja modifikasi jentera kesayangan anda di masa hadapan. Bahagian ke 3 pula, Admin akan ceritakan mengenai footrest/pemijak kaki, Admin guna single type sahaja (solo ride).

Read More

Wednesday, December 3, 2014

Modifikasi MODENAS ACE 115 - Bahagian 1: Dada hadapan.

December 03, 2014 13


Hmm.....sebab dah ramai yang bertanya macamana nak bikin/modi ACE 115 ni (macam gambar di atas tu...), maka Admin meringankan tangan untuk menaip keyboard komputer untuk dikongsikan khasnya kepada para pemilik ACE 115 yang di luar sana tu.

Al-kisah bermula setelah Admin memandu uji ACE 115 stended beberapa bulan yang lalu daripada Gurun ke Shah Alam. Admin dapati semacam ada beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi tunggangan serta memerlukan sedikit perubahan kosmetik untuk menambah seri kepada ACE 115 ini, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai sebuah "mini tourer" yang mudah dikendalikan. Ciri-ciri standard ACE 115 ini memungkin ianya boleh dijadikan sebagai sebuah "mini tourer" yang berpotensi untuk menjelajah ke negara Gajah Putih (Thailand). Antara ciri-ciri yang sediada ialah tangki petrolnya yang agak besar iaitu 5.3 Liter, selain daripada sistem suspensi mono yang menjanjikan tunggangan yang selesa.

Keadaan asal - sebelum modi
Setelah berfikir beberapa waktu mengenai perkara yang nak dilakukan, maka projek modifikasi pun bermula...jeng...jeng...jeng......Rupa-rupanya, Admin hanya ada kurang lebih 14 hari sahaja sebelum acara Ride Itik ke Hua Hin bermula..perghh...becerau peluh! Akhirnya Admin memilih modifikasi yang ringkas sahaja kerana ianya bersesuaian dengan masa yang ada (tu pon buat lepas waktu pejabat der.....). Teringat pula ACE 115 V1 yang pernah dimodifikasi untuk acara DRB-HICOM Autofest tahun lalu di PISA, Pulau Pinang....maka kerja-kerja modifikasipun rasanya taklah berapa membebankan sebab base model dah ada hehehe......

ACE 115 V1 - 2013.
Perkara pertama ialah mencari bahan yang sesuai untuk bahagian hadapan ACE 115. Admin tak berapa berkenan dengan bahagian dada ACE 115 yang sedia ada.....macam tersentut skit ajer....

Bahagian yang berada dalam bulatan tulah....
Tersedar dari lamunan dan imiginasi yang datang apabila memandang cover front GT128 yang terbuang, maka timbul idea untuk membuat transformasi pada bahagian dada ACE 115 ini. Maka kerja-kerja kerastangan pun bermula - dengan menggunakan gergaji tua yang masih tajam, dengan berhati-hatinya Admin memotong bahagian dada GT128 yang agak tersembul itu.....maklumlah, bukan senang nak ikut lengkungan pada bahagian tu.....

Bahagian yang dipotong-potong....
Dah siap potong, gunkan kikir bagi membuang lebihan plastik dan meratakan permukaan tepi bahagian tersebut....barulah nampak cantik dan menarik (pesan En. Munor).

Hmm....ada ngam! Fitting test.
Selesai sudah bahagian dada hadapan cuma tinggal mau cat saja.... Seterusnya, kerja-kerja membuka keseluruhan "cover set" untuk dicat, modifikasi untuk pemijak kaki, pemasangan "Fork USD", brek hadapan, rim 17 inci, fender belakang, penghadang lumpur, penghadang rantai dan modifikasi pada "mudguard".






Read More

Thursday, November 6, 2014

Cubcross MODENAS

November 06, 2014 0
Tumpang lihat aksi MODENAS Cubcross (Cub + Motocross) di Litar Sungai Batu Pahat, Perlis pada bulan Oktober yang lalu. Model Cubcross MODENAS ini diasaskan daripada model ACE 115 dan telah menjalani beberapa modifikasi bagi memenuhi ciri-ciri Motocross. Antara komponen yang telah diubahsuai ialah Fork Hadapan, Lengan Buai (Swing Arm), Tayar dan Rim, Pemijak Kaki serta Handel. Enjin juga telah dinaiktaraf oleh pihak Motorsport MODENAS untuk menyesuaikan karakter enjin untuk kegunaan sukan cross ini. Sebagai rekod, sukan Cubcross ini kalau tak silaplah telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1999 lagi. Sukan ini sememangnya popular dan sesungguhnya sangat mencabar mesin dan juga pelumba terutama sekali apabila keadaan litar terlajak berselut.....Semoga sukan Cubcross ini akan terus popular di Malaysia pada tahun-tahun mendatang kerana ianya merupakan platform yang baik untuk melahirkan pelumba-pelumba bertaraf dunia di arena sukan permotoran.

Pandangan sisi jentera Cubcross MODENAS
Baru nak "melompat"
Redah selut dengan selambanya....
Kriss stended pun join Cubcross...cayalah bro!

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...