Modifikasi ACE 115 Bahagian 2: Undercowl - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Thursday, December 4, 2014

Modifikasi ACE 115 Bahagian 2: Undercowl

Sampan/Bajak atau Undercowl
Macamana nak buat "Undercowl" atau bahasa popularnya ialah "Bajak/Sampan". Sebenarnya ada beberapa pilihan yan anda boleh buat contohnya menggunakan fiber, plat aluminium dsb. "Idea comes when you are not aware", dan inilah antara sebab Admin bikin Undercowl sebegitu rupa. Ianya ringkas dan amat mudah untuk dibuat. Bahan yang diperlukan ialah Side Cover Kriss bahagian kiri & kanan sahaja. Admin guna yang sekenhen jer.....
Side cover Kriss
Anda cuma perlu membuat potongan terus pada bahagian Side Cover tersebut. Bahagian Kiri Side Cover Kriss akan digunakan untuk bahagian kanan ACE 115 dan sebaliknya.

Potong jer.....

Setelah selesai, anda perlu membuat sedikit ukuran dengan menggunakan Undercowl stendet dan menandakan bahagian tersebut. Ianya perlu dibuat untuk memudahkan kerja pemotongan pada Side Cover tersebut (Lihat gambar bawah).


Bahagian akhir yang dikehendaki adalah seperti gambar di bawah ini. Dah pun siap bajak/sampan anda untuk ACE 115 kesayangan....


Untuk pemasangan, Admin gunakan tapping screw (2 butir) untuk menyambungkan bajak/sampan custom ini debgab undercowl stendet. Pada bahagian belakang, anda boleh gunakan bolt & nut serta bracket yang sedia ada/bracket buatan sendiri.

Pemasangan bajak/sampan
Maka siaplah bajak/sampan yang ringkas untuk jentera ACE 115 kesayangan....sekarang, baru boleh bergaya skit huhuhu.....Sekiranya ada soalan, sila pm Admin di facebook k....Harap dapat membantu anda dalam menjayakan kerja-kerja modifikasi jentera kesayangan anda di masa hadapan. Bahagian ke 3 pula, Admin akan ceritakan mengenai footrest/pemijak kaki, Admin guna single type sahaja (solo ride).

8 comments:

  1. Replies
    1. Guna Honda Wave - Racing Boy + modify sedikit

      Delete
    2. Guna hand griinder untuk potong bahagian bawah

      Delete
  2. Ngam2 pulak tu lekukan side cover tu ngan style body ace .. Sangat kreatifff !!!

    ReplyDelete
  3. Nak suruh admin buatkan boleh? Fb admin nama apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin sukar untuk punya masa lapang yg panjang. minta maaf tuan

      Delete
  4. Nak suruh admin buatkan boleh? Fb admin nama apa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...