September 2014 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Wednesday, September 3, 2014

Ride Itik ACE 115 dari Gurun ke Shah Alam

September 03, 2014 0
Sedikit catatan rigkas mengenai Ride Itik ACE 115 daripada Gurun ke Shah Alam pada 26 September 2014 yang lalu. Catatan ini bertujuan untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan produk ACE 115 daripada segi penggunaan minyak petrol di dalam kondisi yang normal. Jentera yang digunakan adalah yang "stended mended" atau dalam bahasa perbukuannya 100% standard (tanpa modifikasi). Laluan perjalanan bermula daripada Kilang MODENAS di Gurun-Stesen Minyak Shell Bedong-Pekan Sungai Petani-Taman Sejati Selatan-Exit Subang-Batu Tiga Shah Alam.


Angka 8860km pada panel meter adalah tanda bermulanya Ride Itik ke Shah Alam ini. Jika diperhatikan pada foto di atas, jarum minyak dah pun masuk ke kawasan merah - memberi tanda bahawa paras petrol perlu ditambah. Jadi Admin teruskan perjalanan menuju ke stesen minyak Shell di Bedong untuk membuat isian penuh. Jumlah petrol yang diisi adalah sebanyak 3.34 Liter = RM 7.01 untuk memenuhkan tangki ACE 115 ini. Sesi Ride Itik diteruskan dengan menyusuri pekan Sungai Petani hinggalah sampai ke plaza tol Taman Sejati pada kira-kira jam 2.30 petang.


Angka kini sudah naik menjadi 9021km, maknanya Ride Itik sudah pun mencapai jarak 161km. Pada masa ini Admin telah pun sampai di Hentian Rehat Bukit Gantang (4.05 ptg) untuk isian petrol kali ke 2. Mengikut plan asal, Admin akan membuat isian semula di Hentian Sungai Perak atau Simpang Pulai, namun agak "terkonfius" dengan jarum meter ACE 115 ini, Admin mengambil keputusan untuk membuat isian semula. Jumlah yang diisi adalah sebanyak 3.66 Liter = RM 7.70 (RON 95). Secara matematiknya kita sudah boleh mengira anggaran kasar penggunaan petrol ACE 115 ini. Berdasarkan kiraan mudah (straight forward calculation kata dek orang putih), ACE 115 ini berupaya bergerak sejauh 43 km/ liter, untuk laluan ini yang kebanyakkanya adalah jalan rata. Kondisi tunggangan pula adalah sekitar 110 km/h, mengikut bacaan panel meterlah, jika bacaan GPS tak tahulah pulak berapa yee...Ok, kita sambung Ride Itik ACE 115 ini ke hentian seterusnya iaitu di Ulu Bernam.


On the way ke Ulu Bernam, singgah sebentar di R&R Tapah untuk menghirup berteguk-teguk air. Jam talipon pintar menunjukkan pukul 5.30 petang, so it's time to continue our Ride Itik to R&R Ulu Bernam yang jaraknya kira-kira 70km daripada sini..


Sampai di R&R Ulu Bernam sekitar 6.35 petang (ikut catatan resit petrol). Jumlah isian disini pula ialah sebanyak 4.29 Liter = RM 9.00. Jarak perjalanan daripada Hentian Bukit Gantang ke sini ialah sejauh 174km. Maka sekali lagi kita boleh buat anggaran penggunaan petrol untuk laluan ini yang kebanyakkannya adalah laluan bebukit (start dari Sungai Perak naik turun bukit Menora, Gua Tempurung hingga ke Sungkai kalau tak silap yee...). Aiit...kali ini cuma dapat kira-kira 40.55 km/liter sahaja. Jadi disini kita boleh katakan bahawa keadaan laluan yang berbukit dan rata juga turut mempengaruhi penggunaan petrol pada sesebuah jentera. Ada setuju.....?? Ride Itik ACE 115 meneruskan perjalanannya ke Plaza Tol Subang, yang jaraknya kira-kira 75km daripada R&R ini.


At last, kira-kira 50 minit, daripada R&R Ulu Bernam, Ride Itik ACE 115 sampai di Petronas NKVE Subang. Alamak...nak terkucil pulak dah.....


Angka odometer menunjukkan bacaan 9296km yang juga bermakna Ride Itik ACE 115 telah pun sampai ke destinasinya. Jumlah jarak perjalanan ialah sejauh 436km dalam tempoh 5 jam (termasuklah berhenti isi minyak, refreshing dan terkucilan). Secara kasarnya ACE 115 ini memerlukan sekitar 13 -14 Liter daripada Gurun, Kedah ke Batu 3, Shah Alam (untuk tunggangan dengan kelajuan puratanya 110 km/h bacaan panel meter). Penggunaan petrol dalam keadaan ini adalah sekitar 33 - 34 km/Liter sahaja. Jika kelajuan tunggangan adalah sekitar 90km/h (bacaan panel meter), Admin percaya ACE 115 ini mampu meningkatkan penggunaan petrolnya kepada sekitar 40 - 45 km/Liter (kurang lebih 10 - 11 Liter untuk jarak perjalanan yang sama).

Bagaimanakah pula penggunaan petrol bagi jentera kesayangan anda?







Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...