MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Friday, January 27, 2017

Model Baru 2017?

January 27, 2017 0
Perkhabaran terkini semenjak dua menjak ini adalah mengenai berita sensasi daripada MODENAS yang mengesahkan akan memperkenalkan 6 buah model baru jentera dua roda sepanjang tahun 2017. Wow!!



Rata-rata para peminat MODENAS telah pun mengetahui mengenai jentera 150cc yang masih lagi di dalam peringkat ujian dan pembangunan sejak 2-3 tahun yang lalu. Apakah 5 buah model yang bakal dilancarkan oleh MODENAS ini merupakan produk "rebadge" atau rekaan asli para jurutera tempatan? Kapasiti enjin? Kapcai...Skuter?

Sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi daripada MODENAS nohh!!


Read More

Monday, November 28, 2016

Karisma 125

November 28, 2016 0
Akhirnya pada hari Jumaat 25 Nov yang lalu model Karisma 125 telah dilancarkan oleh Edaran Modenas Sdn. Bhd. di Shah Alam. Skuter Karisma ini merupakan model "rebadge" daripada pengeluar skuter tersohor iaitu Kymco. Berdasarkan konsep rekaannya, model ini dibina khas untuk generasi Z yang aktif bergerak ke hulu ke hilir dengan gaya terkini.


Jom kita lihat beberapa ciri yang ada pada skuter Karisma 125 ini.


Rekabentuk Karisma 125 ini sememangnya segar dari ladang. Bolehlah saya katakan nampak "sporty" dan sememangnya mengikut citarasa generasi terkini.

Lampu hadapan 

Lampu hadapannya jenis berkembar menawarkan suluhan cahaya yang terang. Kepada yang suka meronda pada waktu malam memang sesuailah ciri ini untuk anda!

Lampu belakang LED
Rekabentuk lampu belakang yang agak unik adalah jenis kombinasi, menggabungkan lampu brek dan isyarat LED menawarkan cahaya yang terang dan jelas.

5 dalam 1
Sistem kunci sepusat turut ditawarkan pada Karisma 125 ini. Kunci ini mempunyai 5 fungsi utama untuk kemudahan pemiliknya.

Soket USB

Ini adalah ciri terkini yang sepatutnya terdapat pada jentera 2 roda masakini - soket USB. Sambil meronda ke hulu ke hilir dah boleh mengecas telefon pintar ataupun powerbank.

Poket Sisi
Poket sisi terdapat pada bahagian kiri dan kanan menawarkan kemudahan untuk menyimpan barangan bersaiz kecil. Terdapat juga penyangkut di bahagian tengah.

Brek Parkir

Juga terdapat tuil "PKB" iaitu singkatan kepada "Parking Brake". Tuil mekanikal ini berfungsi untuk mengunci brek belakang (macam "handbrake" keretalah) untuk menghalang tayar mengelongsor ketika berpakir di kawasan yang tidak rata.

Meter analog
Meter Karisma 125 ini adalah jenis analog dengan paparan yang ringkas dan jelas.

Spesifikasi Teknikal

Spesifikasi Teknikal
Karisma 125 ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Putih dan Merah. Harganya bermula daripada RM 4,980.00 tidak termasuk GST, insuran, cukai jalan dan lain-lain caj yang sewaktu dengannya. Tempoh waranti pula adalah selama 2 tahun atau 20,000 km - yang terdahulu. Tunggu review seterusnya untuk sesi tunggang uji. 
Read More

Wednesday, November 2, 2016

Debaran November 2016

November 02, 2016 0
Bulan November ini bakal menyaksikan kemunculan model-model terbaharu daripada MODENAS. Debaran kian terasa, apakah model terbaharu ini dapat memenangi hati para peminat dua roda tempatan? Sama-sama kita nantikan sesuatu yang baharu daripada MODENAS, pengeluar motosikal dan enjin nasional sejak tahun 1995.


Read More

Monday, October 17, 2016

Karisma 125 2016?

October 17, 2016 0
Foto tidak rasmi model Modenas Karisma 125 yang di"rebadge" daripada rakan kolaborasinya iaitu Kymco.



Karisma 125 merupakan model skuter pertama keluaran Modenas ketika bersama rakan teknikal dari Taiwan iaitu PGO. Melihat daripada rekabentuk Karisma 125 Kymco ini, ternyata ianya menawarkan sesuatu yang segar. Admin masih menyiasat spesifikasi teknikal serta ciri-ciri istimewanya untuk siaran akan datang. Sabor yee...
Read More

Thursday, October 6, 2016

Model "Rebadge" MODENAS-KYMCO?

October 06, 2016 0
Rasanya dah ramai yang tahu mengenai kolobrasi pengeluar motosikal tempatan iaitu MODENAS dan KYMCO semenjak dua tiga menjak yang lalu. Melalui berita dan cerita yang tersebar, MODENAS akan membuat "Rebadge" untuk 2 model skuternya, disamping menjadi pengedar sah jenama KYMCO untuk model-model seperti Downtown dan Xciting.

Adalah ini model "Rebadge"pilihan MODENAS?

AgilityMaXi 300i
Model Agility MaXi 300i ini diperkenalkan oleh KYMCO semasa pertunjukan EICMA pada tahun 2015. Konsep rekaan model ini adalah: touring "Quality of life. Long-haul comfort. Economic value for a sport scooter". Tu dia,... bahasa orang putih pulak. Diringkaskan ayat-ayat konsep itu di dalam bahasa Malaysia, ianya membawa maksud (kurang lebihlah yee..)  Kehidupan yang berkualiti, Keselesaan dan Ekonomik/Berbaloi!. Aje ngan iyer kata oghang Perak, sekali tengok boleh cair hati untuk memilikinya!

Pandangan sisi.
Jom tengok beberapa ciri yang terdapat pada model ini.

Lampu belakang - bentuk unik "X"



  • Penyerap hentak belakang boleh laras
  • Ruang simpanan yang besar
  • Brek cakera hadapan dan belakang
  • Paparan Meter yang sangat praktikal dan jelas.
Masih terlalu awal untuk meneka spesifikasi enjin untuk model "rebadge" daripada KYMCO ini. MODENAS hanya perlu memilih kapasiti enjin KYMCO yang sediada - 200cc, 250cc atau 300cc, kerana ianya bergantung kepada kajian dan strategi pemasaran dan pembangunan produk MODENAS. Harga jualan turut menjadi fakor untuk menarik peminat-peminat skuter "maxi" ini, di samping menyediakan servis lepas jualan yang cemerlang.

Admin masih menunggu maklumat lanjut mengenai sebuah lagi model "rebadge" yang bakal dikeluarkan oleh MODENAS melalui kolaborasinya dengan KYMCO. Dikatakan bahawa model ini adalah kesinambungan daripada model-model skuter MODENAS yang terdahulu. Hmm...sabor ajelah tunggu cerita seterusnya...

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...