Foto yang Admin terima daripada group whatsApp baru-baru ini memaparkan model terbaru MODENAS. Adakah ini merupakan salah satu model koloborasi MODENAS dengan Bajaj seperti yang telah diwar-warkan oleh pelbagai pihak media digital semenjak-dua menjak yang lalu?
|
Berfairing? |
|
Bentuk lampu belakang yang agak unik |
Melihat daripada foto ini, ada kemungkinan pihak MODENAS bakal mengeluarkan model-model berkapasiti tinggi dalam sedikit masa lagi. Sebagaimana yang diketahui umum, MODENAS sehingga kini cuma mengeluarkan produk-produk kapcai yang rata-ratanya berkapasiti rendah (bawah 130cc). Diharapkan pihak MODENAS dapat mengeluarkan model-model motosikal berkapasiti 150-250cc pada masa hadapan sesuai dengan permintaan pasaran yang meningkat dalam segmen ini.
Sama-sama kita tunggu perkembangan MODENAS selanjutnya.
Salam Sejahtera, Model2 jenis naked/streetbike lebih popular di Malaysia untuk marker 150-250cc...
ReplyDelete