MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Monday, October 17, 2016

Karisma 125 2016?

October 17, 2016 0
Foto tidak rasmi model Modenas Karisma 125 yang di"rebadge" daripada rakan kolaborasinya iaitu Kymco.



Karisma 125 merupakan model skuter pertama keluaran Modenas ketika bersama rakan teknikal dari Taiwan iaitu PGO. Melihat daripada rekabentuk Karisma 125 Kymco ini, ternyata ianya menawarkan sesuatu yang segar. Admin masih menyiasat spesifikasi teknikal serta ciri-ciri istimewanya untuk siaran akan datang. Sabor yee...
Read More

Thursday, October 6, 2016

Model "Rebadge" MODENAS-KYMCO?

October 06, 2016 0
Rasanya dah ramai yang tahu mengenai kolobrasi pengeluar motosikal tempatan iaitu MODENAS dan KYMCO semenjak dua tiga menjak yang lalu. Melalui berita dan cerita yang tersebar, MODENAS akan membuat "Rebadge" untuk 2 model skuternya, disamping menjadi pengedar sah jenama KYMCO untuk model-model seperti Downtown dan Xciting.

Adalah ini model "Rebadge"pilihan MODENAS?

AgilityMaXi 300i
Model Agility MaXi 300i ini diperkenalkan oleh KYMCO semasa pertunjukan EICMA pada tahun 2015. Konsep rekaan model ini adalah: touring "Quality of life. Long-haul comfort. Economic value for a sport scooter". Tu dia,... bahasa orang putih pulak. Diringkaskan ayat-ayat konsep itu di dalam bahasa Malaysia, ianya membawa maksud (kurang lebihlah yee..)  Kehidupan yang berkualiti, Keselesaan dan Ekonomik/Berbaloi!. Aje ngan iyer kata oghang Perak, sekali tengok boleh cair hati untuk memilikinya!

Pandangan sisi.
Jom tengok beberapa ciri yang terdapat pada model ini.

Lampu belakang - bentuk unik "X"



  • Penyerap hentak belakang boleh laras
  • Ruang simpanan yang besar
  • Brek cakera hadapan dan belakang
  • Paparan Meter yang sangat praktikal dan jelas.
Masih terlalu awal untuk meneka spesifikasi enjin untuk model "rebadge" daripada KYMCO ini. MODENAS hanya perlu memilih kapasiti enjin KYMCO yang sediada - 200cc, 250cc atau 300cc, kerana ianya bergantung kepada kajian dan strategi pemasaran dan pembangunan produk MODENAS. Harga jualan turut menjadi fakor untuk menarik peminat-peminat skuter "maxi" ini, di samping menyediakan servis lepas jualan yang cemerlang.

Admin masih menunggu maklumat lanjut mengenai sebuah lagi model "rebadge" yang bakal dikeluarkan oleh MODENAS melalui kolaborasinya dengan KYMCO. Dikatakan bahawa model ini adalah kesinambungan daripada model-model skuter MODENAS yang terdahulu. Hmm...sabor ajelah tunggu cerita seterusnya...

Read More

Wednesday, August 10, 2016

CT115S Versi Harimau Malaya

August 10, 2016 0
Foto terbaharu motosikal CT115S yang "berbajukan" belang harimau...Auumm!!
Ketika berkunjung ke Teluk Intan baru-baru ini bersempena dengan kejohanan Cub Prix , aku berkesempatan melihat sesuatu yang baharu di khemah promosi MODENAS. Akhirnya dengan penuh kesabaran menunggu masa yang sesuai maka aku berjaya jugalah menangkap foto CT115S yang bertemakan belang harimau. Seperti juga model-model sebelumnya iaitu GT128 dan ACE 115, model ini diberi nama CT115S Harimau Malaya. Merecik baq hang!!


Risik punya risik, model CT115S Harimau Malaya ini sebenarnya di buat khas untuk "pameran" sahaja. Belum ada kata putus daripada pihak MODENAS untuk mengeluarkannya secara rasmi.
Nampak gayanya para peminat dan pemilik CT115S sediada harus sedikit sabar dan berdoa untuk menunggu berita rasmi mengenai produksi model CT115S Harimau Malaya ini. Sabor jerlah...
Read More

Monday, July 18, 2016

MODENAS GT128 - Ride to Hajj 2016

July 18, 2016 0

Secara umumnya ramai komuniti di Malaysia yang telah pun mengetahui mengenai program "Ride To Hajj" 2016. Program ini merupakan siri kembara bermotosikal yang menggunakan kapcai GT128 varian Harimau Malaya keluaran MODENAS. Kembara ini dijadualkan akan berlepas ke Mekah pada hari Jumaat, 29 Julai nanti. Majlis pelepasan akan diadakan di PWTC dan akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Konvoi ini akan menuju ke Kompleks Sukan Kriss di MODENAS, Gurun di Kedah pada hari Sabtu 30 Julai sekitar jam 9.00 pagi untuk satu acara khas yang telah diaturkan oleh pihak MODENAS.

Konvoi lima kapcai Modenas GT128 Harimau Malaya terbabit bakal merentasi lapan negara iaitu Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu sebelum memasuki Arab Saudi merangkumi jarak perjalanan sejauh lebih 11,000 kilometer. Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan para pengembara ini iaitu saudara Wazi Abdul Hamid, Meor Azhar Meor Raflan, Azman Baharuddin, Othman Darus, dan Mat Napiah Mohd Noor di sepanjang perjalanan mereka nanti.

Model GT128 ini sememangnya telah terbukti ketahanannya sejak ianya mula diperkenalkan di pasaran tempatan sejak tahun 2009. Kapcai GT128 ini pernah digunakan oleh Mohd Hadi Hussien ketika mengembara secara solo daripada Kuala Lumpur menuju ke London, dengan jarak perjalanannya melebihi 40,000 kilometer.

Keratan akhbar daripada Harian Metro
Model GT128 ini juga pernah digunakan oleh sekumpulan pengembara daripada Itali di dalam program amal "Did I Miss Saigon" pada tahun 2010. Kumpulan ini telah melakukan perjalanan merentasi negara Singapura, Thailand, Kemboja dan berakhir di Vietnam dengan jarak perjalanan melebihi 4,000 kilometer.

Pelancaran program amal "Did I Miss Saigon" di Kuala Lumpur
Apakah keistimewaan model GT128 ini sebenarnya? Di sini Admin akan kongsikan sedikit beberapa ciri-ciri yang menjadikannya sebuah kapcai yang agak unik daripada para pesaingnya.

Klik untuk melihat ciri-ciri GT128
Admin kongsikan sedikit ciri teknikal pada bahagian enjin GT128 ini. Rata-rata para pemilik GT128 amat berpuashati dengan penggunaan petrol pada model ini. GT128 ini mampu bergerak sejauh 60 kilometer bagi seliter petrol pada kelajuan 80 km/jam. Selain dilengkapi dengan sistem "TPS" (Throttle Positioning Sensor), terdapat satu lagi ciri teknikal yang turut membantu enjin GT128 dalam memperolehi penggunaan petrol yang efisien.

Piston yang disadur dengan bahan "Molybdenum"
Ciri teknikal yang dimaksudkan itu ialah salutan "Molybdenum" yang terdapat pada komponen piston GT128. Antara kelebihannya ialah ianya dapat mengurangkan geseran pada piston dan dinding selinder dan sekaligus berupaya meningkatkan efisiensi, prestasi dan jangkahayat enjin. Agak menarik juga apabila ciri teknikal ini turut diadaptasikan pada enjin CT115S.

GT128 versi Harimau Malaya...Aauumm!!
Jika anda berkira-kira mencari sebuah kapcai yang telah terbukti keupayaannya, maka model GT128 ini patut dipertimbangkan di dalam senarai pilihan anda! Harga jualan GT128 pada ketika ini adalah sekitar RM 5,600.00 tanpa insuran, cukai jalan dan lain-lain caj. 


Read More

Sunday, July 3, 2016

Kembara Kriss 110, CT115S dan Jaguh 175 ke Mae Hong Son 2016

July 03, 2016 1

https://www.modenas.com.my/media_CT115SRideItik.html
Kongsi kisah kembara 3 generasi jentera Modenas pada 28-April hingga 7-Mei 2016 yang lalu. Kembara kali ini juga menyaksikan keupayaan motosikal CT115S mengharungi perjalanan jarak jauh. Secara keseluruhannya kembara ini merangkumi jarak perjalanan lebih 5,000 km pergi dan balik, menuju ke daerah paling utara negara Thailand (bersempadan dengan negara Myanmar) dan juga menuju ke destinasi popular di kalangan 'bikers' yang dikenali sebagai '1,000 Corners' (Mae Hong Son). 

Santai-santai di kedai kopi Route 41, Phattalung
Laluan perjalanan Kembara Ride Itik Super Santai
Log petrol CT115S
Penggunaan petrol CT115S telah direkodkan semasa aktiviti kembara ini berlangsung. Bacaan meter CT115S mencatatkan perjalanan sejauh 5,153 km manakala penggunaan petrol yang direkodkan adalah sebanyak 115.78 Liter. Kelajuan motosikal CT115S bagi kembara ini adalah sekitar 90 km/jam (mengikut jarum meter). Secara purata, penggunaan petrol yang diperolehi bagi model CT115S ini adalah sekitar 44.50 km/liter.

"The Northern Most of Thailand"
Di sebuah gerai makan muslim di Pai. Meriah dengan pelekat para bikers Malaysia!
Dah puas layan selekoh, kami berfoto di monumen ini tanda kenangan
Tempat ambil sijil 1,864
Sijil penghargaan daripada The Mae Hong Son Chamber of Commerce 

Sila ke pautan ini untuk cerita dan foto-foto selanjutnya:

https://www.modenas.com.my/media_CT115SRideItik.html

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...