Sedikit perkongsian mengenai 2 buah jentera KRISS MR2 yang digunakan di dalam misi menawan 1000 Corner Mae Hong Son di Thailand dan mencipta rekod (bagi KRISS MR2) jarak perjalanan sejauh 1000 kilometer sehari (16 jam) pada 30 November sehingga 9 Disember 2017 yang lalu.
Hari Keempat - 3 Dis: Nakhon Sawan ke Mae Sariang
Hari Pertama - 30 Nov: Gurun ke Dannok
Flag-off (3.00 petang) di hadapan pejabat utama yang terletak di Gurun, Kedah bersama Ketua Pegawai Operasi MODENAS dan juga Pengarah Urusan Pemasaran dan Jualan V-Lap (Encik Nor Azman). Konvoi menuju ke Dannok untuk berehat dan menyambung perjalanan pada 1 Disember 2017.
Flag Off di pejabat utama MODENAS, Gurun |
Tayar golek ke Changlun dan seterusnya ke Dannok di Thailand |
Hari Kedua - 1 Dis: Dannok ke Chumphon
Kami bergerak sekitar jam 8.00 pagi setelah selesai bersarapan di pekan Dannok. Kami meredah cuaca basah (hujan) dan juga beberapa laluan yang dilanda banjir ketika menuju ke Surat Thani. Keadaan cuaca bertambah baik ketika menghampiri Chumpon. Kami bermalam di hotel Seri Chumpon (THB330) yang terletak berhampiran dengan stesen keretapi untuk mengeringkan pakaian sebelum meneruskan perjalanan esok hari.
Sempat "mengopi" di Route 41 Phattalung |
Jauh tu...beribu-ribu kilometer bakal ditempuhi |
Makan di stesen PTT Thung Song, bertemu dengan bikers dari Negeri Sembilan |
Makan nasi briyani ayam di sebuah warung muslim Thai di Chumphon |
"Landing time" |
Hari Ketiga - 2 Dis: Chumphon ke Nakhon Sawan
Kami bergerak sekitar jam 6.30 pagi menuju ke Nakhon Sawan. Di dalam perjalanan kami singgah di sebuah kedai motosikal di Thap Sakae bagi melaras dan melincirkan rantai jentera KRISS MR2. Pembaikan kecil turut dilakukan bagi membaiki kebocoran gasket ekzos yang di alami oleh Hafifi. Kami tiba di Nakhon Sawan sekitar jam 7.30 malam dan menginap di PA Place Hotel di sini (THB 600)
Singgah di Thap Sakae untuk servis dan membaiki motosikal |
Di Prachuap Khiri Khan |
Nasi Itik Salai di Prachuap Khiri Khan, kedai berhampiran masjid An-Ansar |
Di Cha Am |
Laluan No 4-321-340-AH1 |
Kami bergerak seawal jam 7.00 pagi menuju ke Tak, Mae Sot dan seterusnya ke Mae Sariang. Perubahan cuaca (sejuk) mula terasa ketika menuju ke Kamphaeng Phet. Kami bersarapan di 7-11 sahaja, makan tengahari di sebuah kedai muslim di Mae Sot (berhampiran masjid Nurun Isalaam, Mae Sot). Laluan menuju ke Mae Sot daripada Tak masih lagi di dalam pembinaan di beberapa kawasan berbukit. Kami sampai di Mae Sot sekitar jam 6.30 petang, dan menginap di Mitaree Hotel 1 dengan harga THB 600. Di sini jugalah jentera KRISS MR2 ini terbukti sebagai sebuah jentera yang sungguh ekonomi daripada segi penggunaan petrol apabila mampu mencatat rekod perjalanan sejauh 195 kilometer dengan penggunaan 3.7 liter petrol (masih berbaki 0.8 liter di dalam tangki). Isian penuh tangki petrol dilakukan di stesen PTT Mae Ramat sementara isian semula di lakukan di stesen PT di Mae Sariang. Setakat ini perjalanan dengan jentera KRISS MR2 berjalan dengan lancar kerana mampu menakluki laluan mendaki yang curam yang sememangnya mencabar bagi sesebuah kapcai berkapasiti 110cc.
Di persimpangan Tak-Maesot |
Cuaca yang nyaman dan segar mula terasa |
Lokasi kedai makan |
Koordinat kedai makan (Google Map) : 16.711872, 98.569746
Maesot 0 km (batu hiasan berhampiran sekolah). |
Sedut udara segar di atas laluan berbukit menuju ke Mae Sariang |
Selamat mendarat di Mae Sariang |
Jarak perjalanan setakat ini hampir mencapai 1,8++ kilometer bermula daripada kilang MODENAS di Gurun, namun begitu masih ada ribuan kilometer lagi yang perlu di tempuhi oleh jentera kecil KRISS MR2 ini. Misi menawan 1000 Corner kian menghampiri sasarannya esok hari. Berdasarkan prestasi semasa, bolehlah dikatakan bahawa KRISS MR2 ini adalah sebuah jentera yang cukup lasak, selasak abang sulungnya KRISS 110 yang dikeluarkan pada tahun 1996.
Bersambung di Siri 2...