MODENAS 118EFi - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Saturday, July 13, 2013

MODENAS 118EFi


Pada 30-Jun-2013, MODENAS telah melancarkan kapcai terbaru iaitu 118EFi. Menurut sumber, model ini adalah varian CT yang telah ditambah baik dengan beberapa ciri bagi memenuhi permintaan pasaran domestik. Apa yang pasti, model ini telah dilengkapi dengan Sistem Elektronik Suntikan Bahan Api atau singkatan sinonimnya EFI (Electronic Fuel Injection). MODENAS nampaknya telah mencatatkan sejarah dalam industri permotoran di Malaysia kerana kalau tak silap Desmo, ini merupakan kapcai pertama yang menggunakan sistem EFI. Terperasan pulak rupanya tayar telah dinaik taraf kepada jenis tanpa tiub (tubeless) sementara lain-lain ciri CT masih dikekalkan seperti brek cakera dwi piston, sistem gear berputar, penunjuk gear elektronik dan "sport rim". Harga yang ditawarkan bermula dari RM 4,755.00 tanpa cukai jalan, insuran dan lain-lain caj tambahan. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai prestasi 118EFi ini terutamanya pada penggunaan bahan api (petrol). Angka yang dicatatkan pada brosur untuk penggunaan petrol ialah 50 km/ liter pada kelajuan 80 kmh. Desmo berharap dapat membuat pandu uji untuk kapcai ini untuk mengalami perbezaan dari segi pemanduan dan juga mendapatkan angka sebenar penggunaan petrol untuk model 118EFi ini. Apa pun, sekalung tahniah untuk MODENAS!





















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...