December 2011 - MODENASWORLD

Dunia Motosikal MODENAS

Post Top Ad

Kembara Ride Itik Super Santai 2.0

Friday, December 16, 2011

MODENAS MR1

December 16, 2011 0
MODENAS secara rasminya telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu MR1. MR adalah singkatan kepada "Motosikal Rakyat" berdasarkan harga jualannya RM 2,948.00 (seperti yang tertera pada laman web MODENAS). MR1 dikuasakan oleh enjin berkapasiti 100cc dan didatangkan dengan 2 pilihan grafik dan warna. Sekali imbas, MR1 ini tak ubah seperti model-model keluaran MODENAS yang terdahulu, namun apabila diteliti dengan lebih dekat terdapat beberapa rekaan baru telah diperkenalkan pada model ini. Berikut adalah beberapa rekaan baru yang terdapat pada MR1.


Meter - Ringkas dan praktikal.



Rekaan kemasan Hab belakang dan hadapan.


Rekaan baru pemegang belakang.


Rekaan baru pemijak kaki belakang. Penghadang Haba (Ekzos) berwarna perak (silver).


Rekaan grafik dan warna Biru/Putih.



Untuk maklumat lanjut mengenai MODENAS MR1 ini anda boleh layari laman web MODENAS yang sentiasa "ON" siang dan malam. Tahniah kepada warga MODENAS yang telah berjaya menghasilkan produk untuk rakyat.. (pekerja MODENAS pon rakyat jugak....)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...