MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Friday, June 21, 2013

DRB-HICOM AUTOFEST 2013

June 21, 2013 0


Khabar gembira buat pemilik-pemilik MODENAS sediada dan juga bakal-bakal pembeli produk MODENAS. Banyak aktiviti-aktiviti menarik telah disediakan oleh MODENAS, antaranya ialah Kempen Servis MODENAS, Konvoi, pertandingan motor cantik dan dari risikan Desmo, MODENAS ada kejutan buat semua rakyat Malaysia. Amende yang "surprise" tu?? Produk terbarukah tu?? Ni yang buat Desmo tak sabar nak berkunjung ke AUTOFEST nih. Untunglah warga Pulau Pinang, sebab MODENAS turun padang ke sana hehehe...
Read More

Wednesday, April 3, 2013

MODENAS ACE 115 Facelift

April 03, 2013 0
"Baju Baru" untuk MODENAS ACE 115, tampak lebih menawan. Terdapat 2 kombinasi warna yang diperkenalkan oleh MODENAS, iaitu Merah-Putih dan Biru-Putih. Tunngu apa lagi, segeralah ke wakil penjual sah MODENAS hari ini.

Read More

Wednesday, October 17, 2012

DINAMIK 120 REPRODUKSI

October 17, 2012 0


Baru-baru ini MODENAS telah melancarkan semula motosikal Dinamik 120. Difahamkan bahawa model ini telah diproduksikan semula di atas permintaan pelanggan. Sebagaimana yang telah sedia maklum, MODENAS Dinamik 120 ini sebenarnya telah dilancarkan pada   23-Ogos-2003, oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun). Dinamik 120 ini dikuasakan dengan enjin dua lejang sejukan udara, klac tangan, transmisi enam kelajuan, "monoshock", serta brek cakera hadapan dan belakang. Enjin Dinamik 120 ini juga dilengkapi dengan SAS (Secondary Air System). Harga yang ditawarkan adalah RM 5,749.00 (tanpa insuran, cukai jalan dan lain-lain caj). Kepada yang inginkan sebuah motosikal yang "lincah" segeralah ke wakil pengedar sah MODENAS hari ini.
Read More

Saturday, March 3, 2012

MODENAS ACE 115

March 03, 2012 0
MODENAS secara rasminya telah melancarkan produk terbarunya iaitu ACE 115 pada 1-Mac-2012. Apa yang menariknya ialah produk ini adalah berbeza sama sekali dengan produk-produk MODENAS yang terdahulu. Antara ciri-ciri yang hangat ialah ACE 115 menggunakan suspensi belakang jenis tunggal (monoshock). Harga yang ditawarkan adalah RM 4,598.00 tanpa insuran, cukai jalan dan lain-lain bayaran. Syabas MODENAS!
Read More

Friday, December 16, 2011

MODENAS MR1

December 16, 2011 0
MODENAS secara rasminya telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu MR1. MR adalah singkatan kepada "Motosikal Rakyat" berdasarkan harga jualannya RM 2,948.00 (seperti yang tertera pada laman web MODENAS). MR1 dikuasakan oleh enjin berkapasiti 100cc dan didatangkan dengan 2 pilihan grafik dan warna. Sekali imbas, MR1 ini tak ubah seperti model-model keluaran MODENAS yang terdahulu, namun apabila diteliti dengan lebih dekat terdapat beberapa rekaan baru telah diperkenalkan pada model ini. Berikut adalah beberapa rekaan baru yang terdapat pada MR1.


Meter - Ringkas dan praktikal.



Rekaan kemasan Hab belakang dan hadapan.


Rekaan baru pemegang belakang.


Rekaan baru pemijak kaki belakang. Penghadang Haba (Ekzos) berwarna perak (silver).


Rekaan grafik dan warna Biru/Putih.



Untuk maklumat lanjut mengenai MODENAS MR1 ini anda boleh layari laman web MODENAS yang sentiasa "ON" siang dan malam. Tahniah kepada warga MODENAS yang telah berjaya menghasilkan produk untuk rakyat.. (pekerja MODENAS pon rakyat jugak....)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...